

Memandangkan percutian di Pulau Redang merupakan percutian yang popular, maka banyak pilihan pakej-pakej yang menarik yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keinginan. Anda boleh bermalam di pulau ini kerana banyak resort-resort yang boleh dipilih di dalam pakej yang ada.
Terdapat beberapa cara untuk pergi ke pulau ini. Anda boleh pergi melalui Jeti Shahbandar. Masa yang diambil untuk ke Pulau Redang ialah sekitar 2 jam mengikut keadaan air laut. Selain itu, anda boleh pergi ke pulau ini dari jeti Merang. Terpulang kepada pilihan anda untuk memilih jeti yang lebih dekat dengan kediaman anda.
Pengalaman bercuti di pulau ini sangat seronok dan destinasi seperti ini sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai tempat percutian keluarga untuk mencari ketenangan dan juga sangat sesuai dijadikan tempat berbulan madu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! PULAU REDANG PULAU TERCANTIK DI TERENGGANU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pulau Redang
Aktiviti Menarik Di Pulau Redang
- Melihat matahari terbit dan mataari terbenam.
- Snorkeling – Air di pulau ini sangat jernih untuk snorkeling dan kebanyakan pengunjung menyukai pulau ini kerana terumbu karangnya masih terpelihara dalam habitat asal kehidupan laut.
- Scuba Diving – Pulau Redang mempunyai tempat menyelam di laut dalam seperti Tanjung Lang dan Tanjung Tokong yang merpakan kawasan menyelam popular di dunia.
- Melihat Penyu – Melihat penyu merupakan satu aktiviti yang biasa dilakukan oleh para pelancong yang bercuti disini. Pasir Changal Hutan adalah kawasan utama di pulau ini yang didatangi oleh penyu untuk mengawan dan bertelur.
- Jungle Trekking
- Bermain bola Tampar
- Berkayak
- Mandi Laut
- Memancing – perlu mengambil pakej memancing di luar pulau redang.
Tempat Menarik di Pulau Redang
- Pantai Pasir Panjang – Ia adalah pantai paling besar di pulau ini dan sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling.
- Teluk Kalong – Terdiri daripada Teluk Kalong Kecil dan Teluk kalong Besar. Teluk Kalong Besar sangat sesuai untuk aktiviti berenang dan mandi laut.
- Teluk Dalam – Sesuai untuk mandi laut dan berenang.
- Pasir Mat Simpan – Tempat menarik untuk snorkeling.
- Pasir Mat Kepit – Tempat menarik untuk snorkeling.
Penginapan yang Ada
- Taaras Beach and Spa Resort – Terletak di teluk dalam. Menyediakan 183 bilik untuk pengunjung dan 5 bilik tidur private villa yang menakjubkan.
- Coral Redang Island Resort – Terletak di Pasir Panjang. Menyediakan 40 chalet.
- Laguna Redang Resort – Terletak di Pasir Panjang. Menyediakan 222 buah bilik untuk pengunjung.
- Redang Beach Resort – Terletak di Pasir Panjang. Menyediakan 129 bilik untuk pengunjung.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Redang
Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Redang
Tourist hot spot. crystal clear and sandy beaches. Thumb up for family holiday here. Bryan Tan.
What a spectacular views of island ! The best moments is when you snorkelling and scuba diving. It was mesmerizing ! I never regret went there. Though I regret if I never go there. Faiq Fendy.
It is a beautiful island in Malaysia. Water is so clean and it is a good place for snorkeling. I went for a jungle trekking. It is a very good place for relax and one of my favorite places in Southeast Asia. Sergio Saiki.
Crystal clear sea water. Most beautiful island I’ve been to. Emily Tso.
This is beautiful island where you can see many fishes near the beach. You can see the water so clean in here. If you are lucky you will see some little sharks and sea turtles swimming not far from beach. Ray Kyo.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.percutianbajet.com dan www.melancong.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat menarik dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Redang , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Redang.