

Assalamualaikum. Ramai yang tidak tahu kewujudan pulau di negeri Melaka. Selain daripada tempat bersejarah, Melaka juga mempunyai sebuah pulau yang cantik dan indah. Pulau Besar merupakan salah satu tempat menarik di Melaka yang wajib dikungjungi.
Pulau Besar atau lebih dikenali sebagai pulau keramat merupakan antara pulau yang bermisteri di Malaysia. Terdapat banyak mitos dan lagenda yang sering di kait kan oleh penduduk setempat yang ceritanya di turunkan dari generasi ke generasi akan datang melalui percakapan yang tidak dapat dipastikan ke sahihannya.
Terdapat dua cara untuk ke Pulau Besar iaitu dengan menggunakan perkhidmatan feri atau dengan menggunakan perkhidmatan bot laju. Sekiranya anda datang dengan kumpulan yang kecil lebih baik menaiki feri kerana harga tambang yang lebih murah.
Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung sendiri ke pulau ini. Anda pasti akan kagum dengan keindahan pulau ini. Admin pasti percutian ini akan menjadi percutian yang bermakna kerana banyak tempat menarik yang boleh dilawati disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
AWESOME! PULAU BESAR MELAKA TEMPAT PENUH MISTERI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Melaka
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pulau Besar Melaka
Aktiviti Sesuai
Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah berkelah. Anda dapat berkelah bersama keluarga di tepi laut. Selain itu, anda boleh camping bersama rakan-rakan atau keluarga. Di pulau ini juga terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Sekiranya tidak sempat melawat semua tempat anda boleh bermalam di pulau itu. Terdapat chalet juga di sana.
Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati
* keramat Sultanul Aarifeen
* Perigi di Kaki Pulau
* Batu [email protected] Penambat Kapal
* Batu Tengkorak
* Pokok Disula
* Tasik Biawak
* Batu Belah
* Keramat Masin Tawar
* Istana Bunian
* Perkampungan Bunian
* Tasik Bunian
* Gua Yunus
* Keramat Ular
* Makam Nenek Kebayan
* Perigi Tempayan Pecah
* Makam Tok Janggut
* Makam Tujuh Beradik
* Makam Seribu
* Makam Nisan Satu
* Perigi Nenek Musallimah
* Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
* Makam Sultanul Aarifeen
* Makam Syarifah Rodziah
* Batu Lesung
* Batu Gajah
* Gelanggang Silat Fatimah
* Batu Damar Wulan
* Perigi Bunian
* dan Tasek Bunian
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Besar Melaka
Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Besar Melaka
One of the best holiest place I that I went so far , beautiful nature ,surrounding with friendly people’s, good for family vacation. mohdjoseph abdu.
Best beach in melaka, Best place for camping. Richard wifi786.
Mystical And Beautiful island.. But Need More Development there.Malacca District
Government Pls pay More Attention on That historical island.. Thank You. logan rajiv.
Tranquility and humanity filled the whole island. Peaceful spiritual experience. Divakar Subramaniam.
Just like the place and fresh air, love the boat ride. Gogulavanan Sivaperumal.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada azurahanuar.wordpress.com dan zickmoderato.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Pulau Besar merupakan pilihan tempat percutian yang sangat menarik.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Besar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Besar.