Kepulauan Seribu Tempat Menarik di Indonesia

301

gugusan kepulauan seribu jakarta

Assalamualaikum. Jika berkungjung ke Jakarta pasti anda fikirkan hanya sebuah bandar. Sebenarnya di Jakarta banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Salah satu tempat yang menarik ialah kepulau seribu. Jika anda meminati island hopping bolehlah berkungjung ke Pulau Seribu. Pulau Seribu merupakan  tempat menarik di Jakarta, Indonesia. 

Kepulauan Seribu adalah kawasan beberapa gugusan pulau yang terletak di utara Teluk Jakarta.  Berbeza dengan pesisir pantai utara bandar jakarta, pantai-pantai di pulau-pulau kecil di Kepulauan Seribu ini jauh lebih bersih dan jernih. Anda pasti akan tenang dan kagum dengan kecantikan pulau-pulau disini.

Sebagai maklumat, Kepulauan Seribu mempunyai nama panjang Taman Negara Marin Kepulauan Seribu di mana kawasan ini mempunyai keluasan sekitar 108,000 ha. Kawasan ini meliputi kawasan pelancongan dan pemuliharaan

Pulau-pulau Kepulauan Seribu adalah tempat yang ideal untuk menghabiskan hujung minggu anda daripada kesibukan kota. Dengan kejernihan air laut berwarna hijau zamrud dan keindahan hidupan bawah air yang menakjubkan adalah sempurna bagi anda untuk melakukan aktiviti pantai seperti berenang, snorkeling, menyelam, berjemur, memancing atau menikmati semua jenis tunggangan air yang ada. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

GUGUSAN PULAU YANG SANGAT CANTIK DI PULAU SERIBU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jakarta, Indonesi.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Seribu

Menikmati Keindahan 10 Pulau Tercantik di Pulau Seribu

  1. Pulau Tidung

Pulau Tidung merupakan salah satu Pulau Terindah Di Kepulauan Seribu Yang Wajib Anda Kunjungi. Pulau yang terkenal dengan Jembatan Cinta ini menawarkan pemandangan bawah laut yang sangat menakjubkan. Di Pulau Tidung anda dapat melakukan pelbagai aktiviti pantai seperti berenang, snorkeling, diving, memancing dan pelbagai aktiviti air.

2. Pulau Sepa

Pulau Sepa adalah Pulau Resort di Kepulauan Seribu yang memiliki keindahan bawah laut bagaikan surga. Pulau dengan pantai pasir putih bersih dan lembut serta ekosistem bawah laut yang masih terjaga. Hal inilah yang menjadi Tempat Penyelaman yang popular antara pulau-pulau disini.

3. Pulau Pramuka

Pulau Pramuka adalah salah satu pulau paling padat penduduk di Kepulauan Seribu yang menjadi tempat kegemaran ramai pelancong. Pulau ini merupakan tempat kegemaran para pencinta pemuliharaan alam bawah air. Pantai dengan pasir putih yang bersih, air laut yang jernih, terumbu karang yang indah sangat mengagumkan.

4. Pulau Bidadari

Pulau Bidadari adalah salah satu Pulau Terindah Di Kepulauan Seribu Yang Layak Untuk Anda Kunjungi. Pulau yang hanya berjarak 15 kilometer atau dapat ditempuh selama 30 minit dengan speedboat dari Marina Ancol ini menyajikan pemandangan pantai yang indah dengan pohon-pohon yang menghijau di sepanjang tepi pantai. Di Pulau ini anda juga dapat menyewa resort terapung yang tentunya sangat disukai oleh banyak pelancong.

5. Pulau Putri

Pulau Putri merupakan Pulau Terindah Di Kepulauan Seribu Yang Wajib Anda Kunjungi bersama keluarga. Pulau ini menawarkan pelbagai tarikan yang sangat menarik untuk anak-anak anda seperti Akuarium Bawah Laut, Glass Botton Boat, Kolam Renang, Sunset, Cruisse dan juga Lapangan Tenis serta Water Boom.

6. Pulau Pelangi

Pulau Pelangi mempunyai tumbuh-tumbuhan yang rimbun dengan pasir putih yang merintangi air laut yang jernih biru. Pulau ini dilengkapi dengan restoran terapung, kedai menyelam yang menyediakan peralatan menyelam, snorkeling, peralatan memancing dan kemudahan pantai yang lain.

7. Pulau Macan

Pulau ini berkonsepkan Eco Resort Village. Pulau ini terbahagi kepada dua iaitu pulau macan kecil dan pulau macan besar. Pelbagai aktiviti air boleh dilakukan disini seperti snorkeling, berkayak, diving dan banyak lagi.

8. Pulau Pari

Pulau Pari merupakan pulau berpenduduk di Kepulauan Seribu dan menjadi salah satu pulau terindah di Kepulauan Seribu yang wajib anda kunjungi. Pulau yang hanya berjarak satu jam dari Marina Ancol ini. Di pulau ini Anda dapat menikmati pemandangan dengan suasana pantai yang indah, pantai berpasir putih, pohon-pohon yang rendang serta air laut yang jernih.Pelbagai aktiviti air terdapat disini seperti jet ski, snorkeling, diving dan banyak lagi.

9. Pulau Harapan

Pulau Harapan terletak sangat berdekatan dengan Pulau Pramuka dan tidak terlalu jauh dengan pulau-pulau lainnya di Kepulauan Seribu. Di Pulau ini Anda dapat melakukan aktiviti seperti snorkeling dan diving dengan tempat-tempat terbaik.

10. Pulau Pantara

Pulau Pantara atau dikenal juga sebagai Pulau Seribu Marine adalah salah satu Pulau Terindah Di Kepulauan Seribu yang wajib anda kunjungi. Pulau ini terkenal sebagai tempat Snorkeling dan Diving terbaik Di Kepulauan Seribu. Selain dapat menikmati keindahan bawah laut, Di Pulau Pantara, anda juga dapat menikmati aktiviti pantai lainnya seperti berenang, bermain jet sky, banana boat, wind surfing dan yang lainnya.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kepulauan Seribu

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Seribu

If you wana get great atmosfere without traffic and polution in jakarta city, just come to pulau seribu or thousand island, you will get relax and enjoy in pulau seribu,,especialy if you come with couple or with familly. joe_tour2Pangan.

I have visited this place many times. And still there are some many things that we can explore. Many islands, many spots, many foods, and many quality time with friends. Going underwater in the days, playing beach-music in the night. Awesome! Ikin F.

Been there a few times with friends to get a quick getaway from Jakarta. We stayed at some guest house in one of the island, rent a boat for snorkling and island hoping. Watching the sunset by the white sand beach is very relieving. Dave K.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada bangmamadi.blogspot.my, reyginawisataindonesia.blogspot.com, www.yukpiknik.com dan travelingyuk.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang diberikan sangat membantu dan berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kepulauan Seribu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kepulauan Seribu.

Facebook Comments