

Assalamualaikum. Ada beranggapan kunjungan ke Sibu tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Pasar Sentral yang terletak berhampiran Terminal Bot Ekspres Sibu di kawasan tebing Sungai Rajang. Ianya merupakan tempat menarik di Sibu dan menjadi tumpuan pelancong asing apabila sampai di sini.
Dibina pada 1996 membabitkan kos RM12 juta, Pasar Sentral bertujuan menempatkan semula semua penjaja yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tebing sungai dan kawasan lorong di pusat bandar. Diiktiraf sebagai pasar terbesar di Malaysia.
Pasar itu mempunyai keunikan tersendiri apabila menghimpunkan peniaga kecil dari pelbagai kaum dan etnik di Bumi Kenyalang, dengan 1,100 gerai jualan barangan keperluan harian, termasuk hasil hutan yang jarang ditemui di tempat lain. Anda pasti akan teruja dengan pelbagai hasil hutan yang tidak pernah ditemui ada dijual disini.
Kedudukannya di pusat bandar menjadikannya sebagai lokasi tumpuan utama penduduk tempatan untuk membeli keperluan harian, malah pasar berkenaan juga menjadi destinasi wajib singgah pengunjung dari luar yang berkunjung ke Sibu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
WOW! PASAR TERBESAR DI MALAYSIA TERLETAK DI SIBU SARAWAK
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak.
- Waktu Operasi : 6:00 a.m – 11:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pasar Sentral Sibu Sarawak
‘Window Shopping’ Melihat Hasil Tempatan Yang Dijual
Sebut sahaja barangan keperluan harian dimahukan, hampir semuanya boleh diperoleh di pasar dua tingkat ini, dengan aras bawah menempatkan gerai menjual hasil laut, daging, ayam, sayuran dan buah-buahan, manakala di aras dua terletaknya gerai makanan dan minuman, selain kedai pakaian.
Tingkat bawah pasar terletak di Jalan Channel itu menjadi lokasi penduduk setempat menjual hasil tani dan merupakan di Sarawak. Tingkat dua menempatkan kedai-kedai makanan dan minuman serta menjual pakaian.
Pelbagai Barang Unik di Jual
Pasar tersebut amat unik dengan pelbagai jenis barang termasuk kraf tangan, makanan, serta pelbagai jenis laukpauk. Di sebabkan hal ini pasar sentral Sibu menjadi tumpuan pelancong asing.
Satu lagi kelainan Pasar Sentral Sibu ialah peniaga ayam hidup diwajibkan membungkus haiwan jualan mereka dengan kertas surat khabar lama sehingga ia menjadi tarikan ramai kerana kaedah itu jarang dilaksanakan di tempat lain.
Terdapat sejenis buah iaitu buah dabai yang tidak dapat diperolehi di tempat lain selain negeri Sarawak. Buah ini bermusim dan tidak selalu ada. Jika anda bertuah, anda dapat merasai buah dabai yang sangat enak.
Jom Saksikan Panorama di Pasar Sentral Sibu Sarawak
Satu Sarawak di Pasar Sentral Sibu
Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Sentral Sibu Sarawak
Quite crowded yet my number 1 Wonderful and amazing place ! Never regret to spend some money here. Variety of fresh local fruits and vegetables sold here. Never miss this place when you visit Sibu. jenny michael jemat.
If you want to experience local Chinese and Malay culture, this is one of the best places to visit in Sibu. Bear in mind if you visit, the earlier you go the better, as more stalls will be open, but the market itself will be open till late afternoon time. linga42.
You can find almost all of the cooking ingredients you need here. Some still using traditional style selling their foods and goods. You can see they selling live chicken warp by using a newspaper. clement chee.
You can find everything here from living stock, fresh water prawn, fish and many more. A lot of local food here. Ting Ung Hu.
Fresh groceries & seafood. many choices. if u come visit or travelling to Sibu, this place is a must. a place like no others. Dygg 8.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada ww1.utusan.com.my kerana berkongsi maklumat yang berguna dan membantu admin. Anda perlu datang sendiri ke sini bagi merasai pengalaman melihat pelbagai barang tempatan yang unik. Admin juga teruja dengan kepelbagaian barang yang dijual di sini. Memang sah, Pasar Sentral Sibu merupakan satu lagi lokasi tempat menarik di Sibu Sarawak.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Sentral Sibu Sarawak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Sentral Sibu Sarawak.