Pulau Lankayan Tempat Menarik di Sandakan Sabah

Pulau Langkayan tempat menarik di Sandakan Sabah

Assalamualaikum. Sandakan adalah bandar kedua terbesar di Sabah. Bandar ini merupakan pintu masuk ke pelbagai destinasi eko di Sabah. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Sandakan ini. Antaranya ialah pusat pemulihan orang utan Sepilok, Pulau Penyu dan banyak lagi. Tapi kali ini admin ingin menerokai sebuah pulau yang ramai tidak tahu kewujudannya iaitu Pulau Lankayan. Pulau ini merupakan tempat menarik di Sandakan, Sabah.

Pulau kecil seperti permata di Laut Sulu, Lankayan telah diisytiharkan sebahagian daripada Kawasan Perlindungan Marin yang besar untuk mengamalkan konsep eko-pelancongan. Pulau ini dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang tiada tandingannya, menawarkan penginapan yang elegan dan indah di semua 23 chalet pinggir laut yang luas.

Pulau Lankayan ini adalah kawasan yang sesuai untuk mencari ketenangan dan ia juga mempunyai kawasan menyelam yang cantik. Pada musim dari bulan Mac hingga Mei, whale shark boleh dilihat disini, ini adalah ‘dream date’ bagi mereka yang suka menyelam.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk datang bercuti ke Sandakan Sabah dan pergi ke Pulau Lankayan. Percutian anda pasti akan menjadi lebih bermakna dan indah bersama keluarga atau rakan-rakan di sini. Bagi penggemar menyelam di dasar laut, disini merupakan pilihan yang tepat. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! KEINDAHAN DAN KECANTIKAN PULAU LANKAYAN SANDAKAN SABAH PASTI MEMUKAU PANDANGAN ANDA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lankayan Island, Sandakan Sabah.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Lankayan Sandakan

Aktiviti Utama

  • Scuba Diving
  • Snorkelling
  • Kayak
  • Memancing

Terokai Kehidupan Marin Dengan Menyelam

Di Lankayan, salah satu tempat menyelam yang paling popular ialah Jaw Fish Lair yang hanya 4 hingga 5 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Lankayan. Kebiasannya yang boleh dlihat adalah rahang ikan raksasa itu sendiri, kerapu, ikan anemone, fusilier dan nudibranches. Yang jarang dilihat termasuk blue ribbon eel, ghost pipe fish (bermusim), juvenile cat fish, peacock mantis shrimp, dan penyu.

Lankayan mempunyai lebih daripada 32 lokasi menyelam termasuk 2 bangkai kapal dan kebanyakan kawasan menyelam adalah beberapa minit menaiki bot dari jeti.

Memancing

Pulau ini memang tidak asing lagi bagi penduduk Sandakan khasnya kaki-kaki pancing kerana kecantikan pulau serta kepelbagaian spesis hidupan laut. Namun begitu kedua-dua pulau ini dilindungi di bawah Taman-Taman Laut Sabah dari sebarang aktiviti penangkapan ikan dan pencemaran.

Anda perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan sebelum memancing. Hal ini kerana terdapat kawasan yang dilarang untuk aktiviti memancing.

Penginapan yang Ada

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Lankayan Sandakan

Travel Video: Lankayan Island Diving Resort in Borneo 2014

We had this awesome vacation in 2014, when we experienced the extraordinary sea at Lankayan Island. Lankayan is a small island in Borneo and famous as a diving resort. We were swimming with turtles and relaxed next to the blue sea! Watch our video for some travel-awesomeness! by Frolleins Journeys

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Lankayan Sandakan

Macam di Maldives, tapi pulau ini dekat saja. Pulau Lankayan, kalau dari Sandakan naik bot ambil masa 1 jam setengah. Memang cantik, dengan air dia yang jernih dan hidupan laut macam tengok dalam akuarium ja. Sabah Info.

Lankayan island was a paradise and leaving it was painful. The divemaster helped us see all types of marine life and made every dive a pleasure. The resort staff was highly professional and took good care of all our needs.” Raphael Mitch, New York, United States.

The island was private and peaceful and the diving was excellent thanks to the DMs knowledge about the marine life, especially the rare macro. Michele Biello, Roma, Italy.

Lankayan was a real delight! The dive staff was really helpful and friendly. They put together our scuba diving kit before every dive, and rinse it and dry it after the dives. Highly recommended for both snorkelers and divers. Gregg Aston, Cairns, Australia.

This private island resort is so beautiful and both the dive staff and the resort staff were really friendly doing their best to give us a good time. They drew our attention to every interesting thing from green turtle laying eggs to hatching turtle eggs. One visitor even swam next to tiny baby sharks whilst snorkelling. We will remember the place for a long time. Christopher Lee, Hong Kong.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima aksih diucapkan kepada dewimalaysia.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Admin sangat teruja melihat gambar keindahan pulau ini yang terjaga daripada pencemaran. Admin sangat sarankan kepada sesiapa yang mahu satu percutian mewah dan tenang untuk datang ke sini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Lankayan Sandakan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Lankayan Sandakan.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePusat Kebudayaan Murut Tempat Tarikan Pelancong di Tenom Sabah
Next articleTaman Reakrasi Batu Hampar Tempat Menarik di Kedah
pulau-lankayan-tempat-menarik-di-sandakan-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!