Pasar Filipin Tarikan pelancong Ke Kota Kinabalu Sabah

Pasar Filipin Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah Wajib Pergi

Assalamualaikum. Sesudah anda penat berjalan di Kota Kinabalu, admin cadangkan anda singgah di Pasar Filipin. Anda wajib datang sekiranya bercuti ke Kota Kinabalu Sabah. Pasar ini bukan seperti pasaraya besar tetapi banyak menjual hasil keluaran tempatan. Pasar ini telah menjadi tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah.

Anda jangan hairan sekiranya rata-rata penjual di sini berbangsa filipin. Ianya seperti anda berada di Manila. Jadi teruuskan membeli belah di sini tanpa perlu berasa takut. Di sini anda boleh dapat barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan.

Paling laris di sini ialah mutiara. Disini terdapat mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang. Selain itu, anda juga boleh mencari cenderamata kecil lain seperti barangan buluh dan kayu untuk di bawa pulang. Sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk di bawa pulang.

Ramai pelancong datang ke sini juga membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan. Pada sebelah petang pula terdapat gerai-gerai yang menjual makanan laut. Anda boleh memilih makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan banyak lagi. Harga disini murah dan anda perlu tawar menawar.  Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MAKANAN LAUT MURAH DI PASAR FILIPIN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Tun Fuad Stephen, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 10:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

<

Dapatkan Info Menarik di Pasar Filipin

Apa yang ada di sini?

  1. Kraftangan
  2. Mutiara
  3. Barang Perhiasan
  4. Pasar Basah
  5. Gerai Makanan Laut

Tarikan Terdekat

  1. KK Plaza
  2. Suria Sabah
  3. Imago

Jom Saksikan Suasana di Pasar Filipin

Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Filipin

A must go for all in the day to experience market lifestyle. A wide spread of dried and preserved food. Highly recommended to go in the evening to try out the bbq seafood. Just a slight reminder, prices may vary due to the high flow of tourist. Matthew Phang.

The place to buy souvenirs including pearls and semi-precious stones, fresh seafood, food court where you can choose seafood and ask to be cooked, fruits, anchovies and dried fishes and dried shrimps. dija riza

A very recommended place for those who loves sea food with affordable price. A very busy place at night. Available until midnight and maybe until there is no customers. Near to kota kinabalu city. In the centre of kk city. Near to sea. You can have a sea view if you walk around. EstherCarl Henry.

The food is amazing and seafood lover are totally recommend to come here as well as food lover! So many local food choices and i love to come here again! Nurul Syakirah Abd Rahman.

If you love pearl accessories, better to find here. Must know how to negotiate the product till get less price. Difference seller sell difference design. And guess what, I got free one of my bracelet pearl. Farrah Abu Shukor.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada hassan1663.blogspot.com, mentallydisturbed.blogspot.com dan www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Datang ke Pasar Filipin bagi membeli belah cenderahati dan makan makanan laut yang murah dan sedap.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Filipin , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Filipin.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Marin Tempat Menarik di Sabah
Next articlePulau Tiga Tempat Menarik di Sabah
pasar-filipin-tarikan-pelancong-ke-kota-kinabalu-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!