

Assalamualaikum. Sebelum ini admin sudah banyak berkongsi pelbagai tempat menarik di Negeri Selangor. Kali ini admin juga ingin ketengahkan satu lagi tempat yang sangat nyaman dan cantik. Jangan terkejut jika setakat ini, private estate ini sudah mendapat review 4.9 bintang daripada 5 bintang.
Tahu apa maksudnya? Ini bermaksud memang Ratu Rening Residency ini satu tempat yang wajib kita pergi terutama bagi mereka yang mencari ketenangan dan tidak ada masa untuk keluar jauh dari bandar. Maka ini ialah satu pilihan yang sangat tepat.
Jika anda mencari suasana tenang dengan deruan air, kesejukan air sungai yang jernih dan ingin berehat di tepi para maka memang ini ialah tempat yang wajib anda pergi. Dengan khemah yang tersedia di tepi air yang sejuk dan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan sebenar menjadikan kita lupa akan kesibukan di bandar.
Apa yang penting ialah kawasan ini adalah kawasan privacy dimana hanya maksima 10 orang sahaja dibenarkan untuk tinggal disini semalaman. Maknanya, anda memang benar-benar bebas untuk buat apa sahaja disini. Hebat bukan! Jom terjah Ratu Rening Residency yang sudah dimasukkan kedalam senarai Peta Tempat Menarik ini.
Percutian Mewah Penuh Privacy yang Hebat di Ratu Rening Batang Kali, Selangor
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Kampung Hulu Rening, Batang Kali, 44300 Selangor.
- Nombor Telefon :Â 016-380 5999
- Waktu Operasi : Â 24/7 (Sila buat tempahan awal sebelum datang)
- Facebook :Â Ratu Rening Residency
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Ratu Rening Residency
Aktiviti Sesuai di Ratu Rening Residency
Baiklah, konsep yang diamalkan di Ratu Rening Residency ini ialah privacy. Jadi sudah tentu jika anda inginkan privacy maka ini ialah tempat terbaik untuk anda pilih. Bukan sahaja jauh dari kesibukan bandar, tetapi suasana tenang dan nyaman disini memang sesuai jika anda ada geng yang satu kepala untuk lepak bersama.
Pastikan jika datang kesini, anda perlu tempah awal kerana ianya privacy. Jadi sekali lagi, ingat ya tempah awal. Kemudian harga 1 malam di Ratu Rening Residency ini ialah dalam RM2500 semalaman. Maksima pengunjung ialah 10 orang jadi semalaman anda perlu bayar RM250. Kalau ada geng 10 orang memang seronokkan?
Tidak dilupakan juga sedikit info, disini anda tidak boleh beli makanan seperti diresort ya. Sebaliknya tiada makanan dihidangkan jadi anda boleh masak sendiri kerana semuanya disediakan. Untuk info lebih details, pastikan anda telefon dahulu pihak Ratu Rening Residency ini supaya tiada masalah yang timbul kelak.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Ratu Rening Residency
Jom Lihat Review Pengunjung di Ratu Rening Residency
This place is not just an ordinary escapade but more of a refined countryside private resort. The area is large and sits right in the heart of the forest, but at the same time well connected to the urbanised town of Batang Kali. Definitely recommend for both leisure and serenity. Raam Kumar.
My second time in Ratu Rening Residency. Love the place. Great for family gathering. Lynda Low.
Excellent place for u to chill in terms of all, the natural view is wonderful, the room decor is excellent and the foods are so tasty! Candice Jia Ying.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, sangat menarik sekali perkongsian lokasi kita kali ini. Lebih-lebih lagi buat admin yang memang sangat suka suasana aman damai macam kampung. Jadi rasa teruja sangat sekarang untuk pergi rasai sendiri pengalaman disini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Ratu Rening Residency, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Ratu Rening Residency