Perigi Hang Tuah Tinggalan Sejarah di Melaka

4353

Perigi Hang Tuah MelakaAssalamualaikum. Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Perigi Hang Tuah ini merupakan salah satu tempat menarik di Melaka.

Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya. Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

Ada juga cerita bahawa perigi ini tempat tinggal roh Hang Tuah yang menjelma sebagai seekor buaya putih. Ia dikatakan bahawa orang biasa tidak dapat melihat buaya ini dan hanya orang-orang alim sahaja yang dapat melihat jelmaan ini. Ini adalah cerita sejarah dan tidak tahu sejauh mana kebenarannya.

Datang sendiri ke Perigi ini bagi melihat sendiri rupanya. Pelbagai cerita mengenai pergi ini. Anda boleh datang dan menilainya sendiri. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

PERIGI HANG TUAH TINGGALAN SEJARAH TARIKAN PARA PELANCONG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Duyong, 75430 Malaka.
  • Waktu Operasi : Sentiasa di buka.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Perigi Hang Tuah

Aktiviti Sesuai

Anda dapat melihat sendiri tinggalan sejarah ini.  Anda juga boleh melihat dan merasai sendiri air perigi ini. Dikatakan air perigi ini dapat mengubati penyakit. Datang kesini untuk mendapatkan air perigi Hang Tuah.

Keistimewaan Perigi Hang Tuah

Antara keistimewaan lain menurut penduduk setempat air di Perigi ini tidak pernah kering meskipun berlaku musim kemarau. Malah ketika krisis air melanda Melaka pada 1991, perigi berkenaan tetap mempunyai air yang mencukupi malah tidak terjejas langsung.

Tarikan Lain

Anda dapat melihat keindahan dan kecantikkan rumah Melayu Melaka yang terletak di belakang perigi Hang Tuah.

Harga Tiket

Dewasa: RM 5:00

Kanak-kanak : RM 3:00

 

Jom Saksikan Keindahan di Perigi Hang Tuah

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Perigi Hang Tuah

Amazing view of Hang Tuah well. The water is crystal clear. I read some literature notes about the bravery of Hang Tuah and his four other fellow frens. I’m puzzled as the literature does not mentioned at all the descendant of Hang Tuah hailed from the Chinese heritage as claimed by Marina Mahathir. Probably need to read more to understand. nice song.

Historic place of lagendary local warrior hang to’a. Zakaria Ab Razak.

Nice place. Mila adam nashriq.

Interesting place with historical significance. Yik Wai.

Historical place. nazihah azreen.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada jakmashomestay.blogspot.my, syahrilkadir.wordpress.com, melakaoldmosqueinfo.blogspot.my, www.anugerahhomestay.com, www.bharian.com.my dan wahidayatulaswa.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat menarik dan berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Perigi Hang Tuah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Perigi Hang Tuah.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMasjid Kling Tempat Menarik Di Melaka
Next articlePantai Puteri Tempat Menarik di Melaka