

Assalamualaikum. Kebiasaanya pegemar pizza akan berkungjung ke restoran seperti pizza hut dan dominos pizza. Bagim yang berkngjung di Kuantan, Pahang, terdapat tempat makan menarik bagi pengemar pizza. Tempat makan pizza yang santai dan rasa kelainan pizza akan menarik perhatian semua pelancong untuk pergi ke Pizza Seni Bidara.
Lokasi Pizza Seni Bidara ialah terletak di atas bukit dalam kawasan cenderawasih yang agak berhutan. Pizza ini unik kerana dibakar di dalam oven yang dibuat sendiri oleh pengusahanya yang pasti tiada di tempat lain. Bahasa lain yang boleh digunakan ialah pizza ala kampung tetapi rasanya sangat sedap.
Para pelanggang ada memberi nama lain bagi pizza ini seperti lempeng itali, pizza kampung, pizza terlajak murah dan pizza klasik. Nama-nama ini diberi di atas harganya yang murah dan rasanya sangat sedap walaupun dibuat secara traditional. Ruang makan memang tidak disediakan tetapi pelanggan boleh menikmati pizza di beberapa bangku di halaman seni. Pesanan air boleh dibuat di pintu masuk di bahagian bawah.
Bagi mengelakkan kecewa disebabkan pizza habis dijual, pengusahanya menggalakkan pelanggan memesan dengan lebih awal dengan menggunakan aplikasi whatApps sehari sebelum dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 petang. Admin pasti pengusahaan keluarga ini akan bertahan lama kerana dengan keunikan rasa pizza dan harganya yang sangat murah juka dibandingkan dengan harga pizza di luar. Sebelum itu, kami telah masukkan Pizza Seni Bidara di dalam Peta Tempat Menarik ini.
PIZZA ALA KAMPUNG TAPI RASANYA SEDAP DI PIZZA SENI BIDARA, KUANTAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Lorong 13, Sebelah SK Cenderawasih, Taman Cenderawasih, Kuantan.
- Nombor Telefon : Â 011-1946 3001
- Waktu Operasi :Â 2 petang hingga 7 malam (Rabu tutup)
- Facebook :Â Seni Bidadara Pizza
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pizza Seni Bidara
Menu Pizza
Antara pizza yang disediakan ialah:
- Empat jenis Piza Seni Bidadara yang ditawarkan iaitu ayam, daging, makanan laut dan campur.
Harga dan Kos Terlibat
- Menggunakan pendekatan ‘sesiapa sahaja boleh makan’, ternyata piza yang ber
- Saiz S, M, L RM10
- Saiz XL RM15
- Saiz XXXXL RM40
- Bagi yang mahu lebihan keju tambahan dikenakan rm 3 bagi saiz S, M, L dan XL dan RM 6 bagi saiz XXXXL
Jom Lihat Menu di Pizza Seni Bidara
Jom Lihat Review Pengunjung di Pizza Seni Bidara
Beutifull place to selfie, simple and leisure. Masturina Syahidah.
Good pizza! good drink! good place!. Sapik Jeff.
Sedap size XL baru rm15. Licin makan panas-panas. Nanti dah siap semua boleh tambah menu. Salmah Md Nor.
Kulit pizza lembut, topping pun banyak, rasa pun sedap, anak-anak pun suka. Norliana Yusof.
Walaupun menunggu agak lama tetapi pizza yang sedap dan harga yg terbaik dpt mengubati sedikit rasa kekecewaan. Rizatul Isra.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, pizza seni bidara merupakan satu tempat makan menarik yang pasti akan membuka selera penggemar pizza. Terima kasih diucapkan kepada My Metro atas maklumat yang dikongsikan mengenai Pizza Seni Bidara ini. Banyak maklumat yang diperolehi.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pizza Seni Bidara, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pizza Seni Bidara.