Pulau Harimau Tempat Menarik Di Johor

Pulau-Harimau-di-Mersing

Assalamualaikum. Pasti ada di kalangan kita yang menyukai tempat yang memberi kita privasi. Kumpulan orang seperti itu amat menyukai waktu mereka bercuti dengan keluarga tanpa ada gangguan daripada orang lain. Mereka sukakan susasana yang romantik dan tidak gemarkan kekecohan. Admin rasa, tempat paling sesuai untuk kumpulan tersebut bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga adalah di adalah di pulau. Admin cadangkan, bercuti di Pulau Harimau, tempat menarik di Johor.

Pulau Harimau berada di Mersing, Johor. Seperti yang kita tahu, Mersing adalah daerah yang mempunyai banyak tempat yang cantik dan tempat yang masih belum diterokai. Oleh yang demikian, Pulau Harimau dapat dijamin dan dijangka sangat cantik walaupun anda tidak pernah pergi ke pulau tersebut. Pulau ini mendapat nama kerana jika dilihat pemandangan air laut dari pulau ini, anda akan lihat air laut seperti jalur-jalur di badan harimau belang. Tambahan, pulau ini 0% tercemar!

Daya tarikan di Pulau Harimau adlah pemandangannya yag amat cantik. Sturuktur pulau-pulau berdekatan dan gua yang memukau. Air yang jernih dan kelihatan biru juga memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja yang bercuti di sana. Tidak perlu pergi ke Pulau Hawaii atau Pulau Carribean untuk lihat struktur yang unik. Di Pulau Harimau juga terdapat perkara tersebut. Di sini juga banyak lakukan penyelidikan saintifik oleh pelajar-pelajar di universiti terdekat. Bagi yang mahu melancong sambil belajar, anda boleh la pergi ke pula ini.

Pulau ini terletak di daerah Mersing di mana ia mangambil masa dalam 2 jam perjalanan kereta dari Johor Bahru dan lebih kurang 4 jam 15 minit dari Kuala Lumpur untuk sampai ke sini. Semasa di Mersing, anda perlu pergi ke jeti Mersing untuk ke Pulau Harimau. Kebiasaannya pengunjung pergi ke pulau ini dengan menyertai pekej dan ejen yang tertentu. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

COOL! PULAU HARIMAU ADALAH PULAU YANG BELUM DITEROKAI 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pulau Harimau, Mersing, Johor. 
  • Waktu Operasi : Day Trip
  • No Telefon: 012-5444120 (ejen)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Harimau

Aktiviti Sesuai

Semasa di pulau ini, jangan lupa untuk merakam keindahan pulau ini kerana ia adalah salah satu pulau tercantik di Johor. Selain itu, anda boleh menyelam di pulau ini. Dengan warna air lautnya yang bewarna turqoise, pasti anda berpuas hati.

Harga dan Kos Terlibat

  • Pakej A [GroupTrip]
  1. RM160.00/seorang. Pakej termasuk
  2. Day Trip
  3. Seorang Guide
  4. Boat pergi dan balik
  5. Makan Tengah Hari
  6. Snorkeling Set including fin
  7. Minimum 10orang
  • Pakej B [GroupTrip]
  1. RM 260.00/seorang. Pakej termasuk
  2. Day Trip
  3. Seorang Guide
  4. 2hari 1malam
  5. Penginapan di BlueWater Hotel
  6. Boat pergi dan balik
  7. Makan Tengah Hari
  8. Makan Malam
  9. Sarapan hari kedua
  10. Snorkeling Set including Fin
  11. Minimum 10orang

Penginapan yang Ada

Penginapan terdakat adalah hotel Pulau Rawa.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Pulau Harimau

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Harimau

ITidak ramai yang tahu tentang Pulau ini. Saya pelik. Saya datang dari Singapore semata-mata hanya ingin melihat pulau ini. Tetapi mana pengunjung tempatan? Tidak ramai pengunjung tempatan yang datang melancong ke sini. Tempat yang cantik, tapi belum di popularkan. Steven, Singapore

I very shocked when i saw this island. It like paradise but in Malaysia. John Taylor

Marilah datang ke Pulau Harimau. Saya tak kesah promote pulau ini tanpa bayaran. Saya hanyak ingin dunia tahu bahawa Malaysia juga mempunyai pulau seperti pulau fantasi. Akmal

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada hello-gypsy.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Pulau Harimau merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Harimau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Harimau.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePasar Besar Siti Khadijah Pasar yang Terkenal di Kelantan
Next articleLegoland Tempat Menarik di Johor
pulau-harimau-tempat-menarik-di-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!