Restoran Arabian Delight Salah Satu Tempat Makan Menarik Di Kedah

Restoran Arabian Delight Salah Satu Tempat Makan Menarik Di Kedah

Assalamualaikum. Pencinta makanan adalah golongan yang suka merasai makanan dengan pelbagai jenis rasa. Ia sering disalah anggap sebagai golongan yang obesiti. Untuk pengatahuan anda, pencinta makanan bukanlah golongan manusia dengan gaya hidup yang salah dan sering makan tanpa henti malah ia adalah golongan yang mempunyai deria rasa lidah yang tajam. Mereka juga amat suka rasai makanan dengan gaya hidup yang sihat. Bak kata seseorang pencita makanan “makan untuk hidup”.

Apa yang menarik di restoran ini adalah keenakan nasi arabnya yang tiada tandingan. Terdapat dua menu yang menjadi kebiasaannya pilihan pelanggan-pelanggan di sini iaitu Nasi Mandy Ayam dan Nasi Mandy Kambing. Ya, inilah antara lokasi tempat makan menarik di Kedah kali ini.

Suasana di Restoran Arabian Delight ini agak meriah. Anda digalakkan untuk booking meja apabila hendak ke sini. Restoran ini menjadi begitu terkenal kerana ia banyak diiklankan di radio. Kaedah pemasaran ini anda akan dapat lihat sendiri berjaya untuk menarik pelanggan ke sini. Feedback juga dirakam di dalam radio dan rata-rata memberikan feedback yang positif. Facebook page restoran ini juga mendapat rating yang tinggi iaitu 4.4/5. Oleh yang demikian, anda dapat lihat sendiri akan keenakan dan keberjayaan di restoran ini bedasarkan bukti-bukti tersebut.

Untuk ke Restoran Arabian Delight, anda perlu keluar Tol Alor Setar Utara. Selepas itu, belok kiri dan terus sahaja. Terdapat lampu isyarat berdekatan Supermarket Giant dan terus lagi akan berjumpa Sekolah Kebangsaan Sultanah Asam dan restoran ini berada di lot kedai berdekatan. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! RESTORAN ARABIAN DELIGHT MENJANJIKAN MENU YANG AMAT ENAK 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Restoran Arabian Delight, No. 15 Tingkat Bawah, Kompleks Pernigaan Jelatek, KM 3 Jalan Langgar, Alor Setar.
  • Nombor Telefon :  04 -7311431, 019 -5661162, 013 – 4747672
  • Waktu Operasi :  Setaip hari pada jam 12.00 PM sehingga 12.00 AM
  • Facebook : Restoran Arabian Delight
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Arabian Delight

Menu Pilihan Pelanggan

  • Nasi Mendy Ayam
  • Nasi Mendy Kambing

*terdapat juga menu sampingan di restoran ini seperti restoran-restoran biasa. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang menu yang sedikit.

Jom Lihat Menu di Restoran Arabian Delight

Restoran Arabian Delight Restoran Arabian Delight Restoran Arabian Delight Restoran Arabian Delight Restoran Arabian Delight

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Arabian Delight

Terbaik! Restoran ni terbaik selalu dan tak pernah mengecewakan. Mohd Syafiq

Selesa, pilihan maknan banyak. Sama ada nak personal atau family. Ruangan pun banyak pilihan nak free air atau meja mkn atau bersila. Erniyusniza Harun

Alhamdullilah pertama kali kat sini. Dari Shah Alam. Dapat merasa nasi arab yang best. Puas makan untuk family yang ramai menjimatkan dan harga berpatutan..
Terima kasih tauke nasi arab (pak tam) malam nie air tak kira…3 jug air jus dgn seteko teh arab. Moga murah rezeki dan dibesarkan lagi kedainya. Nuzulrahayu Samsudin

Cikgu dan isteri memang sempoi dan best begini sembang, tidak sombong. Saya doakan kesihatan cikgu dan isteri sekeluarga serta staf-staf Restoran Aribian Delight dalam keadaan sihat serta dimurahkan rezeki, makanan memang best dan sedap. Nizi Unifi

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada harrizam.blogspot.my dan lancareno.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Restoran Arabian Delight merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Arabian Delight, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Arabian Delight.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Lokasi
Harga
Previous articlePlanetarium Negara Tempat Menarik Di Kuala Lumpur
Next articleCanopy Tribes Tempat Menarik Di Johor
restoran-arabian-delight-salah-satu-tempat-makan-menarik-di-kedahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!