

Terdapat satu terusan dan beberapa titian yang menghubungkan daratan dan pulau buatan manusia ini. Di sebelah hujung terusan ini terdapat satu titian gantung yang direka secara melengkung yang menjadi salah satu landmark di sini. Pulau ini dibuat bagi menempatkan bahan kebudayaan, kesenian dan makanan yang menjadi warisan penduduk negeri Terengganu.
Jika anda ingin berkungjung ke pulau ini disarankan datang pada waktu petang atau malam. Ini kerana pada waktu malam pulau ini persisi seperti i-City. Keindahan pula ini akan dihiasi dengan kilauan lampu yang berwarna-warni. Pemandangan ini pasti membuatkan anda akan terpukau.
Jadi jangan lepaskan peluang berkungjung ke Pulau ini apabila sampai ke Negeri Terengganu. Selain daripada melihat pemandangan anda juga boleh melihat budaya dan adat di Negeri Terengganu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! PULAU WARISAN NEGERI TERENGGANU PERSIS I-CITY YANG SANGAT CANTIK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pulau Warisan, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.Â
- Waktu Operasi : 5:30 p.m – 10:00 p.m
- Facebook :Â Pulau Warisan River Cruise
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pulau Warisan
Aktiviti Sesuai
Pulau Warisan ini sebenarnya adalah sebuah pulau buatan manusia. Jika hendak datang, dicadangkan datang pada waktu petang ataupun malaM kerana keindahan seluruh kawasan akan dapat dilihat dengan sinaran lampu yang cantik. Sinaran lampu LED yang menerangi pulau ini menggambarkan seperti anda berada di I-city, Shah Alam.
Selain bersantai bersama keluarga, aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuklah river cruise yang melalui Pulau Wan Man. Di pulau inilah juga dilangsungkan pelbagai acara dan persembahan seperti pameran, konsert dan banyak lagi. Jadikan Pulau ini tempat singgahan untuk bersama keluarga apabila bercuti di Kuala Terengganu terutamanya pada waktu petang atau malam hari.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Warisan
Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Warisan
Destinasi wajib buat pengunjung. Memang berpuas hati. Dapat tengok view dan ambil gambar yang cantik dari atas bot. Ruang selesa, juga pegawai pelancong yang ramah berkongsi pelbagai cerita tentang bandar KT. Asrul Yusairie.
Tempat yang memberi kedamaian ketenangan. Nana Nana.
Bagi pengunjung yang belum pernah datang ke sini bolehlah datang ke sini dan boleh cuba naik river cruise. seronok bawa family sambil menikmati keindahan semula jadi di terengganu. Nor Hafidah.
Pulau warisan memang menarik hati. Sungguh indah padangan. Bila ke pulau ini, hati dan fikiran pon terasa amat tenang. Jom semua. Tidak cuba belum tahu. Nas Riey.
Serius puas hati, pemandu pelancong sangat-sangat memuaskan dan sporting .Pemandangan yang cntik sangat sampai aanak kawan cakap nk naik bot lagi. Ila Wahid.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.liburterengganu.com, www.visit-terengganu.net dan www.skyscrapercity.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Warisan , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Warisan.