

Siapa tidak kenal dengan keindahan pulau di Negeri Sabah? Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang sangat indah dan menarik yang wajib dilawati oleh semua orang yang tidak kira umur dan jantina. Mendapat gelaran sebagai “Land Below The Wind” (Negeri Di Bawah Bayu) oleh orang-orang Eropah, negeri ini amat kaya dengan khazanah lautnya serta pulau-pulaunya yang sangat cantik.
Negeri Sabah sebenarnya kerap dikunjungi oleh penyelam dari luar dan dalam negara. Hal ini kerana keindahan pulau dan laut yang mengelilingi negeri Sabah serta dipenuhi dengan batu karangnya yang cantik dan kehidupan laut yang unik. Pulau-pulau di Sabah adalah satu destinasi yang amat sesuai bagi mereka yang inginkan percutian di pantai.
Ya, sama ada percutian bajet, ingin berbulan madu (honeymoon) mahupun untuk bersenang-senang dengan rakan-rakan anda maka Sabah adalah satu destinasi terbaik. Ingin lari dari kesibukan kerja di kota dan ingin mencari ketenangan? Admin kali ini kongsikan keindahan Pulau Bum Bum di Sabah yang mungkin kurang popular tetapi sangat cantik dan indah setaraf dengan pulau cantik di dunia seperti Bora-bora.
Awesome Tahap Gaban! Pulau Bum Bum Lokasi Pilihan Percutian Bajet yang Terbaik! Rugilah Tak Datang
Bagaimana Cara Untuk ke Pulau Bum Bum?
Dikatakan Pulau Bum Bum ini sebesar Singapura dan terletak berhampiran perairan Semporna, Kunak, dan Lahad Datu. Untuk ke Pulau Bum Bum, kita perlu ke Kampung Sum – Sum kerana iainya antara yang paling dekat dengan Pulau Bum – Bum. Di sinilah cadangan pembinaan jambatan dibuat. Namun sehingga kini, masih menunggu khabar baik dari kerajaan Persekutuan. Jika ada jambatan ini, maka mudahlah penduduk kampung di pulau tersebut berulang alik. Menurut sumber yang saya perolehi, pulau tersebut dibekalkan dengan air bersih dari Tanah Besar Borneo (Semporna) begitu juga tenaga elektrik.
Dari Kampung Sum Sum, kita perlu berjalan kaki menuju ke pelantar di mana bot – bot penambang berlabuh. Sungguh indah pemandangan di waktu pagi. Ketika ini air laut surut. kalau air pasang, semua bot berlabuh dekat dengan pantai. Harga bot penambang pula sangat murah iaitu RM1 ( rate untuk 2011, mungkin sekarang dah naik sedikit). Sekejap sahaja naik bot, maka kita akan sampai ke Pulau Bum Bum. Selamat bercuti!
- Alamat : Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia.
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Pulau Bum Bum
Aktiviti Sesuai
- Honeymoon
- Snorkelling
- Scuba Diving
- Berenang.
Harga atau Kos Ke Pulau Bum Bum
- Sangat murah!
Saksikan Sendiri Panorama Indah di Pulau Bum Bum










Jom Baca Review Tentang Pulau Bum Bum
Penduduk setempat sangat mesra alam. Ada Sekolah yang tersegam indah di Pulau Bum Bum dan kecantikan alam yang superb! Aflah
Penutup
Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Pulau Bum Bum Sabah yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pulau Bum Bum Sabah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Bum Bum Sabah!