

Dari jauh anda akan terpegun dengan pasirnya memutih seperti tidak pernah dijejak oleh sesiapapun. Bahkan air lautnya sangat cantik dan bersih mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk merehatkan minda. Kiri kanan pulau ini di kelilingi oleh laut dan keindahan alam, setanding kehebatan Kepulauan Maldives. Malah, sebenarnya di Pulau Rawa Mersing, ia menawarkan lebih dari apa yang terbaik untuk peminat percutian pulau, laut, pantai dan juga peminat sukan snorkeling serta penyelam skuba.
Untuk mereka yang suka keindahan alam, Pulau Rawa hill top mungkin akan menjadi tarikan sampingan. Naik ke puncak bukit ini, hanya beberapa meter dengan ketinggian beberapa anak tangga, anda akan terpesona dengan pemandangan waktu senja dan juga pemandangan waktu matahari terbit. Indahnya ciptaan Tuhan.
Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa memang cantik. Air yang masih jernih kehijauan dan kebiruan ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan laut. Memang cantik. Lebih teruja bila terdapat gelongsor air (slide) yang membawa anda terus ke laut. Tidak cukup dengan mandi, alami sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang (coral) dan ikan-ikan yang cantik berenang di persisir pantai. Kalau nak selam scuba, pun boleh. Pastikan anda mempunyai lesen scuba untuk memudahkan urusan pendaftaran. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
PULAU RAWA ‘SYURGA’ DI MERSING JOHOR PERSIS KEPULAUAN MALDIVES
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Pulau Rawa, Johor, Malaysia.
- Facebook : Pulau Rawa, Mersing
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pulau Rawa, Mersing, Johor
Aktiviti Sesuai
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah:
- Mandi laut
Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa memang cantik. Air yang masih jernih kehijauan dan kebiruan ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan laut. Memang cantik. Lebih teruja bila anda cuba gelongsor air (slide) yang membawa anda terus ke laut. Ada dua gelongsor, pastikan anda cuba kedua-duanya.
2. Snorkeling
Alami sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang (coral) dan ikan-ikan yang cantik berenang di persisir pantai
3. Selam scuba
Untuk melihat sendiri keindahan di dasar laut anda boleh mencuba aktiviti selam scuba. Pastikan anda mempunyai lesen scuba untuk memudahkan urusan pendaftaran.
4. Kayak
Anda boleh cuba untuk berkayak di sekitar pantai sambil melihat pemandangan pulau, air laut dan juga ikan-ikan yang jinak.
5. Mendaki puncak bukit
Jika nak cuba sesuatu yang unik ada di Pulau Rawa Mersing, apa kata cabar diri untuk panjat beberapa anak tangga untuk sampai ke puncak Pulau Rawa. Pemandangan menarik, lebih-lebih lagi bila tiba waktu matahari terbit di waktu pagi. Untuk ke puncak bukit ini, tidak lah susah, hanya beberapa minit sahaja pendakian.
6. BBQ
Makan malam biasanya akan disertakan dengan konsep BBQ yang menghidangkan pelbagai menu masakan yang lazat, bertaraf international dengan menu kambing bakar, ayam bakar, udang, sotong, pasta, satay, salad, pencuci mulut serta buahan. Memang kenyang kalau lepak sini.
7. Santai di gazebo
Sementara menunggu waktu makan malam, boleh bersantai bersama rakan-rakan di jeti. Di situ ada Jeti dan diletakkan Gazebo untuk anda lepak santai bersama kawan-kawan dan keluarga. Memang best bila lepak sini.
8. Menonton pertunjukkan bunga api.
Sekiranya anda bernasib baik, akan ada pertunjukkan bunga api pada waktu malam sekitar jam 9.00 malam selepas waktu makan malam dan BBQ. Meriah dengan percikkan bunga api yang berwarna warni, memukau semua tetamu resort di Pulau Rawa Mersing.
Penginapan yang Ada
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pulau Rawa


Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, Pulau Rawa sangat sesuai untuk dikungjungi bersama keluarga bagi melihat pemandangan yang indah dan damai. Terima kasih diucapkan kepada MrJocko kerana banyak maklumat telah diperolehi di sana. Maklumat yang dikongsikan telah digunakan dan sangat berguna untuk admin kongsikan kepada anda semua.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Rawa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Rawa.