Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Tempat Berkelah di Kota Tinggi Johor

Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Assalamualaikum. Apa khabar semua pembaca TM. Pastinya kami disini mengharapkan anda semua sihat sejahtera. Sudah banyak tempat menarik di Johor yang telah kami kongsikan. Kali ini kami nak kongsikan mengenai Paya Biru Felda Lok Heng yang sangat terkenal ini.

Untuk pengetahuan semuan, lokasi Paya Biru Felda Lok Heng ini dimasukkan kedalam Peta Tempat Menarik oleh pihak kami. Jadi persoalannya disini kenapa ianya menjadi tempat pilihan yang perlu anda pergi jika bertandang ke Johor terutamanya ke daerah Kota Tinggi ini.

Ya, sudah semestinya Paya Biru Felda Lok Heng merupakan satu kolam renang atau paya yang terbuka. Sebetulnya ianya terletak di kawasan kelapa sawit iaitu di dalam kawasan Felda Lok Heng.

Dengan pelbagai cerita dan gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook telah menjadikan kawasan Paya Biru Felda Lok Heng ini sangat terkenal. Jadi mari kita ketahui kenapa ianya terkenal dan kenapa Paya Biru ini masih menjadi tempat pilihan dan tumpuan ramai walaupun sekarang sudah banyak taman tema yang ada di sini.

Pengalaman Memukau Picnic di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Sedili Kechil, 81930 Kota Tinggi, Johor
  • Nombor Telefon :  011-3738 7814
  • Waktu Operasi : Public
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Pelbagai Kemudahan di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

1) Tiada bayaran masuk dikenakan. Ya ianya percuma sahaja kerana Paya Biru ini adalah public atau awam.
2) Terdapat tandas, tapi ceduk air sendiri. Maklumlah dalam kebun kelapa sawit.
3) Sewa Pelampung RM3 sahaja, tapi boleh mandi dan main sampai puas.
4) Ruang salin baju ada dua bilik, di perbuat dari kolong-kolong yang comel.
5) Tersedia dengan gerai makanan dan minuman. Disini ada nasi lemak, air milo power, mee siput, ayam bakar dan burger. Jadi tidak perlu bawa makanan dari luar pun tidak mengapa sebenarnya.
6) Kemudahan pondok berehat. Bolehlah buat mini picnic. Ini pun percuma. Felda yang buat katanya dan yang penting siapa cepat dia dapat.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Paya Biru Felda Lok Heng Selatan Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Jom Lihat Review Pengunjung di Paya Biru Felda Lok Heng Selatan

Tempat cantik. Tapi semasa pergi ke sana baru lepas hujan. Air agak coklat. Good job bagi pihak Felda dan JKKR kerana bina fasiliti di tengah-tengah ladang sawit. Van Hohenheim.

Tempat yang santai. Air sentiasa mengalir. Ramlee bin Taikori.

Tempat yang best ,cantik dan air yang berwarna biru. Tapi bila pergi mandi paya biru airnya sudah menjadi keroh. Air keroh itu maksudnya airnya sudah kotor. Tapi bila mandi best sangat. Najiha 117.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sangat menarik bukan perkongsian kami kali ini. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Paya Biru, Felda Lok Heng Selatan.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articlePizza Seni Bidara Tempat Makan Menarik di Kuantan
Next articleImpian Manis Tercipta di Tempat Menarik Pusat Bandar Impiana KLCC
paya-biru-felda-lok-heng-selatan-kota-tinggi-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!