

Assalamualaikum. Admin pasti anda pasti akan teruja dengan sebuah pulau yang terdapat di Kuala Penyu. Ramai yang tahu, di Sabah terdapat banyak pulau-pulau yang cantik. Bagi mereka yang mencari sebuah pulau yang cantik admin sarankan untuk datang ke Pulau Tiga. Pulau Tiga merupakan tempat menarik di Sabah.
Turut terkenal dengan gelaran ‘Pulau Survivor’ kerana menjadi lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal ‘Survivor’, Pulau Tiga lokasi percutian menarik buat anda yang cintakan alam semula jadi serta lautan membiru. Wow! pasti pemandangan di sini sangat ‘awesome’ sehingga dijadikan tempat penggambaran.
Untuk ke pulau ini, anda perlu menempuh perjalanan sejauh 140 kilometer dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu di Semenanjung Klias, kemudian menaiki bot ke pulau selama lebih kurang 45 minit. Perjalanan yang jauh pasti akan hilang apabila melihat keindahan pulau ini.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke pulau ini. Admin pasti anda akan teruja dengan pelbagai tarikan disini. Bagi yang ingin bermalam terdapat tempat penginapan disediakan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! PULAU TIGA MEMILIKI KEINDAHAN ALAM LUAR BIASA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Sabah
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di sini
Aktiviti Sesuai
Bagi pencinta alam semula jadi pula, terdapat hutan hijau yang subur dan pantai pasir yang putih serta air jernih menanti untuk dinikmati. Terumbu karang di sekeliling pulau pula menjadi rumah bagi banyak spesies ikan dan hidupan marin lain, sekali gus menjadikan aktiviti menyelam sesuatu yang cukup mengujakan. Aktiviti laut lain termasuk snorkeling serta menjelajah dan melihat burung di sekitar pulau menambahkan lagi keunikan bercuti Pulau Tiga ini.
Di sini ada aktiviti yang tiada di tempat lain iaitu mandi lumpur. Mandi lumpur dari muntahan lumpur gunung berapi sudah sejuk dan kaya mineral ini adalah aktiviti popular di sini. Ini kerana, ramai beranggapan lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit.
Penginapan yang Ada
- Pulau Tiga Resort
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Tiga Sabah
Great place. I’m definitely going there again. Dharen Nackreen.
30 minutes away from Kuala Penyu district, this magnificent Borneo Eagle Resort at Pulau Tiga is gonna take your breath away. siska jean.
Best beach with cute fish and big lizard. Simorio Wang.
Keep calm and relax. Fietries Ieskaendarz M. Daelipx.
Can have fun with snorkeling and through the forest to the volcanic mud bath. What a wonderful way to relax and enjoy the good view. Chia-Chun Tsai.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada ny-mind.blogspot.com dan www.hmetro.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Perkongsian ini dapat menyebar luas lagi tempat menarik yang terdapat di Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Tiga Sabah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Tiga Sabah.