Pulau Payar Langkawi Tempat Menarik Dikungjungi

850

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

pulau-payar-langkawi

Assalamualaikum. Di langkawi terdapat banyak pulau yang boleh dilawati termasuk Pulau Payau. Bagi yang meminati suasana pulau serta mahu melakukan aktiviti pulau boleh berkungjung ke Pulau Payar. Pulai ini merupakan salah satu  tempat menarik di Langkawi yang wajib anda kungjungi.

Pulau Payar merupakan salah sebuah pulau yang termasuk di dalam senarai 99 buah pulau yang bertaburan di sekitar Pulau Langkawi. Jaraknya pula, kira-kira 30 kilometer dari Pulau Langkawi. Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas. Aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di pulau ini kerana ia telah pun digazetkan sebagai salah satu taman laut negara.

Pemandangan di pulai ini sangan cantik dan indah. Anda pasti akan terpukau dengan keindahan pulau ini. Pasirnya yang memutih dan lautnya yang membiru pasti membatkan anda jatuh cinta dengan keindahan pulau ini. Pulau ini semakin popular dikalangan pelancong yang berkungjung di Langkawi. Selain itu, hidupan marin disini dijaga dan masih cantik dan tidak terancam.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat kehidupan marin yang sangat cantik dan terjaga di Pulau Payar. Anda pasti tidak akan menyesal dan pengalaman ke sini akan menjadi kenangan yang terindah dan sentiasa menjadi igauan kerana terlalu cantik. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca sebagai panduan. Semoga bermanfaat.

KEINDAHAN PANORAMA DAN KEHIDUPAN MARIN DI PULAU PAYAR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Langkawi, Malaysia.
  • Facebook: Pulau Payar
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Payar Langkawi

Aktiviti Sesuai

Nikmati keindahan pulau ini. Abadikan kenangan anda dengan mengambil gambar di sekitar pulau ini. pasti anda akan teruja dengan kecantikan pulau ini.

Selain itu, anda perlu cuba untuk snorkeling bagi melihat keindahan marin. Batu karang dan hidupan laut yang berada di pulau ini terjaga dan sangat cantik. Bagi yang meminati aktiviti ini sangat sesuai datang ke sini.

Selain itu, bagi yang suka skuba boleh lakukan aktiviti ini di sini. Anda dapat melihat kehidupan marin di dasar laut. Pasti akan mengujakan anda dengan kecantikan hidupan di dasar laut.

Harga dan Kos Terlibat

Kebiasaanya ada 2 pakej yang selalunya disediakan dari Langkawi ke Pulau Payar:

1. Pakej Pantai
Pakej selalunya berharga di bawah RM230 seorang. Anda akan dihantar ke tepi pantai untuk snorkeling di pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.

2. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral
Pakej ini selalunya berharga di atas RM390 seorang. Tempat anda bukan di tepi pantai, tapi scuba diving dari platform tengah laut. Di sini ada lebih banyak ikan kawasan laut berbanding pantai.

Kalau anda tidak mahu ke dalam air, ada balai cerap bawah laut yang di bina di bawah platform untuk anda melihat ikan (tapi rugilah sangat dengan kos yang mahal). Makanan di sini biasanya berbentuk buffet.

Cara Ke Pulau Payar

Anda boleh ke Pulau Payar melalui 3 laluan — dari jeti Kuala Kedah (30 min), Pulau Langkawi (1 jam) atau Pulau Pinang (2 jam).

Kebanyakan pengunjung ke sini selalunya datang melalui pakej yang disediakan oleh agensi pelancongan di sekitar Langkawi. Kalau anda ambil pakej, kos peralatan snorkeling, pengangkutan pergi balik ke hotel, insuran dan makan tengahari sewaktu di pulau selalunya sudah dikira sekali.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pulau Payar Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Payar Langkawi

The beach is virtually super small, great for snorkeling, dead corals, plenty fish, baby sharks, dirty, no eateries, no shops. You can carry bread or fish food for fish feeding. Only accessible via tours. kvkorg.

Beautiful beach and amazing sea life. You can see a lot of fishes and Reef sharks which are all very friendly. Oliver W.

I would rate Pulau Payar as the Best Marine Park in Malaysia. The Marine park welcomes the travellers with its greenish beach filled with Marine life. Paulson J.

The cleanest beach and the amzing food and facility arrangement. there are lots of fishes of big size as well. Good and safe for all ages and best snorkeling spot. Tour maybe little costly, but totally worth it. YoungIndianTravel.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada destinasimalaysia.blogspot.my dan http://www.jomjalan.com.my kerana telah memberi banyak maklumat mengenai pulau ini. Terima kasih juga kepada nadzirahata.blogspot.my kerana berkongsi gambar dan pengalaman di Pulau Payar.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Payar, isilalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Payar.

Facebook Comments