Restoran Anje Bangi, Nasi Briyani Gam Johor yang Wajib dicuba bagi Pencinta Briyani dan Daging

Restoran Anje Nasi Beriyani Gam Johor

Assalamualaikum. Jika anda sempat berkunjung ke Bandar Baru Bangi, restoran ini merupakan salah satu tempat yang wajib disinggah oleh anda sekiranya anda adalah kaki kambing ataupun kaki nasi briyani. Restoran ini adalah Restoran Anje, Briyani Gam Johor di Bandar Baru Bangi. Ini adala tempat menarik di Selangor 

Nasi Briyani Gam Johor sudah pasti agak berbeza dengan Nasi Briyani yang biasa. Nasi Briyani yang berasal dari India biasanya akan memasakkan daging ayam atau kambing terus bersama Beras Basmathi.

Nasi Briyani Gam pula memasakkan Lauk berasingan dari Nasi itu sendiri. Ianya diibaratkan telah disesuaikan oleh citarasa tempatan Malaysia. Oleh itu, kombinasi antara beras basmathi dan kuah kari daging beserta sedikit keropok pasti menjamu selera kita semua.

Pelbagai lauk ayam, kambing, dan daging disediakan di Restoran Anje ini. Kedai ini menerima ramai pelanggan setiap hari dan menjadi lokasi kegemaran sebahagian penduduk Bandar Baru Bangi ini. Disini kami kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

RASAI NASI BRIYANI GAM JOHOR YANG SEDAP DAN ASLI DENGAN PELBAGAI PILIHAN LAUK PAUK DI RESTORAN ANJE, BANDAR BARU BANGI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :13, Jalan 15/1c, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon : +6013-742 8160 
  • Facebook : Restoran Anje (Beriani Gam)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Restoran Anje

Menu Nasi Briyani

Seperti nama restoran ini, ianya menyediakan juadah Nasi Briyani Gam Johor dengan pelbagai pilihan lauk untuk dimakan bersama nasi yang dimasak.

Lauk tersebut adalah

  • Ayam Briyani
  • Ayam Merah
  • Ayam Goreng
  • Ayam Kampung Briyani
  • Ayam Kampung Merah
  • Ayam Kabsa
  • Briyani Daging
  • Kambing Kari

Harga dan Kos Terlibat

Harga di sini amatlah berbeza beza berdasarkan lauk yang dipilih. Secara umum, satu hidangan lengkap nasi briyani gam dan air adalah sekitar RM 12.

Jom Lihat Menu yang Sedap di Restoran Anje.

kredit foto: kucingtanah blogspot, fb restoran anje, trip advisor, caridestinasi.com

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Anje

 Yg penting anje tu sebaya dgn ank kami form 2 skrg kalau xsilap
Mskn Service puas hati. Xberkira bab hrga. Sekali cuba pasti nak lagi
Dan anje tu jgk nama timang-timangan kami. Ok baiiii Rokiah Jaafar

5☆ aje limit…hurm
Kalau qouta tu diwartakan 10
Sepuluh bintang kami bagi hahaha

Bukak sampai malam ke?Zairi Ibrahim
Recommeded area. Memang harga superb.murah.berbaloi² Farehah Jaafar

 Sedap.yum2.kambing n beef wallah.harga pun cun.service good.Wanza Abdullah

Murah dah sedap! Murah sbb tak ada pekerja yg ambil order so kena beratur. Highly recommended!Lutfi Azhar

 They r very bad with timing. Always closed. Zaur Azeri

Nice food…alhamdulillah kenyang. Mohd Afzanizam Mohd Badrin

Terbaik nasi brianinya stiap set memang memuaskn selera ank johor ..cubalah set briani kmbing,ayam kg msk merah dll..harganya pn brpatutan skali ngan air rm10jer. Siti Saida Paiman

Service terukk Mohd Shaiful Md Sallah

pi dah tadi x jumpa plak dah.tgk balik kat map ni baru tau kat mana.hehee Zaihasrul Nizam

Sangat menarik dn sedap,harga memang terbaik. Khairun Nisah

Sedap. Frank Hafis

Best Beef Brisket. Dan Pang

Terbaik Shah Afc Bimb

beriani gam johor TERBAIK! Natasya Amiranasi

terbaik.Che Awe

Sodappppp Yuss Arriss

Ok aja. Mohd Zaki Makhtar

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, inilah pandangan tempat menarik mengenai Restoran Anje, Nasi Briyani Gam Johor. Restoran ini juga merupakan restoran kegemaran kami dan segala review yang diperolehi adalah dari laman Facebook Restoran Anje ini sendiri.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Anje , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Anje.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleAll You Can Eat Durian di Durian SS2 Petaling Jaya
Next articleAlami Hidup Bagaikan di Lautan di Aquaria KLCC
restoran-anjeSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!