

Assalamualaikum. Ikan adalah makanan yang amat lazat. Rasanya yang enak dan isinya yang lembut pasti akan memikat setiap hati sesiapa sahaja yang memakannya. Tambahan, banyak resepi yang anda dapat hidangkan bersama ikan air tawar. Ikan air tawar dan ikan air masin masing-masing punyai ciri yang berbeza. Ikan air tawar punyai isi yang agak lembut, manakala ikan air masin punyai isi yang agak liat. Jika silap penyediaan ikan air tawar, rasanya akan jadi hanyir dan isinya sukar dimasak.
Oleh yang demikian, restoran yang menghidangkan ikan air tawar yang agak sedikit berbanding restoran yang menyediakan masakan darat seperti ayam, kambing dan lembu. Dalam jumlah restoran ikan air tawar yang sedikit itu, rasa ikan yang dihidangkan memainkan peranan penting kerana terdapat restoran ikan air tawar yang menghidang ikan dengan rasa yang agak hanyir. Tersalah pilih restoran, adalah pembaziran yang amat menyedihkan. Admin akan berkongsi satu tempat makan sedap di Johor yang menghidangkan masakan ikan air tawar yang lazat.
Pilihan ikan di Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota juga amat menyelerakan. Terdapat Ikan Patin, Ikan Lampam, Ikan Mayong dan Ikam Baung. Bagi sesiapa yang meminati ikan air tawar, pasti tahu tentang ikan-ikan tersebut. Harga dini juga agak perpatutan.
Di restoran ini juga menyediakan tempahan. Bagi sesiapa yang ingin menempah cathering, anda juga boleh menempah ikan air tawar di tempat ini. Jangan risau tentang kesegaran ikan air tawar disini, ikan-ikan ditempat ini dibeli dan ditangkap di sungai berhampiran yang tidak langsung mengalami pencemaran. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! RESTORAN ASAM PEDAS IKAN AIR TAWAR EMPANGAN MAHKOTA MEMIKAT SELERA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Kampung Melayu Batu Lima, 86100 Ayer Hitam, Johor.
- Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota
Menu Terkenal
- Ikan Patin Masak Asam Pedas
- Ikan Lampam Masak Asam Pedas
- Ikan Baung Masak Asam Pedas
Harga dan Kos Terlibat
Di sini, satu bahagian ikan beharga RM 6.00
Jom Lihat Menu di Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota
Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota
cheap and very satisfied. Azra Aisyah
Asam pedas dia power beb. Siapa yang nak dan suka makan ikan air tawar, boleh cuba. Terbaik. Harga pun berpatutan dan puas makan. Hazlan Kassim
Sedap asam pedas ye. Harga pun murah. Ayam Otai
Sangat sedap dan Harga yang berpatutan. Apongan Mat
ikan goreng ranggup. Best. Azhan Awang
Puas makan. Faisal Yahaya
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada duridurichenta.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Asam Pedas Ikan Air Tawar Empangan Mahkota.