Pulau Pangkor Destinasi Menarik di Perak

2

tempat menarik pulau pangkor di perakAssalamualaikum. Di Malaysia terdapat banyak pulau-pulau menarik yang boleh dikungjungi. Salah satu pulau yang menjadi tarikan pelancong di dalam mahupun diluar negara ialah Pulau Pangkor. Pulau Pangkor merupakan tempat menarik di Perak yang wajib dikungjungi. Anda perlu merancang datang ke pulau ini sekiranya bercadang untuk menikmati percutian yang aman dan damai.

Bentuk muka buminya dan alam semulajadinya yang terpelihara dengan baik menjadikan pulau ini lokasi yang tepat untuk anda yang ingin menghirup udara segar sambil melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti jungle trekking, bird-watching, snorkeling, berkhemah, dan macam-macam lagi.

Kalau anda sukakan aktiviti-aktiviti outdoor dan ingin mendekati flora dan fauna yang tidak dapat dinikmati di kawasan bandar, jomlah ke Pulau Pangkor. Kalau anda datang dari kawasan bandar seperti Kuala Lumpur atau Selangor, ini adalah salah satu pulau terdekat yang boleh dilawati.

Rancanglah percutian anda ke Pulau Pangkor bagi menikmati sendiri keindahan flora dan fauna. Anda boleh datang pada bila masa sahaja ke pulau ini kerana ianya terlindung dari angin kencang dan hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PULAU PANGKOR SANGAT CANTIK DAN INDAH DI PERAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Perak, Malaysia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Pangkor

10 Tempat Menarik Yang Pasti Anda Teruja

  1. Kota Belanda

Sama seperti banyak destinasi terbaik di Melaka di Pulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.

Tujuan lain pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini dan dalam masa yang sama pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka. Kiranya, Kota Belanda ini memegang nilai yang penting dalam sejarah negeri Perak. Memang patut anda datang ke sini bersama keluarga untuk melihat sendiri peninggalan penuh sejarah ini dengan lebih dekat.

2. Batu Bersurat

Batu Bersurat ini terletak hanya dalam 100 meter sahaja daripada Kota Belanda. Apa yang ditunjukkan pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak dibaham oleh seekor harimau, agak menyeramkan juga satu lukisan sebegini diabadikan pada sekeping batu kan? Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini.

Lagi satu yang pelik pasal batu ini adalah penduduk tempatan mengatakan yang batu ini pada asalnya memiliki saiz yang kecil tapi semakin lama ia kelihatan seperti semakin besar, seolah-olah hidup. Datanglah ke sini kalau nak lihat dengan lebih dekat lagi baru bersurat yang terkenal ini, mana tahu, kalau-kalau anda dapat merungkai misteri di sebalik batu ni.

3. Tortoise Hill

Untuk anda yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kalau berjungle trekking di bukit ini? Memang cool juga kalau berkelah atau bersantai di bawah pokok-pokok yang rendang di puncak bukit ni sambil mengimbau kenangan lama. Sambil-sambil bersantai itu anda dapat menikmati pemandangan indah sekeliling Pulau Pangkor yang dikelilingi pokok-pokok menghijau dan Selat Melaka sebab puncak bukit ini adalah puncak yang tertinggi di pulau ini. Dekat sini juga anda boleh melihat bermacam jenis flora dan fauna yang menarik seperti orkid-orkid yang jarang dijumpai di tempat lain dan burung-burung yang berwarna-warni seperti burung enggang.

4. Pantai Teluk Nipah

Banyak aktiviti air yang ditawarkan di pantai ini, baru seronok anak-anak anda bila bercuti dapat buat aktiviti yang melibatkan main air ni, siapa tak suka. Tapi anda kena pandai juga mencari pakej aktiviti air yang murah, tak adalah terasa berat nak keluarkan duit poket untuk beramai-beramai bermain air. Ada yang murah, ada yang mahal, survey dulu baru puas hati.

Kawasan ni agak padat pada musim cuti sekolah. Tapi tak apalah kan, ramai tak ramai, yang penting anda sekeluarga dapat berseronok. Sekitar pantai ini agak meriah juga dengan gerai-gerai untuk anda membeli kudapan dan makan sambil menikmati pemandangan.

5. Pantai Pasir Bagak

Sepanjang pantai ini sudah tersedia meja-meja untuk anda hidangkan makanan dan dimakan bersama keluarga sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Kalau anda terlupa nak bawa makanan jangan risaulah, banyak juga gerai-gerai makanan di sekeliling, air kelapa pun ada dijual, kombinasi yang sempurna sambil melepak tepi pantai.

Sambil-sambil anda menikmati air kelapa itu, anda dapat melihat ramai nelayan yang sibuk dengan jaring masing-masing untuk menangkap hasil laut. Aktiviti lain yang anda boleh buat di pantai ini adalah seperti menaiki bot untuk merasa pengalaman makan angin atas laut ataupun untuk mencuba sendiri aktiviti menjala.

6. Lumut Waterfront

Lumut Waterfront ini merupakan tempat yang pertama sekali anda perlu pergi untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor. Pemandangan dekat sini boleh tahan juga menariknya. Kalau anda datang awal pagi ke sini, dapatlah anda sekeluarga menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah. Bukan setakat ada pemandangan yang cantik, tapi gerai-gerai dan restoran yang menjual hasil laut pun banyak. Nak lepak makan ABC, seafood, KFC, semua ada.

Jadi, datang je ke sini dengan perut kosong, cari gerai yang anda suka di sini untuk menjamu selera, kemudian bolehlah mulakan penjelajahan anda ke Pulau Pangkor dengan feri dari jeti di waterfront ini. Dalam perjalanan ke Pulau Pangkor yang mengambil masa lebih kurang 20 minit ini anda bolehlah bergambar sepuas-puasnya di feri tu nanti, bukan senang nak dapat pengalaman naik feri kan.

7. Pulau Giam

Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Ya memang banyak tempat nak dilawati di Pulau Pangkor ni, semuanya indah-indah belaka. Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot, bergantung kepada anda, kalau anda mahukan aktiviti yang ekstrem sedikit dan memiliki stamina yang tinggi, boleh datang secara berkayak, kalau tak, naik sahaja bot, mana-mana pun syok. Yang bestnya di pulau ini, airnya agak jernih jadi bolehlah bersnorkeling di sini.

8. Pangkor Fish Satay Factory

Teringin nak shopping makanan hasil laut yang fresh-fresh? Mari ke Kilang Hai Seng Hin ataupun nama terkenalnya Kilang Sate ini. Dekat sini anda boleh melihat bermacam hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain dijual di sini. Yang paling meletup di Pulau Pangkor ni sebenarnya ikan bilis mata biru, sebab tak ada di tempat lain ikan bilis jenis ni. Sedap juga dibuat sambal petai ikan bilis. Rugi kalau tak datang ke sini alang-alang dah sampai ke Pangkor, banyak sangat pilihan makanan laut di sini, bolehlah anda berkelah dengan keluarga selepas shopping di sini. Kedai-kedai cenderamata pun ada.

9. Teluk Segadas

Teluk Segadas ini terletak di selatan Pulau Pangkor. Agak kurang dilawati pelancong sebab kawasannya agak tersorok. Kalau anda sukakan privasi, apa kata kalau ke sini. Untuk ke teluk ini, dari jeti Pulau Pangkor anda boleh menaiki teksi sehingga sampai ke Kampung Gedung, lepas tu, anda kena berjungle trekking dalam 15 ke 20 minit untuk sampai ke teluk ini.

Kalau anda datang bersama anak kecil sekurang-kurangnya 6 tahun dan ke atas, boleh sahaja, sebab trekkingnya tak begitu mencabar. Cuma diingatkan, Teluk Segadas ni kawasannya tak begitu lengkap dengan kemudahan.

10. Masjid Terapung

Bukan di Terengganu sahaja yang ada masjid terapung, di Pulau Pangkor pun ada! Sebenarnya, masjid ini agak baru di Pulau Pangkor. Dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor atau nama lainnya Masjid Al-Badr 1000 Selawat ini adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.

Dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi unik dan menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016. Datanglah ke sini untuk menghayati hasil seni islamik yang masih segar lagi di masjid ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Pangkor

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Pangkor

One of the best Island I have been ever. Very quiet and friendly people. You can rent a bike for a reasonable price and go around the island to have a memorable experience. Delicious fish from the Island cooled traditionally. Worth to visit, if I have an opportunity I’ll go again. marwan alrahbi.

Pangkor is a very small island but offers a value for money trip. At a less than 3 hours drive from KL on a normal day, it is a great destination for a weekend’s outing. You can do a number of water activities here including Snorkelling and banana boat rides on the beaches. Water is not too clean, still there are few very beautiful beaches.From Nipah beach, during low tides you can walk to another small island with water level of sea up to waist level. You can takes boat as well but walking in sea with such low and slowly increasing water depth is a good experience.Roads are good and you can rent motorbikes for a very low price.
Sunil’s Diary.

Small island with lots of natural beauty. Quiet place with helpful friendly people. For small,relaxing vacation pangkor would be the best choice with is also very near from KL. If you take a bike on pangkor you’ll enjoy this island more. I just love this place.
Tasnim Shashi.

Beautiful place for a small holiday trip. Anik Datta.

Beautiful enjoy life nice. Abid Qurban.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklmat yang diberikan sangat berguna dan membantu. Ternyata Pulau Pangkor sangat menarik untuk dikungjungi.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Pangkor, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Pangkor.

Facebook Comments