Pulau Tioman Tempat Menarik Di Pahang

pulau tioman di pahang tempat menarikAssalamualaikum. Di Malaysia terdapat banyak pulau yang menarik dan cantik yang boleh dikungjungi. Antaranya ialah Pulau Tioman yang terletak di Negeri Pahang. Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang. Ianya terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar.Pulau ini admin telah masukkan ke dalam tempat menarik di Pahang.

Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan Pulau ini sebagai salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Tidak hairanlah ramai pengunjung dalam dan luar negara ramai yang berkelah serta memilih Pulau Tioman ini sebagai salah satu lokasi percutian mereka.

Pulau ini boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Selain daripada pengangkutan laut, anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara ke Pulau ini daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Pulau ini terdiri daripada 4 kampung yang utama. Kampung Tekek yang terletak dibahagian utara pulau  merupakan kampung yang paling besar serta ramai yang mendudukinya. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PULAU TIOMAN PERNAH MENJADI PULAU TERCANTIK DI DUNIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :Pulau Tioman, Pahang.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Tioman

Aktiviti Menarik Dilakukan

  1. Mengelilingi pulau
  2. Skuba Diving
  3. Snorkeling
  4. Rock Climbing
  5. Mandi manda di air terjun
  6. Membeli belah di kedai-kedai bebas cukai

Pulau-pulau Untuk Snorkeling

  1. Pulau Rengis
  2. Pulau Tulai
  3. Taman Laut
  4. Monkey Bay

Perjalanan ke Pulau Tioman @ Cara Pergi ke Pulau Tioman

Walaupun Pulau Tioman terletak di bawah negeri Pahang, cara utama pelancong datang ke pulau ini adalah melalui jeti di Mersing, Johor. Namun laluan alternatif jika anda hendak melancong ke Pulau Tioman adalah melalui jeti Tanjung Gemok, Pahang. Daripada salah satu jeti ini, anda boleh menaik feri terus ke Pulau Tioman untuk harga sekitar RM30-RM35 seorang.

Panduan ke Tanjung Gemok

Terdapat dua jeti utama ke Pulau Tioman, tetapi lebih mudah ke jeti di Mersing jika anda hendak menaiki bas dan ke Jeti Tanjung Gemok jika anda hendak memandu kereta. Pelepasan feri di Mersing juga lebih kerap berbanding dengan di Tanjung Gemok.

1. Dari Kuala Lumpur ke Tanjung Gemok

Tanjung Gemok merupakan jeti ke Pulau Tioman yang terdekat jika anda dari Kuala Lumpur. Terdapat dua laluan utama untuk ke sini iaitu:

Lebuhraya Pantai Timur: Gunakan Lebuhraya Pantai Timur (E8) dari arah KL ke Kuantan – ambil Route 3 melalui Pekan dan Rompin sehingga tiba ke Tanjung Gemok. (Anggaran masa sekitar 4 jam) 

Lebuhraya PLUS: Gunakan Lebuhraya PLUS (E2) arah selatan, dari Kuala Lumpur ke Seremban – Route 51 ke Bahau – route 12 ke Muadzam Shah – Route 63 ke Rompin – ambil route 3  ke Tanjung Gemok. (Anggaran masa sekitar 3.5 Jam)

2. Dari Melaka ke Tanjung Gemok

Lebuhraya PLUS: Gunakan Lebuhraya PLUS (E2) ke Tangkak – ambil Route 23 ke Segamat – Route 12 ke Muadzam Shah – Route 63 ke Rompin – Route 3 ke Tanjung Gemok (Anggaran masa: 2.5-3 Jam)

3. Dari Kuantan ke Tanjung Gemok

Route 3 : Pandu ke selatan mengikut Route 3 : Kuantan – Pekan – Rompin – Tanjung Gemok

Panduan Jalan ke Mersing Menaiki Bas

Jeti Mersing merupakan laluan utama jika anda hendak ke Pulau Tioman. Cara terbaik untuk tiba ke jeti adalah dengan menaiki bas kerana terminal bas terletak hanya 10 minit dari jeti ini. Masa perjalanan bot dari Jeti Mersing ke Pulau Tioman adalah kira-kira 1.5 jam ke 2 jam. Justeru, jika anda hendak menaiki bot awal pagi ke Pulau Tioman, anda boleh bermalam di salah satu hotel di sekitar kawasan ini.

1. Bas dari Kuala Lumpur ke Mersing

Tempat pelepasan bas ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur ialah di Terminal Bersepadu Selatan, dan anda akan diturunkan di Terminal Bas Mersing. Terdapat pelbagai operator bas dalam CatchThatBus yang menyediakan perjalanan ke Tioman, seperti Transnasional, Sepakat Liner dan S&S International Express. Tiket sehala ke Tioman adalah kira-kira RM30-RM40, dan masa perjalanan dalam sekitar 4-5 jam.

2. Bas dari Johor ke Mersing

Bas dari Johor bertolak dari Terminal Bas Larkin, dan perjalanan bas ke Mersing akan mengambil sekitar 2.5 ke 3 Jam. Kos tiket sehala ke Pulau Tioman adalah dalam anggaran RM12. Pilihan ini merupakan pilihan yang terbaik jika bajet pelancongan anda terhad, dan jika anda berasal dari negara jiran Singapura. Anda boleh pilih untuk menggunakan perkhidmatan dari operator-operator bas terkenal seperti Maju Express, S&S International Express dan juga Causeway Link melalui CatchThatBus.

3. Bas dari Singapura ke Mersing

Jika anda datang dari Singapura, masa perjalanan bas ke Jeti Mersing akan mengambil masa sekitar 5 jam, dan tiket sehala adalah dalam sekitar $S27 (RM90) . Anda boleh pilih untuk menggunakan perkhidmatan dari operator-operator bas seperti KKKL Travels & Tours, Discovery Tours & Travels dan juga WTS Travels & Tours.

Tip-Tip Berguna Apabila Menaiki Bas

  1. Beli tiket bas terlebih dahulu, terutamanya ketika waktu puncak.
  2. Beli tiket pergi balik, supaya anda dapat pergi balik Pulau Tioman dengan selamat.
  3. Berada di terminal bas kira-kira 30 minit sebelum waktu bertolak.
  4. Bawa jaket dan sedikit makanan ringan supaya anda selesa dalam bas.

Terminal Bas Mersing ke Jeti Mersing

Apabila anda diturunkan di Terminal Bas Mersing, perjalanan dari terminal ke jeti adalah mudah dan mengambil masa sekitar 10-15 minit secara jalan kaki. Di Jeti Mersing, terdapat banyak kemudahan seperti kedai runcit, bank dan ATM serta beberapa hotel bajet jika anda perlu bermalam bagi menaiki feri terawal ke Pulau Tioman. Terdapat juga ruang parkir kereta di sini (Kos: RM8/1 hari).

Pelabuhan Feri ke Pulau Tioman

1. Pelabuhan Feri Tanjung Gemok

Harga tiket feri perjalanan sehala dari Tanjung Gemok adalah RM35 untuk dewasa, dan RM30 untuk kanak-kanak. Bilangan pelepasan feri dari jeti ini adalah pada waktu pagi dan petang. Masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah sekitar 1.5 jam ke 2 jam. 

2. Pelabuhan Feri Mersing

Dari Mersing, masa perjalanan feri ke Pulau Tioman adalah dalam sekitar 3 jam. Tiket sehala adalah RM35 , tetapi jika anda beli secara atas talian, harga mungkin lebih tinggi kerana terdapat caj tempahan. Feri di sini berlepas setiap 2-3 jam setiap satu di antara 7.30 pagi ke 6 petang.  

Tip-Tip Berguna Apabila Menaiki Feri ke Pulau Tioman

  1. Masa perlepasan feri mungkin berlainan mengikut keadaan laut semasa.
  2. Feri akan berhenti di setiap kampung di Pulau Tioman (kecuali Juara), tetapi anda harus bertanya dengan operator sebelum membeli tiket.
  3. Bilangan masa feri berkurangan pada musim hujan (November ke Mac), dan perlepasan feri boleh ditunda atau dibatalkan.
  4. Beli tiket feri anda terlebih dahulu sebelum waktu puncak pelancongan (hujung minggu, cuti awam, cuti sekolah, musim perayaan)

Senarai Perhentian Feri di Kampung-Kampung Pulau Tioman

  1. Kampong Genting
  2. Kampong Paya
  3. Kampong Tekek
  4. Kampong Air Batang
  5. Kampong Salang

*Jika anda ragu-ragu tentang tempat perhentian anda, minta pertolongan staf yang lebih berpengalaman tentang kawasan Pulau Tioman. Sumber : https://www.catchthatbus.com

Penginapan di Pulau Tioman

Jom Lihat Review Pengunjung di Paya Beach Resort

Third time staying at Paya Beach Resort and the resort never fail to amaze me – it only keeps improving and leaving me with fonder memories! Enjoyed my spa massage & the BBQ grill beside the beach. Can’t wait to visit this wonderful place again! Lilyn Tan.

Best and largest resort in the village. Plenty of rooms available, nice landscape, own reataurant and many facilities as Far as an Island resort is concern. Can expect an above average prices here. Good for vacations and can be quite romantic for couples. They offer a special candle light dinner for couple under an individual gazebo on the beach. Jimmy Lee.

A good and cheap resort but accommodation are getting old and very cramp. There are various activities suitable for the family. I usually come here for the SCUBA Diving. Ice Lee.

Jom Lihat Review Pengunjung di Sun Beach Resort

A great place to get away from it all. WiFi available near the reception area. Well maintained and clean rooms and common areas. The barbecue dinners are very enjoyable. Very close to the ferry wharf and stores. Craig Loxley.

Clean room and quiet environment. Hoe Kah Hock.

The best place ever. Samsung Note3.

Jom Lihat Review Pengunjung di Salang Sayang Resort

Nice beach, nice people your naibours are monkeys and lizzards in the swamp behind the buildings. Rooms are completely overpriced for that how they are. Like some restaurants for the food and the service. Anyway still a nice place to relax except when they turn on the music way to loud in the restaurants. On the beach you have to fight with sand flies and sometimes moskitos. Use repellent and lots of sunblocker here has everybody burned skin. Enjoy you’re staying. Lilly Knaup.

Excellent! Redz Leonard.

Structure very well positioned, clean and spacious rooms, the prices a little ‘too high for the standard as in all the seaside resorts of Malaysia. Claudio Ottaviani.

Jom Lihat Review Pengunjung di Juara Mutiara Resort

Excellent beach with crystal clear waters, welcoming people. YouWei Chin.

Amazing view of the sea . Homely atmosphere. You also have a beach to yourself. Rajarshi Guha.

Gorgeous nature around, unusual atmosphere. Seems like the place at the end of the world. Vít Skála.

Pretty good facilities. I enjoyed the proximity to everything and a very kind staff. A basic decision and great to explore the locals lifestyle by simply waking miles down the road. Norris Wong.

Review Pengungjung Resort Tunamaya Beach

This island really quiet and amazing. If u r tired of famous places and countless tourists, u must come to here. U can escape from the whole annoying world but find yourself. 洪守成

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Tioman

Melancong Ke Pulau Tioman

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Tioman

A natural place with great views and crystal clear sea water….May enjoy the holiday with friends and family in a such nice and quiet place. Marvellous diving place where you can dive freely and have a whale of time. yining tan.

Pristine water to see corals, reefs, colorful fishes by snorkeling. Great place to be here in weekend. Mesmerizing trip. Suresh Rajagopal.

Incredible place, not so crowdy. Jungle worth to visit by foot. Adam Zielonkowski.

Beautiful Island for snorkeling and beach activities. Meharuban Mahadeva.

Best place for Snorkeling. Harith N.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada zulfadzlimuhamad.wordpress.com dan www.cutidipulau.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu dan berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Tioman, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Tioman.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleCameron Highland Percutian Hebat di Pahang
Next articlePangkor Laut Resort Penginapan Menakjubkan di Pulau Pangkor
pulau-tioman-tempat-menarik-di-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!