Penginapan Hebat di Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum. Buat mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan dan mencari tempat percutian bulan madu yang menarik seperti di luar negara, anda boleh ke Lexis Hibiscus, Port Dickson, Negeri Sembilan. Percutian bersama keluarga juga sangat sesuai disini. Lexis Hibiscus merupakan tempat penginapan menarik di Port Dickson. 

Hotel ini merupakan hotel bertaraf lima bintang yang pasti menjanjikan perkhidmatan yang terbaik. Hotel ini mula di buka pada tahun 2015 dan di bina susur atur nya menjadi bunga raya. Jika di lihat dari jarak jauh, kedudukan hotel ini begitu cantik sekali!

Hotel ini berkonsepkan hotel di atas air serta mempunyai private pool dan bilik sauna. Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan iaitu Executive Pool Villa dan Premium Pool Villa. Jika anda ingin kan privacy bersama pasangan, anda di galakkan untuk mengambil bilik Premium Pool Villa kerana biliknya lebih luas, private pool nya lebih tertutup serta mempunyai permandangan yang cantik.

Segala kelengkapan telah di sediakan secukupnya bagi setiap bilik. Anda hanya perlu datang bawa diri, pakaian dan duit untuk makan kerana makanan tidak termasuk di dalam pakej yang di tawarkan. Terdapat glass panel di dalam setiap bilik yang mana anda boleh melihat ikan di dalam laut. Memang menyeronokkan! Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! LEXIS HOTEL SANGAT MEWAH PERSIS DI LUAR NEGARA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-660 2626
  • Website: www.lexishibiscuspd.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Lexis Hibiscus

Pemandangan Yang Awesome

Susun atur bilik dibuat secara terancang dan membentuk sekuntum bunga raya. Disebabkan ini nama hotel ini juga ada kaitan dengan bunga raya.

Hotel yang dibina diatas air menimbulkan lagi panorama yang sangat luar biasa. Yang paling hebat anda dapat melihat ikan di dalam laut ketika berada di dalam bilik.

Aktiviti Menarik

  1. Aktiviti Luar
  • Berbasikal
  • Giant Bubble
  • Yoyo Car
  • Helicopter Ride

2. Aktiviti Air

  • Banana Boat
  • Kayak
  • Jet Ski
  • Airhead
  • Beach Side
  • Bandwagon

Bilik Yang Disediakan

Executive Pool Villa

Premium Pool Villa

Panorama Pool Villa (Sea View)

Panorama Pool Villa (Fountain view)

Sky Pool Villa

Royal Suite

Imperial Suite

Presidential Suite

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Lexis Hibiscus Port Dickson

Jom Lihat Review Pengunjung di Lexis Hibiscus Port Dickson

Words cannot describe how this place is. Out of all the places I have stayed around the world this has to be in the top 3. Clean and friendly. Amazing service, food is great along with the views and activities available on site. During my stay some Royal family came for dinner with the Army Generals, as you can imagine the security and the level of service. Staff handled like it was nothing. Very professional. Shahinur Rahman.

Nice hotel. I’ve been here 4 times already. Good place to spend with families. A lots of activities can be done here. Swimming, gym workout, cycling , walking and many more. Nice view if you stay the hotel. Every room got own private pool. Great ideas to have fun. Nazurah Lutpi.

Its a five star hotel. It have a great view (sea and landscapes), very nice building and decorations. I’ve been there twice because of working purpose but have not yet stay there. The price and rates is a bit high (read from pamplet and web). Food is quite good and suit my taste. Lokman Din.

Private pool and sauna. Great timely buggy service to travel in and out the chalet. Most importantly great view. zen wong.

A complete get-away experience if you want to escape the busy city life. Everyone will greet you with a warm smile, activities are available, room villa designs are exquisite and the variety of restaurants and food are fantastic. A must try is the helicopter ride where you get a full aerial view of Lexis Hibiscus plus get to see the oldest lighthouse in Malaysia. My mom and daughter had a once in a lifetime experience here, they love it! she garcia.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada denai.my dan laman web Lexis Hibiscus di atas perkongsian maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lexis Hibiscus , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lexis Hibiscus.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTerminal Bersepadu Selatan Stesen Bas Terbesar Di Kuala Lumpur
Next articleRestoran By T Laksam Tempat Makan Menarik di Kelantan
penginapan-hebat-di-lexis-hibiscus-port-dicksonSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!