Pulau Manukan Tempat Menarik Di Sabah

306

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Pulau Manukan Tempat Menarik di Kota Kinabalu

Assalamualaikum. Sabah adalah salah satu negeri yang menyimpan pelbagai rahsia dan masih banyak tempat-tempat yang tidak diketahui umum oleh rakyat Malaysia. Kebanyakan tempat-tempat menarik di Sabah dipelihara dan dipulihara oleh kerajaan negeri. Ramai pengunjung melabelkan Sabah sebagai tempat paling sesuai bercuti bersama keluarga. Pulau yang paling terkenal pada masa kini adalah Pulau Manukan, salah satu tempat menarik di Sabah.

Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, Malaysia dan ia diiktiraf sebagai taman laut negara. Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot. Pulau Manukan adalah pulau yang paling popular di kawasan Kota Kinabalu. Pulau ini juga mempunyai beberapa kawasan yang terbentang indah di pantai selatan. Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk diselam.

Seterusnya, daripada 5 pulau yang termasuk dalam Taman Tunku Abdul Rahman, pulau ini mempunyai kemudahan pelancongan yang paling maju dengan terdapat 20 unit chalet, rumah kelab, dan beberapa restoran dan pusat menyelam. Kemudahan rekreasi termasuk kolam renang, padang bola sepak, bola tampar dan sepak takraw. Kemudahan infrastruktur termasuk sokongan air bersih, elektrik, penyahgaraman tumbuhan, sistem pembetungan yang tersusun, dan juga telefon awam yang menggunakan tenaga solar. Pulau ini juga dilitupi dengan tumbuh-tumbuhan tebal dan mempunyai laluan mendaki.

Selain itu, terminal Feri Kota Kinabalu di pusat bandar adalah terminal feri bagi mereka yang hendak menuju ke pulau-pulau di Taman Tunku Abdul Rahman. Terminal feri ini juga merupakan penghubung bagi pelawat yang menginap di Manukan Island Resort. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! PULAU MANUKAN PULAU PALING TERKENAL DI MALAYSIA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Pulau Manukan

Aktiviti Sesuai

Banyak perkara yang anda dpat lakukan ketika berada di pulau ini:

  • Jet Ski
  • Sea Walking
  • Parasailing
  • Scuba Doo
  • Banana Rides
  • Scuba Diving
  • Fly Fish Rides
  • BBQ Buffet

Harga dan Kos Terlibat

  • Jet Ski – RM200
  • Sea Walking – RM265
  • Parasailing – RM106
  • Scuba Doo – RM250
  • Banana Rides – RM45
  • Scuba Diving – RM280
  • Fly Fish Rides – RM75
  • BBQ Buffet – RM70

Penginapan yang Ada

Antara resort yang menjadi pilihan pelancong:

  • Manukan Island Resort
  • Shangri La Tanjung Aru Resort and Spa
  • The Magelian Sutera Resort

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pulau Manukan Pulau Manukan Pulau Manukan Pulau Manukan

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Manukan

Nice place to hangout n chill.its very peacefull here to relax and appropriate for family trips as well. More places to visit as everything is just nearby. Tina Athira

Nice and peaceful beach. perfect for island hopping and swimming on a sunny day. Not so crowded and beach is quite clean. Mohammad Romzi

One of the most beautiful island in Sabah. The scenery during sunset are to die for. Awesome place to be with friends. Water activity are available there. Just ask the guide around. Iman Ismael

You need to ride a boat to reach to the island. Bargain for the ride is a must at jesselton point. Try to negotiate the price . Nice clear sea water and you can see fishes . You may bring your own food and drinks to the island. Entrance fee is also needed to enter the island . You can see the mount kinabalu from the island if the weather is good. Salman Talib

This was our last stop on a three island tour with beach bums at Jessleton pier. Most of the crowds seemed to have left so there was acres of space, peace and solitude. Great snorkelling. Nice restaurant just off beach with nicely priced cocktails. Great way to end the day. As with all islands in area they will have to work at clearing the rubbish washed up on shore. It is sad to see as you travel from KK the large amounts of flotsam and jetsam floating in the ocean. It is a ticking time bomb and an ecological disaster to see such pollution in such a beautiful part of the world. Taylor Idreez, Backpaker

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada pojiegraphy.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Pulau Manukan merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Manukan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Manukan.

Facebook Comments