

Suasana restoran yang berkonsepkan kampung dan moden ini benar-benar menarik dan mengamit pelanggan yang datang untuk kembali bertandang lagi.Tidak hairanlah ramai artis popular tanah air, ahli perniagaan yang berjaya serta pemimpin politik tanaha air turut tidak ketinggalan singgah di sini apabila ada kesempatan. Restoran ini juga telah dikungjungi krew Jalan-jalan cari makan tv3.
Disini disediakan pelbagai jenis lauk pauk dan juga pelbagai jenis ikan bakar antaranya keli , selar, pari, haruan, terubuk dan bermacam jenis lagi. Disini juga disediakan pelbagai jenis ulam-ulaman dan 12 jenis sambal dan air asam yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera. Terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional yang seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom, kerabu kaki ayam serta banyak lagi.
Kungjungan anda ke restoran ini pasti tidak akan menghampakan. Anda pasti akan berpuas hati dengan hidangan lauk yang banyak dan menyelerakan. Pasal harga jangan bimbang kerana harga disini sangat berpatutan. Datanglah ke Restoran Anjung Keli untuk menjamu selera dan admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini sebagai panduan kepada pembaca.
PELBAGAI PILIHAN HIDANGAN LAUK YANG SEDAP DI ANJUNG KELI YANG PASTI MEMBUKA SELERA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Medan Sri Pulai,, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 19-443 3384
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 4:30 p.m
- Facebook : Nama Facebook
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Restoran Anjung Keli
Menu Utama
Masakan traditional atau masakan kampung disediakan direstoran ini. Penggemar masakan kampung sangat sesuai datang disini dan menikmati sendiri pelbagai lauk yang disediakan. Antara menu utama ialah:
- Pelbagai jenis lauk pauk yang pasti menyelerkan
- 12 jenis sambal dan air asam
- Pelbagai jenis ulam-ulaman
- Sup Tulang
Harga Makanan
Harga mengikt kuantiti yang diambil serta bilangan lauk yang diambil. Harga tidak tetap.
Jom Lihat Menu di Anjung Keli
Jom Lihat Review Pengunjung di Anjung Keli, Perlis.
110% memepati citarasa melayu utara malaysia.jika yg arif ttg hasil sebuah masakan tentu mereka bersetuju yg sy katakan.”makanan yg enak tentunya datang dari bahan mentah yg baik dan berkualiti”. Mumtaz Proton.
Memang trbaik. Berbaloi event dtg dr jauh utk mrasai mskn di AnjungKeli. Boleh dtg lg nanti. Zety Qarmila.
Alhamdulilah terbaik,macam macam lauk ada sedap dan murah. Saifullah Bin Abi Jamrah.
Rasa macam masakan dirumah.mmg sedap.beli bungkus sayur lemak labu tapi baru makan pada waktu malam,tak perlu dipanaskan masih elok tak basi.beli pada jam 1pm. CheCkyn CheHashim.
Semua makanan nenepati citarasa, sedap layanan pekerjanya pun ok. mesra pelanggan. Sal Sallys.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah,Terima kasih diucapkan kepada mstar.com atas maklumat yang dikongsikan di laman webnya. Banyak maklumat yang diperolehi di sana. Terima kasih juga kepada novaleeza.blogspot atas gambar-gambar yang dikongsikan dan admin telah muat turun dalam post ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Anjung Keli, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Anjung Keli.