

Assalamualaikum. Kuih raya adalah hidangan yang wajib kita nikmati ketika raya. Lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidil Fitri. Apa yang unik tentang kuih raya, ia tidak dimakan seperti snek atau keropok yang dimakan bersama keluarga atau seorang diri bahkan ia dikongsi oleh tetamu yang berkunjung ke rumah. Tidak kiralah tentang harga yang agak mahal, apa yang menjadi keutamaan adalah kesedapannya.
Pada era yang moden ini, ramai yang tidak tahu cara untuk membuat kuih raya. Pengetahuan tentang kuih raya dikalangan masyarakat Malaysia juga kian cetek. Oleh itu, terdapat usahawan-usahan tempatan yang cuba untuk mengekalkan ilmu-ilmu tentang kuih raya tersebut. Perusahaan Zainab Jaya adalah perusahaan yang bertanggungjawab mengajar, membeli dan menjual kuih raya. Ia adalah Tempat Menarik Di Johor.
Segala kuih raya terdapat di Perusahaan Zainab Jaya. Terdapat berjenis-jenis kuih raya yang tersapat di sini. Dari sejuk beku, sehinggalah ke kuih yang telah siap untuk dimakan. Tidak kiralah kuih raya tradisional kaum melayu, kaum cina, kaum india atau seumpamanya, di sini pasti ada. Tidak seperti penjual kuih raya yang lain, di sini anda boleh dapatkan kuih raya dengan harga yang murah dan rasa yang sangat enak.
Untuk pergi ke Perusahaan Zainab Jaya, ia akan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah jika anda dari Kuala Lumpur dan ia mengambil jarak dalam 266 km bedasarkan google map. Untuk pengetahuan anda perusahaan ini juga banyak dikunjungi oleh rakyat singapura. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWSOME! PERUSAHAAN ZAINAB JAYA MEMPUNYAI PELBAGAI KUIH RAYA YANG ENAKÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Komplek Iks Simpang Renggam, No. 1, Jalan Teknologi, Fasa 2, Jalan Benut, 86200 Kluang, Simpang Renggam, Johor.
- Nombor Telefon :Â 013-757 2177
- Facebook : Perusahaan Zainab Jaya
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Perusahaan Zainab Jaya
Aktiviti Sesuai
Perkara yang anda dapat lakukan disiti adalah membeli-belah. Selain itu, anda juga dapat belajar tentang cara pembuatan sesuatu kuih raya. Dan yang paling penting, Perusahaan Zainab Jaya juga memperkenalkan kursus usahawan.
Harga dan Kos Terlibat
Harga dan kos adalah mengikut pada harga semasa
Jom Saksikan Suasana di Perusahaan Zainab Jaya
Jom Lihat Review Pengunjung di Perusahaan Zainab Jaya
Tidak banyak yang tahu tentang tempat ini. Apa yang saya lihat, tempat ini boleh pergi jauh. Tolong pihak pengurusan buat sesuatu dengan perkara tersebut. Selama saya menjadi pelanggan setia selama 5 tahun, tiada kesilapan yang pihak pengurusan buat. Hanya penambah-baikan yang perlu dilakukan. Produk-produk enak dan puas hati setakat ini. Dr. Yusuf Chong
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada laman Facebook Perusahaan Zainab Jaya kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Perusahaan Zainab Jaya merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Perusahaan Zainab Jaya, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Perusahaan Zainab Jaya.