Pasar Serikin Tempat Membeli Belah Menarik di Sarawak

Pasar Serikin

Assalamualaikum. Apabila anda sampai di Kuching Sarawak, salah satu tempat yang wajib anda lawati ialah Pasar Serikin. Pasar ini sangat sesuai bagi mereka yang kaki membeli belah. Terdapat pelbagai jenis barang seperti pakaian yang di jual di sini. Ianya merupakan tempat menarik di Kuching, Sarawak. 

Kenapa ramai yang sanggup datang ke Pasar ini? Buat pengetahuan admin barang yang dijual di sini sangat murah. Barang disini juga antaranya datang dari negara Seberang iaitu Indonesia. Pasar disini mirip seperti Pengkalan Kubor di Kelantan.

Sekiranya anda mencari pakaian, datanglah di sini. Harga juga sangat berpatutan. selain itu, ada juga barangan peralatan dapur, perhiasan dan kraftangan. Tikar-tikar buluh juga banyak terdapat di sini.

Jangan lepaskan peluang untuk datang sendiri ke Pasar Serikin ini. Datang membeli atau sekadar mencuci mata.  Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.Semoga bermafaat.

AWESOME! PASAR SERIKIN SYURGA MEMBELI BELAH DI SARAWAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Serikin, 94000 Bau, Sarawak.
  • Waktu Operasi :  Sabtu (6:00a.m – 6:00 p.m), Ahad (6:00 a.m- 12:00 p.m)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pasar Serikin

Aktiviti Sesuai

Sudah pasti sesuai bagi yang kaki membeli belah. Di sini anda dapat membeli belah barangan keperluan dengan harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Peringatan

Bagi yang pertama kali datang ke sini jangan terkejut dengan cuaca di sini. Cuaca di sini sangat panas. Sekiranya anda datang berkeluarga dan membawa anak kecil tidak disarankan untuk datang ke sini. Dinasihatkan pakai penutup kepala atau berpayung.

Jom Saksikan Barangan yang Dijual di Pasar Serikin

Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Serikin

Things that Singapore didnt have. Plus good bargain price. Enjoy the sunny day. zam maz.

Nice place to visit, many seller from Indonesia trade here with affordable price. Roy Stevo.

Best place to shopping traditional item..variety item available. M Kissinger.

Affordable and unique items for souvenirs. Christine Yong.

Nice to shop at cheap price. Ahmad Syubaili.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada budakletrik.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Perkongsian ini sangat membantu admin dalam bercerita mengenai keistimewaan Pasar ini. Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah disini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Serikin, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Serikin.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleTaman Negara Gunung Gading Tempat Menarik di Sarawak
Next articleTaman Negara Kubah Tempat Menarik di Sarawak
pasar-serikin-tempat-membeli-belah-menarik-di-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!