Pulau Mantanani Kota Belud Tempat Menarik Jika Bercuti di Sabah

116

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Pulau Mantanani Kota Belud Tempat Menarik Jika Bercuti di Sabah

Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca yang dihormati. Kali ini admin nak bawa anda ke Borneo dan lebih spesifik ialah ke Pulau Mantanani yang terletak di Kota Belud. Ianya sebuah pulau yang agak jauh dari Kota Kinabalu Sabah iaitu lebih kurang 3,4 jam perjalanan menaikan kereta dan bot. Jadi, kenapa kita perlu jauh kemari? Sudah tentu anda benda yang istimewa yang mungkin anda hanya akan temui dan rasai pengalamannya di sini.

Pulau Mantanani meruapakan salah satu lagi tempat menarik di Kota Belud Sabah. Ya, sebelum ini kita pernah berkongsi tentang satu lagi lokasi menarik di Kota Belud iaitu Polumpung Melangkap dan hari ini kita akan pergi ke pulau pula. Apa yang pasti, perkongsian kali ini agak “rare” kerana lokasinya yang agak jauh dan Pulau Mantanani ini admin juga telah masukkan dalam salah satu destinasi menarik di Malaysia dan anda boleh lihat di dalam senarai yang kongsikan di Peta Tempat Menarik ini.

Pulau Mantanani Tempat Percutian Menarik di Kota Belud Sabah

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Mantanani, Pulau Mantanani, Kota Belud Sabah
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Mantanani

Aktiviti Sesuai

Kalau pergi pulau sudah semestinya aktiviti yang biasa kita dapat buat ialah :

  1. Jalan-jalan keliling pulau.
  2. Snorkeling.
  3. BBQ
  4. Etc

Bagaimana Cara Nak ke Pulau Mantanani

Kalau nak pergi sana sendiri memang agak susah. Kena naik bot kampung, yang biasanya bersaiz kecil dan agak scary lah nak naik bot kampung sebenarnya. Sebab, ombak nak pergi pulau tu memang kuat.

Biasanya naik dari Rampayan, Kota Belud. Bertolak dari Pulau Mantanani pagi, balik ke pulau petang, dalam pukul 1 – 2pm. Actually bot ni mostly cater for penduduk kampung di pulau yang nak beli barang di pekan Kota Belud.

Dulu ada satu company yang sediakan feri straight dari Jesselton Point, Kota Kinabalu ke Mantanani. Bayaran kalau tak silap dalam RM30++ one way. Saya pernah naik tahun lepas. Tapi, sekarang feri tu dah takde dah. Sebab tak kos efektif.

Kebanyakan company provide speed boat dari Kota Belud. Ada dua tempat utama untuk pergi Mantanani, Kuala Abai dan Rampayan. Dari Kota Kinabalu ke Kota Belud dalam 1.5 – 2 jam. Naik bot dalam 45 mins – 1 jam, bergantung pada ombak. (Perkongsian dari Pelancong Tegar)

Penginapan yang Ada

  1. Palm Beach. Dulu saya tinggal dekat sini lah. Ada banyak jenis chalet. Makan malam style buffet. Siang ada BBQ. Wifi in public area. Electricity ada 12 hours je. Hehe. Relatively cheap, compared to the others. But not the cheapest.
  2. Mantanani Dream. Setahu saya ini je satu-satunya resort yang ada 24 hours electricity. So harga lebih mahal. Tapi diorang ada dormitory juga kalau rasa nak jimat. So, kalau korang nak datang dalam group yang besar, lagi untung lah.
  3. Mari-Mari Mantanani. Kalau korang search kat Agoda, ini lah satu2nya resort di Mantanani yang akan korang jumpa. So, kalau korang plan nak datang Mantanani sendiri, tak mau pakej2, boleh la kot duduk sana. Electricity 12 jam juga.
  4. Low Price Holiday. Yang ni pun harga agak murah. Saya suka diorang punya tempat, ada banyak hammock & buaian untuk lepak tepi pantai. Hehe. Sesuai juga untuk bergambar. Dulu mak mertua saya pernah kerja dengan diorang.
  5. Bambaran Beach Resort. Ermm. Honestly tak tahu sangat pasal diorang ni. Tapi macam harga agak mahal, so I assume they’re one of the high-end resorts?

(review n perkongsian dari Pelancong Tegar)

Jom Saksikan Keindahan Panorama Indah di Pulau Mantanani

Pulau Mantanani Kota Belud Sabah Pulau Mantanani Kota Belud Sabah Pulau Mantanani Kota Belud Sabah Pulau Mantanani Kota Belud Sabah Pulau Mantanani Kota Belud Sabah

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Mantanani

Pulau Mantanani ni jauh, dari Kota Kinabalu dalam 2.5 jam perjalanan dengan kereta + sejam perjalanan dengan bot. So, harga memang lah mahal berbanding trip ke Pulau Sapi atau Pulau Manukan di Tunku Abdul Rahman Marine Park. Lagi jauh, lagi mahal, lagi secluded, lagi cantik. Pelancong Tegar

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, admin sangat berterima kasih sebab banyak info admin dapat dari Pelancong Tegar. Nampaknya memang seronok dapat pergi kesini melalui perkongsian dari beliau. Jom terjah blog beliau dan rasanya beliau juga ada buat pakej perlancongan ke sana. Boleh grab dari dia tau.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Mantanani, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Mantanani.

Facebook Comments