Pusat Kraftangan Mariwasa Tempat Menarik di Kuala Kangsar Perak

243

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Pusat Kraftangan Mariwasa di Perak

Assalamualaikum. Anda peminat hasil kraftangan? Jika ya, jangan lupa untuk singgah ke Pusat Kraftangan Mariwasa yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Ianya telah menjadi tempat menarik di Perak dan wajib dikungjungi sekiranya sampai ke Kuala Kangsar. Ianya merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan pingat-pingat darjah kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Produk berasaskan perak, emas, tembaga dan lain-lain lagi merupakan satu hasil tangan yang cukup tinggi nilai estetika dan sejarahnya. Proses membuat pingat dan darjah ini melalui beberapa proses yang kompleks, yang mana memerlukan ketelitian yang amat tinggi, dan individu yang membuatnya memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi.

Kebanggaan dan pengiftirafan terbesar Mariwasa Kraftangan ialah kesemua sembilan Raja-Raja Melayu memilih Mariwasa Kraftangan untuk membuat darjah kebesaran mereka. Hebat bukan? Ini menunjukkan berapa teliti kerja dihasilkan oleh pusat kraftangan ini.

Anda perlu datang sendiri ke sini untuk melihat bagaimana pingat dan darjah kebesaran ini dibuat. Pasti ianya merupakan satu pengalaman yang menarik dan sukar untuk di perolehi di tempat lain. Selain itu banyak produk-poduk lain yang boleh anda dapati di sini seperti medalion dan produk berasakan silver. Jadi, admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! MALDIVES PELANGGAN DARI LUAR NEGARA MEMBELI HASIL KRAFTANGAN MARIWASA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Mariwasa Kraftangan Sdn.Bhd, Lot 522, Kawasan Perusahaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
  • Nombor Telefon :  05-776 5888 
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:30 p.m (Sabtu dan Ahad tutup) 
  • Website : Pusat Kraftangan Mariwasa Kuala Kangsar
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pusat Kraftangan Mariwasa

Sejarah Penubuhan

Mariwasa Kraftangan yang pada awalnya diasaskan oleh Datuk Megat Abdul Wahab Megat Abu Bakar kini telah diwarisi oleh anak sulungnya Puteri Nor Hajar Megat Abdul Wahab. Hajar merupakan anak sulung daripada lapan orang adik beradik dan mengambil alih perniagaan ini untuk mengekalkan warisan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja.

Pada tahun 1992, syarikat tersebut telah berpindah dari Cheras, Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar kerana Datuk Megat Abdul Wahab berharap perniagaan yang melibatkan pembuatan pingat Darjah Kebesaran Diraja akan tampil unggul jika lokasinya berdekatan dengan bandar diraja dan kini ia telah menjadi realiti.

Kini setelah 25 tahun syarikat ini bertapak dan beroperasi sepenuhnya di Kuala Kangsar, Mariwasa telah berkembang sehingga mempunyai 150 pekerja tetap. Malah kesemua pekerja mereka adalah warga tempatan yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan umur.

Mendapat Permintaan Luar Negara

Pada tahun 1995, Republik of Maldives telah datang, melihat hasil kerja di pusat ini dan sejak itu mereka adalah antara pelanggan setia. Selain Maldives, antara negara lain yang pernah berurusan dengan Mariwasa Kraftangan adalah Kuwait.

Produk Yang Dihasilkan

Selain produk pingat, medal dan darjah kebesaran, Mariwasa Kraftangan juga mengeluarkan barangan porselin yang ekslusif kepada golongan bangsawan dan sektor swasta yang terpilih. Uniknya, setiap peralatan yang direka dan dihasilkan itu, amat berbeza-beza dan mempunyai sentuhan corak, bentuk, logo yang tersendiri.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pusat Kraftangan Mariwasa

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Pusat Kraftangan Mariwasa

Amazing place to get your medals and trophies! Quality productions and friendly people. Most Malayzing.

Manufecturer & Suppier of Award Medas, Insignias ang Souviner Items. Masmudin Rabien.

A place where you can find skill people making award medals for royalties. Masmudin Rabien.

Good place to see and learn on how they make medals or royal accessories for the sultans. mohamad zaidi.

This is a craft makers company, i bought my service medal for my uniform. Taufiq Sparkz.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.eshamzhalim.com, www.sobriyaacob.com dan malaysiaaktif.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Anda boleh datang sendiri ke sini bagi melihat hasil kerja mereka yang begitu teliti dan cantik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pusat Kraftangan Mariwasa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pusat Kraftangan Mariwasa.

Facebook Comments