

Assalamualaikum. Sains adalah suatu bidang yang menakjubkan dan menarik. Segala perkara yang berkaitan dengan sains dapat dibuktikan dengan matematik dan lisan. Sains menggalakkan manusia supaya mengkaji dan menyelesaikan masalah di dunia ini. Skop sains adalah skop yang luas dan amat diperlukan kemahiran dalam bidang ini. Terdapat suatu tempat menarik yang bernama Planetarium Negara yang menjadi pusat pameran ilmu-ilmu sains ini. Ia adalah salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur.
Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 meterpadu. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.
Salah satu tarikan utama planetarium ini ialah pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem yang hebat. Di dewan utama terdapat pameran berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi melancarkan MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa. Teleskop 14-inci (360 mm) juga terdapat di balai cerap. Terdapat juga Stonehenge mini yang terletak di luar planetarium ini di mana pengunjung tidak perlu ke England untuk melihat replika ini.
Selain itu, ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang. Oleh yang demikian, kejayaan membina Planetarium oleh kerajaan Malaysia sesuatu yang patut dibanggakan. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! PLANETARIUM NEGARA MEMPUNYAI SAINS YANG MEMUKAUÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Nombor Telefon :Â 03-2273 4303
- Waktu Operasi : 9.00 AM – 4.30 PM. Tutup pada hari Isnin
- Website : Planetarium NegaraÂ
- Facebook : Planetarium Negara
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Planetarium Negara
Harga dan Kos Terlibat
- Dewasa Biasa (13 tahun keatas)Â Â : RM12
- Dewasa MyKad (13 tahun keatas) : RM6
- Kanak-kanak Biasa (2-12 tahun)Â Â : RM8
- Kanak-kanak MyKid ( 2-12 tahun) : RM4
Note: Bayaran hanya secara tunai
Jom Saksikan suasana menakjubkan di Planetarium Negara
Jom Lihat Review Pengunjung di Planetarium Negara
It’s awesome. I think it is a must-visit place in Malaysia. I watched in short documentary about the solar storm in 3D but no glasses needed as the screen is semi-sphere. In addition, the children can learn a lot of useful science knowledge here. Mao Le
Terbaik Untuk Planetarium Negara untuk semua dan kearah kecemerlangannya. Amin. Raflipzie
My son’s favorite place to visit. We come here once a month for the display and movie and he never gets bored of them. Kevin Khim Wai Soon
My son loves this place very much. He is just 4 years old but he learn lots of things related to space here. Ramya Chejerla
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada wikipedia.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Planetarium Negara merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Planetarium Negara, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Planetarium Negara.