Polumpung Melangkap Destinasi Menarik di Kota Belud Sabah

1389

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Polumpung Melangkap tempat menarik di kota belud Sabah

Assalamualaikum. Kota Belud merupakan satu daerah di Sabah yang terletak kira-kira 70km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kota Belud sememangnya terkenal dengan keindahan sawah padi, bukit-bukit yang terletak di sekitarnya dan sungai yang sangat cantik. Polumpung Melangkap merupakan salah satu tempat menarik di Kota Belud, Sabah.

Dikenali sebagai Polumpung Melangkap Camp Site yang semakin dikenali ramai disebabkan keindahannya tempatnya yang memukau setiap pengunjung yang pernah datang melawat ke tempat ini. Kawasan ini merupakan kawasan sukan dan rekreasi. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat ini, antaranya ialah berkhemah, berbeku, bermandi-manda di sungai dan sebagainya.

Paling menakjubkan anda dapat melihat keindahan Gunung Kinabalu yang sangat indah. Panorama luar biasa ini seperti anda berada di luar negara. Bagi kaki bergambar sangat sesuai datang disini. Anda juga boleh mandi manda di sungai kerana air sangat jernih dan cetek. Admin pasti satu pengalaman yang luar biasa akan anda perolehi di sini.

Jika datang ke Sabah jangan lupa untuk singgah ke Polumpung Melangkap kerana percutian anda tidak akan lengkap sekiranya tidak menikmati keindahan disini. Admin  kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! KEINDAHAN POLUMPUNG MELANGKAP MEMUKAU PANDANGAN PERSIS LUAR NEGARA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Sabah Kg. Melangkap Baru, 89158 Kota Belud, Sabah.
  • Nombor Telefon : 012-871 5576
  • Waktu Operasi : 7:00 a.m – 5:59 p.m 
  • Facebook : Polumpung Melangkap
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Polumpung Melangkap

Aktiviti Menarik

1. Perkhemahan

Berkhemah merupakan aktiviti paling utama dilakukan di tempat ini. Polumpung Melangkap Camp Site menyediakan kawasan yang luas dan rata dan sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan, Pengunjung boleh menyewa khemah dengan Pusat Pengurusan Melangkap Camp SIte. Walaubagaimanapun, jumlah khemah adalah sangat terhad. Pengunjung digalakkan untuk membawa khemah masing-masing.

2. Bersantai di Sungai Melangkap

Bersantai dan bermandi-manda di sungai Polumpung Melangkap merupakan salah satu tarikan utama di tempat menarik Kota-Belud. Air sungai yang jernih dan cetek amat sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak bermandi-manda. Namun begitu, ibubapa dinasihatkan untuk memantau anak masing-masing jika mandi di sungai ini. Pelampung juga disediakan untuk pengunjung. Pelampung berbentuk tiub tayar perlu disewa dengan pihak pengurusan Polumpung Melangkap. Walaubagaimanapun, jumlah pelampung juga terhad.

3. Menikmati Suasana Matahari Terbit dan Terbenam

Jika anda mengunjungi tempat ini, ada baiknya untuk anda meluangkan sedikit masa anda untuk menikmati suasana matahari terbenam dan terbit. Suasana yang jauh dari kesibukan bandaraya sudah pasti memberikan ketenangan kepada anda. Jika boleh abadikan juga saat-saat ini dengan mengambil gambar kenangan.

4. Berbeku

Aktiviti perkemahan menjadi lebih sempurna jika adanya barbeku. Anda boleh berbeku ditempat ini. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan tapak atau peralatan berbeku adalah terhad. Jika terlalu ramai pengunjung, maka anda tidak berpeluang untuk mendapat tempat melainkan anda membawa peralatan asas berbeku dari rumah. Kesimpulannya, lebih baik menggunakan peralatan berbeku sendiri. Jika anda terlupa membawa arang, jangan risau, anda boleh menggunakan kayu api khas yang disediakan di sini. Kayu api yang disediakan juga sesuai untuk aktiviti barbeku.

Cuaca Sejuk di Waktu Malam

Disebabkan tempat ini berhampiran dengan puncak tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu, sudah tentu cuacanya adalah sedikit sejuk terutamanya pada waktu malam. Bagi mereka yang bercadang untuk berkhemah disini, anda perlu membawa baju yang tebal dan juga selimut bagi keselesaan anda sepanjang malam.

Bayaran Yang dikenakan

Untuk berada di tempat ini, yuran kemasukan dikenakan. Yuran tidaklah begitu mahal dimana bagi pengunjung yang berumur 13 tahun dan keatas, yuran sebanyak RM 3 dikenakan. Manakala bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, yuran dikenakan ialah RM 1 sahaja dan percuma bagi kanak-kanak dibawah 6 tahun. Jika anda bercadang untuk berkhemah, yuran yang dikenakan kepada pengunjung yang berumur 13 tahun dan keatas ialah RM 4 untuk satu malam dan kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah pula ialah RM 2 untuk satu malam.

Kemudahan

  1. Tempat Parking Kereta

Kawasan ini mempunyai tempat letak kereta yang luas sesuai dengan tapak perkhemahannya yang luas. Walaubagaimanapun, pengunjung dinasihatkan supaya meletakkan kereta secara berhemah dan teratur bagi menjimatkan ruang dan memudahkan pengunjung lain untuk keluar masuk serta tidak menghalang kereta pengunjung lain.

2. Tandas

Disini disediakan tandas untuk pengunjung. Oleh yang demikian, tidak perlu risau.

Peraturan

Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah pengunjung perlu atau mesti membayar yuran terlebih dahulu sebelum masuk ke kawasan ini, tidak dibenarkan menangkap ikan, memancing, memburu atau apa juga cara yang mengancam spesis hidupan di kawasan tersebut, tidak dibenarkan menebang atau merosakkan flora dan fauna, membuang sampah sarap di merata-rata tempat dan banyak lagi. Sebanyak 29 jenis peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Polumpung Melangkap

Jom Lihat Review Pengunjung di Polumpung Melangkap

Complete facilities with a perfect attraction of nature. A good place to relax, picnic or spending time with family and friends. Can bring your own drinks. A very cold river and quite blue such a fresh water from the feet of mountain. EstherCarl Henry.

Nice place for camping overnight with family and friends. Cheap and afordable. Visitors need to bring your own raw foods and charcoal if you wish to barbeque. Rent tent provided by bussines owner. William Voo.

Convenient, affordable, basic necessities available, kitchen, shower and toilet. Friendly people ❤ nice place to chill, best view of the mountain in the morning, can get a bit hot around noon, but nice and cool at night. Mas Light.

Wonderful view, cool river with fresh air and mount Kinabalu view. Splendid! Julie Jidwin

This is one of the highlight of Sabah. The management is wonderful and even invited me for dinner in their own house since I’m solo traveling. Nothing beats that. The price of the rental is reasonable too. Kovin Siva.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada infosantai.com di atas perkongsian maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Polumpung Melangkap , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Polumpung Melangkap .

Facebook Comments