Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!

Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!

Pertamanya, tempatmenarik.my ingin berkongsi sesuatu yang lain dari yang lain kali ini iaitu mengenai hiking. Ya ramai tak tahu kenapa dalam dunia ini ramai yang suka hiking. Tak penat? Tak bahaya? Kalau diikutkan pasti semuanya berisiko namun kenapa masih ada orang yang ambil risiko itu? Ha. Jom kita tengok kenapa?

Orang kita memang suka bercuti sambil menerokai keindahan alam sekitar yang terdapat di dalam Malaysia mahupun luar negara. Buktinya setiap kali ada promosi yang dibuat oleh syarikat penerbangan, tiket habis sekelip mata! Bukan nak cakap korang je, kami pun sama. Beberapa hari yang lalu kami telah mengikuti beberapa buah page berkaitan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia dan hasilnya sungguh memeranjatkan.

Kami ternampak satu post mengenai sebuah sungai yang betul-betul buat hati ini mahu ke sana segera! Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja!

Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh! –ohbulan.com

Sungai Bangan, Terengganu Suatu Tempat Menarik yang Sangat Awesome!

  • Alamat : T115, Sungai Bangang, Terengganu, Malaysia.
  • Waktu Operasi : Tiada ketetapan
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik disini

Aktiviti Sesuai

  • Hiking
  • Camping.

Harga

  • Sangat murah

Penginapan

  • Menyeronokkan jika anda sukakan pengalaman berkhemah dan mendaki gunung.

Aktiviti Menarik

  • Selfie, mendaki gunung, mandi manda.

Saksikan Panorama Indah di Sungai Ini

Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Macam mana? Dah faham kenapa ramai orang kata tempat ini memang cantik awesome?
Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Dah nampak sungai bangang dah! Cantik wei
Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Memang terasa tempat ini sangat mengkagumkan.
Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Taman Bonzai! Ya, jangan pelik pula ya. Biasanya banyak rasanya gunung yang ada taman bonsai sebab kat atas gunung tu memang banyak pokok-pokok renek.
Peace Yoo! Orang TERENGGANU Tahu Tak Sungai Bangang di Negeri Mereka Antara Tempat Menarik di Malaysia!
Bukit Taubat. Korang mesti datang sini.

Trip CBL ( Chemerong, Berembun & Langsir )

Lata Chemerong

Lata Chemerong adalah air terjun tertinggi di Asia tenggara terletak terletak di Hutan Lipur Chemerong di bandar Almuktafi Billal Shah menghala ke Pasir Raja melalui jalan lama ke  Kuala Terengganu ( Jabur Bukit besi ).Ia merupakan kawasan hutan simpan negeri Terengganu.Kebiasaan nye mereka yang datang kesini akan terus mendaki ke gunung berembun dan bermalam di air terjun lata lansir / lesung batu.

Hutan lipur chemerung juga adalah sebuah kawasan perkhemahan untuk menjalankan kem- kem motivasi dgn udara segar hutan yg terjaga.Untuk melakukan aktiviti pendakian adalah diharap supaya mendapat kebenaran dari bahagian pengurusan hutan lipur chemerong untuk mendapatkan status mereka yg melakukan pendakian kerana dikuatiri terdapat ramai org pada satu2 masa.

Perjalanan ke air terjun mengambil masa dalam sejam melalui jalan2 yg landai dan berbukit sikit.. separuh perjalanan terdapat trek simen sehingga ke jambatan gantung yg menghubungkan ke hutan gunung chemerong. selepas  jambatan gantung itu jalan adalah denai2 hutan tetapi terdapat trek yg akan membawa anda terus ke air terjun. walaupun jalan denai tetapi boleh mengeluarkan air peluh.Kebanyakan org tidak mandi di air terjun kerana tidak mempunyai kolam2 sekadar merakam gambar sahaja. tetapi anda boleh mandi di bahagian2 bawah yg mempunyai kolam air yg jernih.

Gunung Berembun

Perjalanan ke Gunung Berembun mengambil masa lebih kurang 6 ker 10 jam mengikut stamina masing2. Berketinggian lebih kurang 3405 kaki atau 1108 meter dari paras laut adalah antara gunung yg sering didaki kerana terdapat banyak punca air serta campsite yg best dan cantik berhampiran air terjun.

Perjalanan adalah sama ker air terjun lata chemerong dan akan melintas anak sungai air terjun chemerung untuk ke hutan gunung berembun.Perjalanan selepas melintas anak sungai adalah satu pendakian dari yg mudah sehingga memerlukan tali. Sehingga sampai ke Kem balak dimana disini adalah tempat rehat untuk makan dan mengambil air. Airnya sangat bersih terasa seperti minum air mineral dipasaran.

Selepas itu akan meneruskan perjalanan ke Kem Y punca air terakhir sebelum Gunung Berembun. Sesetengah pendaki akan bermalam disini jika telah lewat petang  atau dah penat dan akan sambung perjalanan pada esok paginya. Perjalanan ke kem Y adalah landai dan sedikit pendakaian. Berhampiran atau melalui tepi sungai yang cantik membuat anda rasa santai sebentar sewaktu melakukan pendakian.

Dari kem Y adalah waktu yang mencabar dimana di sinilah bermulanya pendakian anda. Dari sini pendaki akan memanjat bukit turun bukit panjat bukit. Dengan papan tanda jarak gunung yang di pacak sepanjang jalan setiap 200 meter menjadikan psikologi anda boleh down. Bayangkanlah untuk jarak 200 meter ade yang memakan masa sehingga 30 minit untuk sampai.

Setelah puas panjat turun panjat bukit dalam 500 meter terakhir adalah masa yang paling mengujakan. Jalan adalah landai dan sedikit pendakian dikelilingi pokok bonsai yang renek dan cantik. Jalan yg di pijak juga ditutupi oleh lumut. Terasa seperti memijak rumput di padang bola.
Akhirnye anda akan sampai ke puncak gunung berembun. Kkepuasan pasti terasa.

Ramai orang mengatakan mendaki gunung berembun seperti mandi sepanjang hari (mandi peluh ) kerana tiada tiupan angin. Mungkin kerana itu orang menggelarkan gunung berembun, berembun baju dengan peluh.

Air Terjun Lata Langsir / Lesung Batu

Perjalan ke air terjun langsir dari gunung berembun mengambil masa dalam sejam ke sejam setengah menuruni bukit yang agak menjunam juga. Jika dapat menawan gunung berembun sebelum jam 5 petang bermakna anda akan sampai ke air terjun lansir sebelum malam. Kebanyakan mereka akan sampai pada waktu awal malam. Jadi sediakan lah head lamp kerana perjalanan akan menjadi gelap. menghampiri air terjun langsir jalan adalah landai tapi agak licin.

Setengah orang akan membuat campsite di tempat awal sekali sampai iaitu lesung batu. Campsite disini boleh memuatkan dalam 20 orang jika pandai susun. Mempunyai kolam air yang agak dalam dan best mandi manda dan untuk melakukan aksi-aksi terjun. Serta air yang jernih. Disini juga ada yang akan bermain gelongsor kerana batu batunya yang landai.

Jika penuh teruskan perjalanan dan anda akan sampai ke lata lansir. campsite disini boleh memuatkan kira-kira 40 orang kalau pandai susun. Mempunyai beberapa kolam air yang boleh anda mandi cuma kurang dalam. Tetapi tetap sejuk. Air terjun ini berada pada jarak lebih kurang seribu kaki dari paras laut.

Waktu pagi di lansir jika bernasib baik anda akan dapat melihat matahari terbit dari celah gunung. Sangat cantik dan mengujakan. Ramai pendaki akan turun ke bawah lansir untuk menikmati pemandangan itu dan merakamkan gambar.

Perjalanan Pulang

Perjalanan pulang adalah jalan lain dari waktu mendaki terpulang jika anda masih mahu melalui jalan sama sewaktu pergi.

Perjalanan pulang adalah dengan menyeberangi lata lansir masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Terdapat sedikit pendakian sebelum jalan landai. Perjalanan mengambil masa dalam 1 ke 2 jam. Untuk sampai ke kawasan waterpoint. Kawasan itu di beri nama SUNGAI BANGANG. Salah satu anak sungai chemerong. Boleh menyejukkan badan kerana terdapat kolam yang agak dalam dan boleh buat terjun la. Last waterpoint sebelum sampai kem balak.

Perjalanan di teruskan sekitar 2 ke 3 jam dengan sedikit pendakian ke gunung chemerong sebelum jalan landai naik bukit dan turun bukit. Melalui lereng gunung, sebelum menuruni bukit untuk sampai ke check point seraya besar ( pokok balak yang sangat besar). Boleh la take five sebelum menuruni bukit dengan jalan yang agak curam sehingga ke persimpangan jalan anatara kem Y dan kem balak. Ambil belah kanan dan terus ke kem balak. Melalui trek asal ke kem balak.

Di kem balak biasa nya para pendaki akan makan dan minum sebelum meneruskan perjalanan pulang mengikut trek asal menuruni bukit  sehingga persimpangan di pokok seraya berlubang, ambik trek belah kiri, trek kanan pergi semula ke air terjun chemerong…

Berhampiran kem balak terdapat satu cerun orkid. Kalau ada musim, anda akan berjumpa dengan berbagai-bagai spesis orkid berhampiran cerun orkid itu..

Perjalanan pulang akan laju jika pandai menuruni bukit. Kekuatan lutut sangat teruji disini. Gunakanlah guard lutut jika ada. Dapat mengurangkan tekanan pada lutut. Perjalanan yang mengambil masa 3 ke 4 jam akan membawa anda semula ke kem hutan lipur chemerong. -trekkerz.blogspot

Special Thanks

Alhamdulillah, kami rasa mungkin setakat ini dahulu maklumat tentang Taman Botani Putrajaya yang dapat kami di tempatmenarik.my kongsikan dengan pembaca. InsyaAllah jadikan website kami sebagai rujukan WAJIB anda semua jika mahu pergi bercuti atau mencari tempat menarik untuk berhibur, makan dan menenangkan fikiran. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Botani Putrajaya, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Botani Putrajaya!

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePercutian di Tunamaya Beach & Resort Spa, Pulau Tioman Tempat Menarik yang AWESOME!
Next articleSHELLOUT ASAM PEDAS Tempat Makan Best yang BENAR-BENAR Tekak Malaysia
peace-yoo-orang-terengganu-tahu-tak-sungai-bangang-di-negeri-mereka-antara-sungai-terbaik-di-malaysiaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!