Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Tempat Menarik Di Temerloh Pahang

687

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Tempat Menarik di Temerloh Pahang

Assalamualaikum. Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang. 

Buat Pengetahuan semua, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar Sejak 30 tahun yang lalu. Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian. Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.

Pusat ini juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Apabila datang ke sini anda akan didedahkan dengan maklumat tentang kepentingan bagi konservasi hidupan liar dan habitatnya. Anda digalakkan untuk menonton dokumentari berkaitan penangkapan dan pemindahan gajah liar yang dirakamkan dengan kerjasama krew National Geographic. Pasti sesuatu aktiviti yang sangat menarik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! ANDA DAPAT MELIHAT GAJAH DI PUSAT KONSERVASI GAJAH DI TEMERLOH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan, Kuala Gandah, 28500 Lanchang, Pahang Darul Makmur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 013-908 8207 
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 4:45 p.m
  • Laman Web : Pusat Konservasi Gajah
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Gajah di Pusat Konservasi

Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah yang telah dilatih dan digunakan bagi operasi pemindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh kumpulan dan ibu mereka untuk memastikan anak-anak gajah ini terus hidup.

Aktiviti Menarik

Antara program dan aktiviti di sini memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan bebas dalam kawasan berpagar, menonton dekomuntari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru, Melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandikan dan dibersihkan serta penerangan berkaitan gajah. Banyak maklumat mengenai gajah boleh didapati disini.

Para pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat Pemandu Pelancong Alam Semulajadi untuk menjelajah trail interpretasi sambil memerhati gajah dalam hutan semulajadi serta lain-lain flora dan fauna yang menarik di hutan hujan tropika.

Jadual Aktiviti Pelawat

10.30 pagi – 12.00 tengahari – Pelawat berpeluang memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagari dengan pagar elektrik.​

1.00 & 1.30 petang – Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.

2.15 petang​ – Pelawat boleh melihat gajah dewasa dan anak gajah dimandi dan dibersihkan oleh mahout serta sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.

2.45 -3.15 petang- Pelawat akan diperkenalkan kepada setiap gajah yang menjalankan aktiviti konservasi, sejarah dan kebolehan asas mereka. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang dengan jarak kira-kira 8 meter bagi menjaga keselamatan.

 

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

 

Menarik Di Temerloh – Pusat Konservasi Kuala Gandah

Dihasilkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Cluster Temerloh. by Afzan Hashim

Jom Lihat Review Pengunjung di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Mind blowing experience. Not at all crowded. You get to feed and bathe elephants whilst learning about conservation. Lizzie Paterson.

Good place to come, you could feed and bath with elephant if the water level is low. Md Hafeez Affendy Rusli Affandi.

Good for half day family trip. sean yam.

Loved it!!! A must do for nature lovers visiting malaysia. As theres no website I’d suggest ringing them a day before and asking what time the shows and exhibitions are on and planning your trip accordingly & check the forecast and try and pick a clear day to go as the roads getting to and from there can get a bit hairy in hard rain. bob patterson.

Good for family outing. KL Chan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.nre.gov.my dan www.anasuhana.com  kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik dan berguna. Admin sangat sarankan anda datang sendiri ke sini bagi melihat gajah dan melakukan aktiviti yang disediakan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pusat Konservasi Gajah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pusat Konservasi Gajah.

Facebook Comments