Rembau Kristal Tempat Menarik di Negeri Sembilan

Rembau Kristal Lokasi Menarik di Rembau Negeri Sembilan

Assalamualaikum. Apabila sampai di Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah di Daerah Rembau. Di sana terdapat Rembau Kristal yang sangat popular. Anda boleh membeli cenderahati dan melihat pelbagai produk kristal. Rembau Kristal menjadi tempat menarik di Rembau Negeri Sembilan. 

Rembau Kristal telah menarik pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri sebagai salah satu destinasi mereka di mana ianya secara tidak langsung dapat memperkenalkan kraftangan hasil keluaran anak tempatan dan juga meletakkan daerah Rembau didalam peta perlancongan di Malaysia.

Selain daripada barangan keluaran syarikat Rembau Crystal Sdn. Bhd., struktur bangunan pejabat dan galeri juga merupakan salah satu contoh hasil kraftangan warisan melayu kerana ianya merupakan bangunan berbentuk minangkabau lama dan diperbuat daripada kayu dan papan.

Jangan lupa untuk mendapatan produk kristal di sini. Anda pasti akan teruja kerana pelbagai jenis produk kristal yang dihasilkan oleh penduduk tempatan yang passtinya cantik. Anda boleh menempah produk kristal mengikut reka bentuk yang dimahukan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! DAPATKAN PRODUK KRISTAL YANG CANTIK DI REMBAU KRISTAL

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Rembau Crystal Sdn.Bhd., Lot 1432, Kompleks Perkampungan Kristal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
  • Nombor Telefon : 06-685 3100 
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m
  • Facebook : Rembau Kristal Negeri Sembilan
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Rembau Kristal

Sejarah Rembau Kristal

Menyedari nilai komersial produk kristal serta potensi pasaran di dalam dan luar negara, kerajaan negeri membangunkan Kompleks Perkampungan Kristal di daerah ini sebagai pusat pengeluaran produk kristal terulung di negara ini.

Kompleks yang beroperasi sejak Mac lalu itu dibangunkan secara usahasama oleh Rembau Crystal Sdn. Bhd. dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) di atas sebidang tanah seluas 1.82 hektar berhampiran dengan pekan Rembau. Kompleks ini diubahsuai dari Rumah Rehat Rembau dan menempatkan bangunan pejabat, galeri, bengkel pembuatan kristal, bengkel menganyam kristal serta surau.

Produk Yang Dijual

menjual produk kristal beraneka reka bentuk secara runcit pada harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang sama seperti produk import kepada pelanggan. Ianya menjual produk kristal secara runcit daripada harga serendah RM5 dan produk yang bernilai melebihi RM1,000 kebiasaannya dijual secara tempahan.

Rembau Kristal juga bersedia menghasilkan produk kristal mengikut reka bentuk yang dikehendaki pelanggan bagi dijadikan hadiah serta cenderamata untuk majlis rasmi kerajaan dan korporat atau majlis perkahwinan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Rembau Kristal

Menarik Di Rembau – Proses Pembuatan Kristal

Proses Pembuatan Kristal di Rembau Kristal.

Jom Lihat Review Pengunjung di Rembau Kristal

Nice hand made crystal. zainah yaakub.

You can leaning how they do it. masree kamarudin.

Can see crystal in the making. But only during weekdays. Reazal Lazaer.

Nice place. ismail tajuddin.

A lot of things to look. Specially the process making crystal. Faiz Suria.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.yns.gov.my, ww1.utusan.com.my dan www.mdr.gov.my kerana berkogsi maklumat yang sangat berguna. Anda boleh datang ke sini untuk membeli produk kristal untuk dijadikan hiasan atau cenderahati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Rembau Kristal, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Rembau Kristal.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Adat Tempat Menarik di Jelebu, Negeri Sembilan
Next articleHutan Lipur Ulu Bendul Tempat Rekreasi Menari Negeri Sembilan
rembau-kristal-tempat-menarik-di-negeri-sembilanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!