

Kedai makan ini terletak berdekatan dengan cabang tiga dan seperti namanya menu utamanya ialah singgang. Makanan ini dimakan tengah hari bersama nasi. Jika di Kuala Lumpur masakan ini lebih dikenali sebagai masakan pindang.
Disini bukan hanya singgang ikan aya tetapi juga terdapat singgang sotong. Makan kuah singgang ini lagi menyelerakan dengan dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Anda pasti akan berselera dan akan berpuas hati dengan masakan di restoran ini. Selain itu, terdapat juga masakan panas disini.
Jadi jika anda ingin rasa kuah singgang yang sedap datanglah ke restoran ini. Mungkin ini pengalaman terbaru anda merasai kuah singgang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! KUAH SINGGANG TERANGKAT DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 84, Jalan Tok Ku, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 19-985 6133
- Waktu Operasi : 8:00 a.m – 6:00 p.m (Sabtu dan Ahad Cuti)
- Facebook : Nama Facebook (sila buat mcm ini)
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Restoran Kuah Singgang
Menu
Hidangan istimewa ikan singgang, budu & ulaman, lala masak lemak, patin masak tempoyak dan pelbagai lauk – pauk selera kampung. Citarasa sebenar masakan Terengganu. Anda pasti akan berselera dengan masakan kampung Terengganu ini.
Jom Saksikan Menu di Restoran Kuah Singgang
Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Kuah SInggang
Sotong singgang sedap, Ikan pun. Sesuai untuk lunch. Zul Azizy.
Boleh tahan. Kuah singgang sotong dan daging sedap, ada ulam2. Kalau lapar sangat boleh cuba lagi. Zul Azizy.
Sedap. Izzuddin 迪恩.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.emily2u.com dan www.caridestinasi.com kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Kuah Singgang , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Kuah Singgang.