

Assalamualaikum. Avillion Port Dickson adalah sebuah resort pantai yang pernah memenangi anugerah yang terletak di atas kawasan seluas 23 ekar dan menghadap Selat Melaka. Avillion Port Dickson menawarkan 240 bilik yang direka khas dari chalet ke vila. Resort ini sangat sesuai dijadikan persinggahan untuk bermalam. Admin masukkan resort ini ke dalam tempat menarik di Port Dickson.Â
Direka dengan seni bina sebuah perkampungan nelayan Melayu, resort ini menggabungkan budaya tradisional dengan kemewahan kontemporari. Ianya memberi tetamu peluang untuk mengalami warisan yang kaya di Malaysia sambil hidup dalam keselesaan. Hasilnya adalah suasana yang aman dan damai serta unik terhasil di mana anda boleh melarikan diri dari kesibukan bandar dan mengambil masa untuk merehatkan fizikal dan mental.
Susun atur dan reka bentuk tersendiri telah melayakkan resort ini memenangi Persatuan Arkitek Malaysia (Malaysian Institute of Architects)’s Excellence Award in Architecture pada tahun 2000. Anda pasti teruja dengan suasana di resort ini dan berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Bilik juga di bina di atas air menimbulkan lagi keunikan resort ini.
Jadi, pilihlah resort ini sebagai tempat penginapan apabila sampai di Port Dickson. Percutian anda akan menjadi lebh bermakna bersama keluarga jika bermalam di resort ini. Di sini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Diharapkan bermanfaat.
PERCUTIAN MENENANGKAN DI AVILLION PORT DICKSON
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Batu 3, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
- Nombor Telefon :Â +60 6-647 6688Â
- Website : avillionhotelportdickson.com
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Avillion Port Dickson
Chalet dan Villa Yang Menarik Disini
Disini anda boleh memilih samada mahu bilik menghadap laut atau menghadap taman. Jika mahu pemandangan yang lebih cantik pilihlah bilik menghadap laut. Disini admin akan membuat ulasan mengenai chalet dan villa yang menarik ditawarkan di Avillion Port Dickson.
- Chalet
Chalet yang paling menarik adalah Premium Water Chalet yang dibina di atas air, jadi anda akan terasa seperti berada dalam bilik yang terapung di atas air. Chalet ini menghadap laut iaitu menghadap Selat Melaka. Yang menariknya, anda dapat beristerihat sambil menikmati pandangan laut kerana terdapat balkoni.
Bilik air disini mengunakan konsep ‘open bathroom’ dimana di bahagian atas terbuka seperti sedang mandi di tengah laut tetapi masih lagi privasi.
Chalet lain yang terdapat disini ialah garden chalet, water chalet dan beach studio.
2. Villa
Terdapat dua pilihan villa iaitu 1 bedroom water villa and 2 bedroom water villa. Kedua-dua villa ini dibina di atas air. Anda dapat melihat suasana matahari terbenam daripada bilik. Ini pasti menimbulkan suasana yang sangat romantis dan sangat sesuai untuk berbulan madu.
Kedua-dua villa ini dilengkapi dengan bilik mandi langit terbuka, dihiasi dengan kelengkapan mewah, juga termasuk tab jakuzi yang dalam sehingga anda boleh mendapatkan urutan bawah air dengan pemandangan bintang-bintang. Pasti menakjubkan.
Aktiviti Menarik
Terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik disini. Admin hanya tekankan kepada enam aktiviti yang sesuai bersama keluarga.
- Aviari
Aviari ini menempatkan pelbagai spesies burung – dari burung merak Afrika Selatan hingga ke ayam yang di ternak oleh pihak resort.
2. Memancing Ketam dan Ikan
Waktu terbaik untuk tangkap ketam adalah semasa air surut. Avillion Port Dickson membenarkan pelawat untuk memancing di balkoni. Untuk menangkap ketam, anda boleh hubungi pihak rekreasi resort untuk bantuan.
3. Kid’s Cabin
Resort ini juga menyediakan kabin istimewa untuk kanak-kanak beraktiviti termasuklah main water color, buku-buku, menyediakan video dan taman permainan untuk anak kecil. Kabin ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi.
4. Kid’s Spa
Kebiasaanya anda hanya mendengar spa untuk dewasa sahaja. Di resort ini menyediakan spa untuk kanak-kanak. Spa ini sediakan servis untuk inai, make-up, manicure, pedicure dan rawatan rambut. Spa ini dibuka bermula jam 11:00 pagi.
5. Pet Farm
Resort ini mempunyai ladang haiwan atau dikenali sebagai Pet Farm. Pet Farm ini menempatkan haiwan comel seperti arnab, merak, ayam, kura-kura dan pelbagai lagi. Di Pet Farm ini juga, anda boleh memberi makan haiwan pada jam 10 pagi. Bukan itu sahaja, anda mahu mandikan binatang-binatang ini pun, boleh. Sesi mandikan haiwan adalah pada hari Rabu dan Ahad, jam 10 pagi.
6. Aktiviti Air
Untuk aktiviti yang lebih mencabar, anda boleh cuba kayak dan peralatan aktiviti air yang disediakan oleh pihak resort.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Avillion Port Dickson
Jom Lihat Review Pengunjung di Avillion Port Dickson
It is very peaceful. There are good staff. There is an amazing connection with nature there. It is great for families. Nicole Melissa Chong.
Really nice resort. Good service, great pools, dinner selection is average, otherwise would highly recommend. Steve Morgan.
Such a great short vacation, we stayed at the water chalet villa and really had a lovely time. Tzalmah TJ.
Nice and cosy room. Great sea view and sea breeze. Hotel service is top notch. A great place for enjoyment and relaxing. Oya San Gaming.
Very nice place for honey moon. Muhammad Zulkiffli.Â
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada diaryofmuhammad.com dan laman web resort ini kerana memberi maklumat dan gambar yang menarik dan sangat berguna. Maklumat yang diberikan sangat membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Avillion Port Dickson , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Avillion Port Dickson.