

Assalamualaikum. Membeli-belah atau “shopping” adalah sesuatu perkara yang menangkan minda. Tambahan pula, ia boleh menjadi hobi bagi individu tertentu. Berjalan-jalan di pusat membeli-belah tidak menjadi satu masalah bagi penggemar membeli-belah. Kali ini admin akan berkongsi syurga membeli-belah yang berada di Malaysia. Tempat tersebut adalah Pavilion KL. Sudah tentulah ia menjadi salah satu tempat menarik di Kuala Lumpur.
Pavilion Kuala Lumpur dibina pada tapak Sekolah Perempuan Bukit Bintang iaitu sekolah tertua di Kuala Lumpur. Sekolah tertua tersebut sudah pun berpindah ke Cheras dan kini diberi nama Sekolah Seri Bintang Utara pada 2000. Pavilion Kuala Lumpur mula dibuka pada 20 Setember 2007. Ia dibina sebagai pusat memberi-belah terkemuka di Kuala Lumpur. Pusat membeli-belah ini terbahagi kepada dua iaitu Pavilion Shopping Centre yang mempunyai 7 tingkat dan Pavilion Elite yang mempunyai 10 tingkat.
Pavilion Kuala Lumpur mempunyai lebih daripada 450 gerai. Selain itu, banyak jenama-jenama terkenal luar negara dan dalam negara yang anda dapat lihat di sini seperti Parkson, Terpan Yaki, Big Apple dan lain-lain. Selain daripada gerai, anda juga boleh mendapatkan restoran, panggung wayang, karoke dan spa. Tingkat 7 di Pavilion Kuala Lumpur di penuhi dengan barang-barang untuk wanita. Di sana anda boleh mencari salon kecantikan, spa dan lain-lain. Tambahan pula, pada tahun 2009 pusat membeli-belah ini telah memenangi “Malaysian Tourism Award” untuk pusat membeli belah paling inovatif. Maka dengan itu, pusat membeli-belah ini telah memenangi 15 anugerah.
Pavilion Kuala Lumpur terletak di hadapan Starhill Gallery dan berdekatan dengan Farenheit88; pada permulaan hujung Jalan Bukit Bintang. Jika anda tinggal di hotel Bukit Bintang, anda boleh hanya berjalan untuk pergi ke Pavilion Kuala Lumpur. Selain itu, jika anda menaiki monorail, anda perlu berhenti di stesen Bukit Bintang dan kemudian berjalan ke Lot10 dan BB Plaza. Dari situ, jarak ke Pavilion Kuala Lumpur hanya 5 minit waktu berjalan. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWSOME! PAVILION KUALA LUMPUR PUSAT MEMBELI-BELAH BERTARAF ANTARABANGSA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia. - Nombor Telefon : 03-2118 8833
- Waktu Operasi : Jam: 10.00 pagi – 10.00 petang
- Website : Pavilion KL
- Facebook : Pavilion KL
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pavilion KL Kuala Lumpur
Tempat Menarik
Terdapat Golden Screen Cinemas yang sangat moden yang terletak di tingkat 5 dan 6 Pavilion KL. Jika anda mempunyai banyak masa, maka lawatan ke pawagam filem mungkin adalah idea yang bagus. Kerusi-kerusi di sini pada admin adalah sangat mewah. Terdapat butang khas di kerusi yang anda boleh tekan untuk mengayunkan kerusi belakang. Apabila anda sampai ke dalam pawagan, anda akan diberi beberapa selimut hangat kerana penghawa dingin menjadikan dewan itu sangat sejuk. Terdapat juga butang untuk menekan untuk memberi isyarat kepada pelayan untuk mendapatkan minuman atau makanan ringan.
Tempat Makan
Anda tidak perlu risau lagi tentang tempat makan sukar dicari ketika berada di Pavilion Kuala Lumpur. Terdapat terlalu banyak restoran yang berkelas yang anda boleh pergi. Di sini terdapat pelbagai restoran termasuklah restoran Jepun, Itali, Amerika Syarikat, Russia dan lain-lain. Penyediaan dan persembahan makanan di restoran tersebut juga amat baik kerasa persaingan restoran yang banyak di pusat membeli belah ini.
Persembahan Ketika Sambutan
Semasa terdapat sambutan perayaan seperti Hari Raya Cina, Sambutan Tahun Baru, Deepavali, Hari Raya Aidil dan lain-lain, Pavilion Kuala Lumpur akan menghiasi ‘Bulatan Bintang’ dengan tema perayaan tersebut. Terdapat juga persembahan yang dipersembahkan kepada pengunjung di bulatan itu.
Jenama Menakjubkan
Banyak jenama dan gerai antarabangsa di dalam Pavilion Kuala Lumpur. Terlalu banyak hingga rambang mata ingin pergi ke gerai yang mana. Jenama dan gerai antarabangsa adalah jenama dan gerai yang terkenal seperti Parkson, Polo, dan sebagainya.
Harga dan Kos Terlibat
Golden Screen Cinema (gold class) = RM50
Jom Saksikan Ketakjuban Suasana di Pavilion KL Kuala Lumpur.
Jom Lihat Review Pengunjung di Pavilion KL Kuala Lumpur
You can get high end brands here but you can also get brands such as Zara, Mango and some Malaysian brands. I spent the entire day here and preferred this mall over the other ones in town. Food stores are located at the bottom floor. Fara Ain
I like the foodcourt and the tokyo street. But you can only go in before 9 pm. Inside Pavilion there are most branded stuffs. Like LV, Laduree, etc. Even the mall buildings itself seem so cool! Haha Worth to go la. Yuliana Abd Rahman
Mega mall that provided endless shopping and food options. A must visit place. Stayed at nearby PARKROYAL Hotel. Steven Smith
This mall has almost every brand you could possibly think of. It is huge and has variety of shops n restaurant n café. We love the illy café and they serve good coffee there. Fiona Fung
We ate a huge portion of our meals here, street food without the muggy heat and dodgy table and stools highly recommended place to shop and eat. Laila Dalilah
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada wonderfullmalaysian.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Bukit Bendera merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pavilion Kuala Lumpur, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pavilion Kuala Lumpur.