Refarm Leisure Farm Tempat Menarik di Kampar, Perak

1717

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Refarm Leisure Farm tempat menarik di Kampar Perak

Assalamualaikum. Refarm Leisure Farm Kampar Perak adalah tempat percutian dan berkelah terbaru bersama keluarga. Kawasanya cukup luas dan mempunyai pelbagai aktiviti yang seronok dilakukan di sini. Ianya merupakan tempat menarik di Kampar, Perak.

Refarm adalah lebih daripada Ladang biasa yang anda bayangkan. Disini terdapat penginapan, makanan, pelbagai aktiviti menarik dan yang paling penting, pengalaman alam semula jadi. Diwaktu percutian,  adalah masa yang sangat sesuai untuk mengalami sesuatu yang berbeza di Refarm.

Anda boleh menikmati pemandangan dan juga kolam renang dari air terjun semulajadi beserta dengan mini petting zoo buat tarikan anak-anak kecil. Air terjun disini digunakan juga untuk menyalurkan air melalui sistem paip air sepanjang 1.2 kilometer dari hulu air terjun untuk membekalkan air yang paling bersih kepada tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.

Bawalah bersama orang yang tersayang bersama-sama anda untuk menikmati pengalaman yang paling santai tetapi amat berharga bersama alam semulajadi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! REFARM LEISURE FARM BUKAN SEKADAR LADANG BIASA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot 6059, Jalan Temoh Kampar, 35350 Temoh, Perak.
  • Nombor Telefon : 012-502 6115
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 6:00 p.m 
  • Website : Refarm
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Refarm Leisure Farm

Aktiviti Menarik

antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti berikut;

1.Memberi Ikan Makan (boleh membeli makanan di kaunter)
2.Menangkap ikan Di dalam Kolam ( Untuk menangkap ikan di dalam Kolam ada disediakan Sauk Dan Baldi untuk disewa. Harga untuk sewa sauk dan baldi ini cuma Rm 5 Ringgit tetapi perlu tinggalkan RM 20-00 sebagai deposit, apabila hendak balik dioarang akan pulangkan balik deposit tadi)
3.Memberi Haiwan Makan (seperti kuda, arnab, ayam, dan kambing)
4.jungle trekking (tak pasti)
5.Berbasikal di kasawan sekitar
6.Membeli Sayur -sayuran (ada berbagai-bagai jenis sayuran)
7.Boleh Menginap Jugak ( ada chalet disediakan)

Mandi Kolam

Paling menarik adalah mandi di kolam yang disediakan, kolamnya memang cukup besar untuk menampung ramai orang. Pelampung boleh disewa , harga pelampung RM 3:00 sahaja tapi perlu tinggalkan deposit RM 10:00

Apa Yang Menarik di kolam ini:
1. Tempat persalinan ada disediakan dan bersih
2. Tempat duduk dan pondok tepi kolam
3 Boleh membawa makanan luar
4. Boleh menyewa pelampung
5. Surau disediakan
6. Sumber Air Ialah Air Terjun Asli,  telah diubah suai Air Terjun menjadi kolam memang sejuk airnya dan sangat menyegarkan.

Penginapan yang Ada

Di Refarm kami menyediakan penginapan yang kreatif dan berbeza:

  1. Farm Stay
  2. Villa Stay

Harga Tiket Masuk

RM 10 – Dewasa (12 year above)
RM5 – Kanak-kanak (2-11 tahun)

Restoran

Restoran Refarm menyediakan makanan yang segar dari ladang dan lazat di meja anda. Refarm sentiasa memberikan yang terbaik dalam menyediakan bahan-bahan terbaik untuk memasak masakan yang paling lazat. Bahan-bahan ini juga termasuk sayur-sayuran yang dihasilkan sendiri dan juga ikan dan ayam.

Selain itu, Restoran Refarm kini menyediakan penghawa dingin. Ianya juga menyediakan ruang makan yang boleh merokok dan larangan merokok. Ini bagi memastikan para pelaggan kami selesa semasa menikmati makanan.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Refarm Leisure Farm

Jom Lihat Review Pengunjung di Refarm Leisure Farm

Fresh vegetable and fish. Good cheif. Good ambient. WB WONG.

Nice place to bring the family. Clean swimming pool as well. Tek Yan Chua.

A very interesting place for children and family.There are petting zoo,pools,pedal boat,toilet and restaurants.Reasonable entrance fee so far. Sharifah Aminah.

A good place for a family trip, if you go there, remember bring enough clothes because there’s a few swimming pool inside. Mebius Lee.

The attraction is the few swimming pools. Wong Mun Heng.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada ramenpedas.com dan trilode.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Admin sarankan anda datang ke sini bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di buat.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Refarm Leisure Farm , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Refarm Leisure Farm.

Facebook Comments