

Assalamualaikum. Perlis adalah salah satu negeri di Malaysia yang menyajikan herga makanan dengan harga yang rendah. Apabila admin melancong ke Perlis atau Kedah, perkara pertama dalam kepala admin adalah makanan kerana herga di sana memang murah. Mungkin kerana di sana banyak orang yang melakukan perusahaan ikan dan pertanian sayuran. Negeri-negeri belah di belah utara juga masih mengamalkan pemakanan kampung yang kuat berbanding negeri-negeri lain. Maka tidak hairanlah ramai pelancong berbelanja besar hanya tentang makanan di sana.
Ikan keli adalah salah satu lauk yang sering dihidangkan di restoran. Ramai masyarakat di Malaysia meminati ikan keli. Tetapi, ikan keli yang sering dihidangkan hanyalah ikan keli goreng, ikan keli sambal dan ikan keli masak gulai. Anda belum rasa lagi masakan ikan keli yang pelbagai seperti ikan keli bakar, ikan keli asam pedas dan lain-lain. Terdapat satu restoran di Perlis yang diberi nama “Pokok Sawa” yang menyediakan makanan berkonsep ikan keli dan ulam-ulaman. Ia juga salah satu tempat makan sedap di Perlis.
Untuk pengetahuan anda, ikan keli kaya dengan omega-3 yang membantu manusia merawat masalah kemandulan. Ia juga dapat menyuburkan rahim. Selain itu, ikan ini dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit barah dan penyakit jantung. Seperti yang kita tahu, ikan adalah ciptaan yang kaya dengan DHA sekaligus dapat membantu dalam perkembangan otak.
Restoran Pokok Sawa adalah restoran makanan Melayu yang menjadi tumpuan pelawat yang datang ke negeri Perlis. Ia menyajikan pelbagai masakan ala kampung dengan harga yang berpatutan. Warung Pokok Sawa telah diasaskan oleh Allahyarham Hajjah Normah binti Haji Bakar pada tahun 1978. Apa yang menarik, restoran ini tersenarai dalam Google Map dan Waze. Oleh itu, anda boleh pergi ke Restoran Pokok Sawa dengan hanya satu jari. Restoran ini juga mempunyai Facebook Official yang boleh dijadikan tempat bertanya dan tempahan untuk majlis-majlis. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWSOME! POKOK SAWA MENJANJIKAN KEPUASAN KEPADA PELANGGANNYA DENGAN HARGA YANG BERPATUTANÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Kampung Kersik,Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis.
- Nombor Telefon :Â 019-622 7516
- Waktu Operasi :Â Setiap Hari (11.30 AM – 4.00 PM)
- Facebook : Pokok Sawa
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pokok Sawa
Menu terkenal
Menu yang paling popular dan menjadi pilihan ramai ialah ikan keli goreng. Lain-lain menu utama yang sedap di sini ialah air asam dan sambal belacan, kerabu taugeh, ayam masak merah, sayur lemak pucuk paku, pajeri terung dan air bandung cincau.
Jom Lihat Menu di Restoran Pokok Sawa
Jom Lihat Review Pengunjung di Pokok Sawa
Good food! Good service! Got a lot of parking and can have family serve. Hilmi Zaidi
The food is delicious . They served fried and grill fish. Famous dish here is fried catfish which is crunchy outside and melt inside your mouth. The restaurant is spacious and comfortable. The price is suprisingly cheap! Overall 5 star for the place and food! Irah Hamid
Among the best lunch restoran (traditional Malay dishes) in Perlis. Orange Faiz
‘ikan keli goreng’ are main attractions. Nice place. Yusri Che Ya
Nice spot for masakan kampung. Syamsulhezry Abd Rahman
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada irdinailham.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Restoran Pokok Sawa merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Restoran Pokok Sawa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Restoran Pokok Sawa.