Pasar Teresang Tempat Tumpuan Pelancong di Kapit, Sarawak

Pasar-Teresang-di-Kapit

Assalamualaikum. Pasti anda tidak pernah dengar daerah Kapit yang terletak di Sarawak. Kapit merupakan sebuah daerah pedalaman dimana anda perlu menaiki bot ekspres dari pekan Sibu untuk sapai ke sini. Seperti di Sibu, Kapit juga mempunyai pasar yang menjadi tumpuan para pelancong. Ianya telah menjadi tempat menarik di Kapit, Sarawak.

Di sinilah sebenarnya nadi kesibukan pekan Kapit. Apa yang menarik di sini ialah anda boleh menjumpai makanan eksotik yang sukar dicari di tempat lain. Sebagai contoh anda akan dapat melihat orang tempatan yang akan menjual binatang seperti ular sawa, katak dan macam-macam lagi.

Penduduk tempatan akan membawa hasil hutan atau hasil sungai yang mereka dapat untuk di jual. Sekiranya anda beruntung anda akan dapat melihat ikan kelah dan ikan Empurau yang dikatakan sangat mahal. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan juga ada dijual disini. Anda juga dapat melihat buah yang tidak terdapat di tempat lain iaitu buah dabai yang bermusim.

Jadi, sekiranya anda datang ke Kapit, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Teresang. Anda akan dapat melihat pelbagai budaya dan suku kaum di sini. Anda juga dapat mempelajari sesuatu mengenai kehidupan mereka di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! PASAR TERESANG NADI PENDUDUK DI KAPIT, SARAWAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kapit, Sarawak.  
  • Waktu Operasi : 6:00 a.m – 6:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pasal Teresang Kapit, Sarawak

Menarik di sini

Pasar ini seperti pasar di tepat lain. Uniknya pasar ini ada menjual hasil tangkapan hutan dan sungai penduduk tempatan. Anda dapat melihat pelbagai barang dan makanan yang dijual disini.

Selain itu, anda juga dapat melihat dan membeli hasil tangan penduduk tempatan yang sangat cantik.

Apa Yang Terdapat di sini

Antara yang dapat anda lihat dan beli di sini:

Tingkat Bawah

  • Barang Basah seperti ikan, ayam dan macam-macam lagi
  • Sayur-sayuran dan buah buahan
  • makanan
  • kraftangan

Tingkat Atas

  • Pakaian
  • Kedai guntung rambut
  • food court

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pasar Teresang Kapit, Sarawak

Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Teresang Kapit, Sarawak

Selling fresh fish, jungle products/veges such as midin, ferns and wild boar or other hunted animals. go early morning between 6 am – 8am, u will have more choice. Daisy Jay.

Exotic food Paradise. Frada Adda.

You can find almost everything in this market. Mara Bahaya.

Lots of exotic food. Malik Hashim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada indahrasajmalim.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Pasar Teresang Kapit merupakan sebuah pasar yang memaparkan cara dan budaya penduduk tempatan. Anda perlu datang ke sini jika mahu melihat budaya mereka dan membeli hasil penduduk tempatan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Teresang Kapit , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Teresang Kapit .

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Rimba Sebangkoi Tempat Menarik di Sarikei Sarawak
Next articleBukit Larut Tempat Pelancongan di Perak
pasar-teresang-tempat-tumpuan-pelancong-di-kapit-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!