

Assalamualaikum. Menjejakkan kaki di Pendang Lake Resort (PLR), Kedah pasti membuatkan anda terpesona dengan keindahan dan ketenangan persekitarannya yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ianya merupakan tempat menarik di Daerah Pendang Kedah.
Berbeza dengan kebanyakan resort biasa yang mempunyai elemen tipikal, PLR menawarkan kelainan iaitu suasana damai kampung yang sangat permai. Udara nyaman di lokasi tasik seluas 12 hektar dikelilingi sawah padi itu juga akan mengujakan anda. Suasana itu menggamit ketenangan jiwa, khususnya bagi anda yang mahu berehat dan lari daripada suasana hiruk-pikuk serta kesibukan kota.
Dari jendela bilik resort, anda boleh menikmati pemandangan tasik yang indah selain suasana bendang padi serta merasai tiupan angin yang menderu di daerah Pendang. Selain dilengkapi pelbagai kemudahan dan penginapan selesa dengan kadar berpatutan, PLR menjanjikan panorama indah dengan landskap menghijau, tasik yang tenang dan keindahan alam sekitarnya.
Tidak hairanlah, ia menjadi pilihan ramai orang sama ada secara individu, keluarga atau berkumpulan untuk pelbagai aktiviti sama ada menginap sebagai pelancong, berseminar, kursus atau kem motivasi. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME! PENDANG LAKE RESORT YANG DIKELILINGI SAWAH PADI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pendang Lake Resort, Pendang.
- Nombor Telefon : 04-758 3220Â
- Facebook : Pendang Lake Resort Kedah
- Website : pendanglakeresort
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pendang Lake Resort
Keluasan dan Lokasi
- Keluasan 30 ekar,
- Berdekatan Pekan Pendang (1 km)
- Hanya 25 km ( 20 minit ) dari Bandaraya Alor Setar,
- Jika anda mengunakan Lebuhraya Utara Selatan, gunakan susur keluar Tol Pendang ( 30 km dari Tol Pendang )
Disamping lokasi yang strategik, Pendang Lake Resort
- Menawarkan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan
- Dikelilingi kawasan sawah padi pasti menyujudkan panorama yang indah dan mendamaikan
- Langskap yang menghijau, tasik yang terang dan suasana alam semulajadi
Aktiviti Menarik
Pendang Lake Resort bukan saja menjadi lokasi percutian malah rekreasi, aktiviti sukan air, kembara, perkhemahan, hari keluarga, majlis perkahwinan, memancing dan sukan ekstrem. PLR menjadi lokasi tarikan khususnya untuk aktiviti berkayak di tasik berkeluasan 12 hektar, panjangnya 300 meter manakala lebarnya 205 meter dan kedalaman lima meter.
Orang ramai boleh menggunakan peralatan berkayak, khemah, kanopi dan kemudahan elektronik selain kawasan yang dilengkapi flying fox, trek rempuh halangan, trek joging, trek jalan kaki, surau dan sebagainya.
Jumlah Bilik
PLR boleh menempatkan kira-kira 700 pengunjung pada satu-satu masa dengan menyediakan 51 bilik iaitu standard (24), deluxe (7), superior (14), junior (2) dan suite deluxe (4) manakala 10 ruang tidur besar (dormitori) dalam bentuk bilik dan blok dengan kapasiti 500 orang.
Kemudahan Dewan Disediakan
Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan terbuka, dewan tertutup dinamakan Diamond, Sapphire, Pearle, Ruby Zamrud dan Anjung.
Harga Bilik
- STANDARD ROOM 1 100.00
- DELUXE ROOM 1 110.00
- SUPERIOR ROOM 1 120.00
- JUNIOR SUITE 1 150.00
- SUITE DELUXE 1 250.00
- DORMITORI :Â i) BILIK 1 480.00Â ii) BLOCK 1 960.00
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pendang Lake Resort
Dokumentari Pendang Lake Resort
projek introduction to video production by ank mat
Jom Lihat Review Pengunjung di Pendang Lake Resort
Nice. suitable for family outing. Rozanah Abdul Rahim.
Nice place and value for money. Zaini Osman.
Quiet and relaxing. Riduan Abdullah.
Memuaskan dan terbaik dr segi perkhidmatan dan penginapan. Rosdi Mumin.
Front desk very helpful and polite. Abu Hashim Ahmad.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada ww1.utusan.com.my kerana berkongsi maklumat yang berguna. Dengan suasana menarik, kemudahan selesa, keunikan tersendiri dan harga berpatutan, PLR ternyata mampu meninggalkan kenangan indah dan kepuasan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pendang Lake Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pendang Lake Resort.