Pusat Kebudayaan Murut Tempat Tarikan Pelancong di Tenom Sabah

Pusat Kebudayaan Murut Tempat Menarik di Tenom Sabah

Assalamualaikum. Anda pernah datang ke sebuah daerah di Sabah yang sangat popular dengan kopinya yang sangat sedap iaitu Tenom? Di daerah ini terdapat banyak suku kaum bumiputera dan salah satu yang terbesar ialah suku kaum Murut. Sekiranya anda datang ke Tenom anda boleh singgah di Pusat Kebudayaan Murut (PKM) yang juga merupakan tempat menarik di Sabah. 

Pusat yang mula beroperasi pada tahun 1996 itu, dibina atas inisiatif bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melalap, Datuk Kadoh Agundong yang pada masa itu menjawat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri. Pusat ini di bina bagi mendedahkan kepada orang ramai mengenai adat dan budaya Kaum Murut yang mempunyai 10 lagi pecahan etnik.

Bangunan PKM itu mempunyai beberapa blok yang semuanya mempunyai reka bentuk mirip Minangkabau bermula daripada blok utama yang menempatkan mini muzium, pejabat pentadbiran, kawasan pameran kraftangan dan ruang perantara yang luas serta selesa. Banyak maklumat dan informasi yang akan dapat anda perolehi di sini.

Sekiranya anda datang waktu pesta keamatan, anda dapat melihat sendiri bagaimana sambutan itu diadakan. Pelbagai lagi aktiviti kebudayan Murut seperti tarian, masakan dan alat muzik dapat dilihat disini. Datanglah ke sini untuk kita kenali budaya kaum lain di negara kita. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! PUSAT KEBUDAYAAN MURUT LAMBANG KEMEGAHAN TENOM

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 89900 Tenom, Sabah.
  • Nombor Telefon :  
  • Waktu Operasi :  
  • Facebook : Nama Facebook (sila buat mcm ini)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pusat Kebudayaan Murut Tenom

Tarikan Reka Bentuk PKM

reka bentuk PKM itu dibina selepas sepasukan juruperunding meninjau ke Bali, Indonesia bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai rumah Murut. Sememangnya rumah Murut mempunyai persamaan daripada segi bentuk seni binaan dengan di Bali seperti juga bentuk Pusat Kebudayaan Sarawak.

Bangunan PKM itu mempunyai beberapa blok yang semuanya mempunyai reka bentuk mirip Minangkabau. Antara tarikan blok utama PKM ialah keunikan beberapa tiang yang mempunyai ukiran. Ukiran ini dikatakan mempunyai mesejnya tersendiri seperti tiang pertama yang tertulis perkataan ‘Murut Sinimpung’ yang bermaksud perpaduan, aman dan damai.

Ruang Menarik di PKM

Terdapat tiga jenis bangunan dalam projek fasa satu iaitu bangunan utama, bangunan pameran, kedai kraf tangan dan bengkel kraf tangan.

Bangunan utama pusat ini yang digunakan untuk tiga fungsi tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kanan, tengah dan kiri bangunan. Paras tiga bahagian kanan bangunan utama menempatkan ruang galeri, muzium dan sebuah bilik pejabat.

Pada bahagian kiri pula terdapat sebuah dewan yang juga berfungsi sebagai auditorium teater manakala bahagian tengah terdapat dua paras utama iaitu paras bawah dan paras atas.Paras bawah menempatkan pejabat pegawai dan kakitangan pusat manakala paras atas ruang lobi, foyer, kafetaria dan tandas.

Bangunan kedua pula dibina di bahagian belakang bangunan utama yang dipisahkan oleh sebuah pentas khas untuk tujuan persembahan. Bangunan ini termasuk dua binaan berkembar yang menempatkan ruang pameran dan kedai kraf tangan. Bangunan berkembar ini dihubungkan oleh satu jambatan atau koridor terbuka.

Di belakang bangunan ini terdapat enam bangunan kecil berbentuk calet yang berada dalam satu susunan separa bulatan. Bangunan ini akan digunakan sebagai bengkel kraf tangan.

Jom Saksikan Keindahan dan Keunikan Bangunan di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom

Sabah Style Lion Dance – Pusat Kebudayaan Murut, Tenom ( Murut Dance with Lion Dance )

Sempena pesta Chap Goh Mei, Pusat Kebudayaan Murut Tenom Sabah telah membuat satu koreography dengan mencampur adukkan tarian singa dengan tarian kebudayaan suku kaum Murut Sabah dan menjadikannya ia satu tarian yang unik. menjadikan kita hidup 1Malaysia yang lebih kukuh. Gudongz

Jom Lihat Review Pengunjung di Pusat Kebudayaan Murut Tenom

The best place to learn about Murut tribe culture. Chris George.

A place to learn about the murut tribe of Sabah. To learn about the culture and tradition. Aehtoosham Suleman.

Knowledge of history and experience the tradition of Sabah North Borneo Murut Tribes. radio head43.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada ww1.utusan.com.my kerana berkongsi maklumat yang berguna. Anda juga akan disajikan dengan keindahan kawasan persekitaran kompleks bangunan yang dipenuhi tumbuhan menghijau dan lebih menyerlah dengan kejernihan Sungai Pagalan di tepi kawasan kompleks. Memang tidak rugi jika datang ke sini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pusat Kebudayaan Murut , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pusat Kebudayaan Murut.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMee Woo Resort Pusat Peranginan di Keningau Sabah
Next articlePulau Lankayan Tempat Menarik di Sandakan Sabah
pusat-kebudayaan-murut-tempat-tarikan-pelancong-di-tenom-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!