Pusat Sains Dan Kreativiti Tempat Menarik di Terengganu

Pusat Sains dan Kreativiti di Terengganu

Assalamualaikum. Apabila sampai di Negeri Terengganu sudah pasti banyak tempat menarik yang ingin anda lawati. Keindahan pantai dan pulau memang tidak dapat dinafikan lagi. Terdapat juga tempat ilmiah yang boleh anda bawa anak-anak untuk lawati. Pusat Sains dan Kreativiti merupakan tempat menarik di Terengganu. 

Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) terletak di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Kompleks PSKT ini tersergam indah di Padang Hiliran Kuala Terengganu. PSKT telah dilancarkan pada tahun 2005 oleh Menteri Besar Terengganu. Sudah pasti ianya telah menjadi tarikan kepada para pengunjung yang datang ke negeri ini.

Di sini terdapat empat buah galeri yang menempatkan pelbagai alat-alat berkaitan sains yang sangat interaktif dan berkonsepkan permainan. Pastinya, ini dapat menarik minat anak-anak atau pelajar untuk mempelajari begitu banyak perkara tentang sains. Bawalah anak-anak anda ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini dan alami keseronokan dunia sains.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga datang melawat ke PSKT. Pelbagai ilmu sains yang dapat diperolehi disini. Anda pasti akan berpuas hati dan rasa berbaloi dengan harga tiket yang dibayar. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PELBAGAI ILMU SAINS DAPAT DIPELAJARI DI PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kampung Laut, Taman Chendering Utama, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Nombor Telefon : 09-617 4004
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu

Apa yang ada di sini?

Tarikan utama di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu ini ialah Planetarium. Ia menjadi bukti kerajaan Negeri Terengganu sangat berkomitmen dalam membangunkan pendidikan, sains dan teknologi angkasa lepas di samping mendedahkan kepada masyarakat betapa pentingnya ilmu sains terhadap perkembangan dan pembangunan negeri.
Di sini pelawat dapat menyaksikan sendiri simulasi dan dokumentari mengenai angkasa dalam 3D yang dipancarkan ke ‘Dome’ (Kubah). Pelawat akan dapat merasai pengalaman menjelajah ke angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang, planet, meteor, dan pelbagai lagi objek yang berada dalam sistem cakerawala kita.

Harga dan Kos Terlibat

Tiket yang dikenakan untuk tayangan di planetarium amatlah berpatutan. Hanya RM 1.00 bagi kanak-kanak bawah 7 tahun. RM2.00 bagi pelajar sekolah sekolah rendah dan menengah, RM 3.00 bagi pelajar IPT dan dewasa RM 4.00.

Jom Saksikan Keindahan Di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu

Jom Lihat Review Pengunjung di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu

Amazing place to go. There are so many section from physics, chemist, astronomy and etc and all the basic sciences that kids can learn. The employees also nice, where they can tutor and teach your kids to try games and activities that relate to science. Price for the ticket also affordable, just only rm12 for local people (adult) and rm24 for foreigners with additional price to enter certain section. Abdul Rahman.

The entrance fee is affordable. But the education was superb. Really good for our children. Very nice place to go. Kime Gaban.

Excellent place to bring kids. Let them explore the wonderful world of science. Recommended for school trip. Wan Zuraidi Wan Zaid

Nice place to learn science with enjoy with family. Syafiq Saidi.

Good place to learn science for kids. Nur Ashidah Abdul Satapa.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.sop.name.my dan alamiterengganu.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Ternyata tempat ini sangat sesuai dikunjungi seisi keluarga. Sambil berjalan kita menimba ilmu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articlePemandangan Indah Kota Tinggi Yang Mempersonakan Dan Perlu Kita Semua Lihat
Next articleGambar Pemandangan Cantik Di Malaysia Yang Hipster Dan Perlu Kamu Semua Lawati
pusat-sains-dan-kreativiti-tempat-menarik-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!