Rabbit Fun Land Tempat Menarik di Mantin Negeri Sembilan

Rabbit Fun Land

Assalamualaikum. Arnab adalah haiwan yang amat comel. Mereka seperti kapas yang hidup dan manja. Ramai yang suka akan arnab terutamanya anak-anak kecil. Tambahan pula, arnab mudah untuk dijaga. Hanya sediakan sangkar, tangki air yang sesuai dan makanan yang sesuai seperti lobak, daun salad dan seumpamanya. Tahukah anda terdapat sebuah tempat yang mengumpulkan pelbagai jenis arnab di Negeri Sembilan? Ya tempat tersebut wujub dan namanya ialah Rabbit Fun Land. Ia juga mempunyai haiwan comel yang lain seperti burung unta, rusa, landak dan lain-lain. Rabbit Fun Land adalah salah satu Tempat Menarik di Negeri Sembilan.

Rabbit Fun Land asalnya berada di Semenyih, Selangor dan ia telah diubah lokasi kepada Lenggeng, Negeri Sembilan. Tempat ini sudah tentulah bertemakan arnab yang comel-comel. Pengunjung boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan di tempat ini. Haiwan tersebut termasuklah rusa, itik, landak, kambing dan lain-lain. Haiwan-haiwan tersebut dijaga rapi. Tambahan pula ia dijinakkan hingggakan dapat diusap dengan tangan sendiri. Amat sesuai untuk bawa anak-anak kecil bercuti meluangkan masa bersama.

Selain itu, Rabbit Funland adalah taman yang baru dibuka dan pastinya semua kandang dan alatan masih dalam keadaan baru. Taman ini berpindah ke Lenggeng pada tahun 2017. Jangan lepaskan peluang ini.

Jika anda dari Kuala Lumpur, ia akan mengambil lebih kurang 1 jam untuk pergi ke Rabbit Fun Land. Anda perlu melalui Cheras-Semenyih-Broga untuk pergi ke tempat tersebut. Andai anda mahu menggunakan Waze, anda perlu search “rabbit fun land N34 setul Lenggeng”. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWSOME! RABBIT FUN LAND MEMPUNYAI HAIWAN YANG SANGAT COMEL 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot 1556, Mukim Lenggeng, 71750, Lenggeng, Negeri Sembilan.
  • Nombor Telefon :  0126362833
  • Waktu Operasi :  Buka setiap hari dan kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum. Buka pada Jam: 11.00 pagi sehingga 6.30 petang.
  • Facebook : Rabbit Fun Land 
  • Instagram : @rabbit_funland
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Rabbit Fun Land

Aktiviti Sesuai

Di sini, anda dibenarkan memberi makan kepada haiwan. Selain itu, anda juga dibenarkan menunggang kuda padi. Anda dibenarkan untuk bermain dan mengusap haiwan-haiwan ini.

Harga dan Kos Terlibat

  • Harga Masuk: RM8
  • Lobak: RM 10
  • Epel: RM8
  • pelet: RM3
  • Tunggang Kuda Padi: RM8

Promosi Istimewa yang di Berikan

Rabbit Fun Land akan memeberikan promosi istimewa di setiap cuti umum

Jom Saksikan Suasana di Rabbir Fun Land

Rabbit Fun Land

Rabbit Fun LandRabbit Fun Land

Rabbit Fun Land

Rabbit Fun Land

Jom Lihat Review Pengunjung di Rabbit Fun Land

Wah! penambah baikan yang menyeluruh. Sangat berbeza dengan Rabbit Fun Land Semenyih. Sangat-sangat seronok. Arnab yang bersih dan comel. Juga rusa-rusa yang gemuk. Iqbal Hassan

Saya sangat suka Rabbit Fun Land Lenggeng. Penambah baikan yang sangat mengejut. Rabbit Fun Land Semenyih sedikit kotor dan kecil. Tetapi di Lenggeng amat berbeza 180′ darjah. Amat baik. Syafiq Syawal

Tak mahu cakap banyak. Arnab di mana-mana! Nor Saffiqah

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada dausredscarsz.com kerana berkongsi maklmat dan gambar yang menarik. Ternyata Rabbit Fun Land merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Rabbit Fun Land, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Rabbit Fun Land.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTropical Village Tempat Menarik di Yong Peng Batu Pahat Johor
Next articlePantai Cherating Tempat Menarik Di Kuantan Pahang
rabbit-fun-land-tempat-menarik-di-mantin-negeri-sembilanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!