Pulau Beras Basah Tarikan Pelancong Ke Langkawi

Pulau Beras Basah Langkawi

Assalamualaikum. Pulau Beras Basah merupakan tempat menarik di  Langkawi. Kebiruan air laut dan kedamaian Pulau Beras Basah di Langkawi memang menjadi tarikan ramai pelancong ke sana. Ia terletak di hujung barat Langkawi, Pulau Beras Basah menawarkan percutian yang santai dengan pantai bersih, air laut yang biru dan kehijauan hutan.

Selain pasir putih bersih dan latar belakang hutan yang subur menghijau, perairan sekitar Pulau Beras Basah juga memberikan pemandangan dan pengalaman terbaik. Kalau bernasib baik, anda berpeluang bertemu dengan sekumpulan ikan lumba-lumba bermain di kawasan sekitar dan beratus-ratus burung helang yang menjadi tarikan utama di sekitar kawasan Pulau Beras Basah Langkawi.

Pakej untuk ke Pulau Beras Basah biasanya sekali dengan pakej lawatan 2 pulau lain iaitu Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Jangan risau, jika mahu dapatkan pakej island hoping di sekitar pulau-pulau ini sangat mudah kerana hampir setiap agensi pelancongan di Langkawi menyediakan pakej lawatan dari pulau ke pulau di Langkawi dengan harga yang berpatutan.

Cari pengalaman indah di Pulau Beras Basah ini. Anda pasti akan teruja dengan keindahan pemandangan di pulau ini. Jangan lepaskan peluang untuk bercuti di pulau ini apabila sampai di Langkawi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Diharapkan dapat membantu anda merancang percutian ke Pulau Beras Basah.

WOW! PERCUTIAN AMAN DAN DAMAI DI PULAU BERAS BASAH LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pulau Beras Basah Langkawi

Aktiviti Menarik

Memandangkan Pulau Beras Basah dijaga alam sekitar dan dikawal pembangunan sekitar pulau, ia adalah lokasi mandi manda, berehat, bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi yang terbaik jika anda ke Langkawi.

Harga dan Kos Terlibat

Kebiasaannya, sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah sekitar RM150.00.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Pulau Beras Basah Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Beras Basah Langkawi

Awesome island with splendid nature’s beauty. White sand, green trees & perfect landscape. Vivek Ranjan.

Very beautiful and green.I love the weather and the beach. iren ghafouri.

Pasir yg sgt halus umpama memijak tepung. Muhammad Amirul.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.mrjocko.com kerana telah berkongsi maklumat mengenai pulau ini. Terima kasih juga kepada www.travelibur.com, www.panoramio.com dan www.langkawi-info.com kerana berkongsi gambar Pulau Beras Basah.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Beras Basah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Beras Basah.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleLangkawi Wild Life Park Tempat Menarik Untuk Dilawati
Next articleLaman Padi Tempat Menarik di Pulau Langkawi
pulau-beras-basah-tarikan-pelancong-ke-langkawiSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!