Pulau Giam Tempat Menarik di Perak

1947

Assalamualaikum. Apabila anda sampai di Pulau Pangkor Perak sudah pasti banyak pulau dan pantai yang boleh anda lawati. Sebelum ini admin ada bercerita mengenai Pulau Pangkor. Kali ini admin ingin bongkar kecantikan Pulau Giam yang berada berhampiran Pulau Pangkor. Ianya menjadi tempat menarik di Perak.

Pulau ini terletak bersebelahan degan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Anda wajib pergi ke Pulau ini sekiranya bercuti di Pulau Pangkor. Lanskap pulau ini sangat indah. Pantainya kecil dihampari pasir halus berwarna putih. Terdapat banyak batu besar terhampar disekeliling pulau ini yang sekaligus yang memberi panorama yang sangat indah.

Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot.Ini bergantung kepada kemampuan masing-masing. Bagi yang mahukan aktiviti yang ekstrem sedikit dan memiliki stamina yang tinggi, boleh datang secara berkayak. Sekiranya tidak anda boleh naik bot sahaja. Yang bestnya di pulau ini, airnya agak jernih jadi bolehlah bersnorkeling di sini.

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Rancanglah percutian anda ke Pulau Giam bersama keluarga atau kawan-kawan. Sudah pasti keindahan ciptaan Allah di sana menanti anda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! PEMANDANGAN INDAH DI PULAU GIAM PERAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pulau Giam, 32300, Perak.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Giam

Aktiviti Sesuai

Anda boleh snorkeling disini kerana air disini sangat jernih. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama keluarga seperti berkelah dan bersantai sepanjang pantai. Selain itu, tarikan utama di sini ialah terdapat batu besar di tepi pantai yang menyerupai penyu dan kepala buaya.

Unik tentang pulau ini, sekiranya pengunjung datang sekitar awal Februari pada minggu sambutan Tahun Baru Cina, pengunjung boleh berjalan kaki ke pulau ini kerana pada sekitar tempoh tersebut berlaku fenomena ‘air laut surut’.

Harga dan Kos Terlibat

Sewa Kayak: rm 10.00 sejam

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Giam Perak

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Giam

Nice place to visit and very much clean sea side. Ernad Helic.

The tour will basically bring you to 2 spots in Pulau Giam, 1 for snorkeling and 1 for swimming. The snorkeling spot was so-so, but the swimming spot was awesome! Felt a bit like the BVI beach there..Overall thumbs up! Fiza Hassan.

If you are professional diver or snorkeling pro, this place is not for you, but this is great place for enjoying with family and children who like to try snorkeling for fun, and I visited this Island with my 4 children this is the sweet memories in our life. By the way watch for sharp rock Coral. Ashida.

Pulau Giam is a very small island located just 10 minutes away from Pangkor Island and is the most popular place to go snorkeling. You can easily get a boat from any of the Pangkor Island beaches and snorkeling equipments are usually provided. There is quite a number different species of fish you can find at the island but there is not much coral to see. It is recommended to go early in the morning or early afternoon, depending on tide level, to avoid the crowd. Rian Aznani.

Nice place to get a vacation with friends. Although there are not much beautiful coral, but they have gorgeous beach and fishes. Aoki Sam.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com, www.buzzingmalaysia.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Jangan lupa untuk lawati Pulau ini sekiranya bercuti di Pulau Pangkor.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Giam, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Giam.

Facebook Comments