

Assalamualaikum. Kaum perempuan pasti tidak asing dengan perkataan membeli-belah atau “shopping”. Apabila mereka berkata bahawa hobi mereka ialah membeli-belah, itu adalah perkara biasa. Mereka berkata ia dapat menghilangkan tekanan stress yang mereka lalui. Apabila mereka membeli-belah, duit bukan segalanya. Ini bermaksud, walaupun mereka tidak membawa duit yang banyak, cukuplah sekadar melihat barang-barang jualan. Itu pun sudah dapat menghilangkan stress mereka. Oleh yang demikian, kali ini admin ingin bawa anda semua ke tempat membeli-belah yang besar dan terkenal di Kelantan iaitu Pasar Besar Siti Khadijah tempat menarik di Kelantan.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Pasar ini mempunyai berpuluh buah kedai dan kebanyakan kedai menjual barang yang sama. Tambahan pula, tawar-menawar dibenarkan di sini.
Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat 1 pula diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan.
Jika anda dari Kuala Lumpur, untuk pergi ke pasar ini, akan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Manakala jika menaiki Kapal terbang hanya akan mengambil masa 55 minit sahaja. Di sana anda akan diiring oleh papan tanda yang menunjuk arah ke sana. Amat digalakkan untuk bertanya kepada penduduk tempatan kerana penduduk di sana agak peramah lebih-lebih lagi dengan orang luar. Anda boleh peroleh sedikit pengetahuan tentang Kelantan daripada mereka disamping bertanya jalan. Admin akan berkongsi Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! PASAR BESAR SITI KHADIJAH MENJUAL PELBAGAI JENIS BARANG DENGAN HARGA YANG BERPATUTANÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pasar Besar Siti Khadijah, Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
- Nombor Telefon : 09-748 4477Â
- Waktu Operasi :Â 6.00 a.m. – 7.00 p.m. (memberhetikan segala urusan perniagaan selama 15 minit setelah masuk waktu solat)
- Facebook : Pasar Besar Siti Khadijah Dan Bazar Siti Aisyah
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pasar Besar Siti Khadijah
Perkara Yang Anda boleh lakukan
Semasa berada di pasar ini, anda boleh lakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah. Kebanyakan kedai-kedai ini pasar ini menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang berbeza. Kebanyakan pengunjung akan membeli tudung kerana kualiti tudung di sini agak memberangsangkan. Di sini juga, mereka menjual buah tangan yang boleh anda bawa balik dari negeri Kelantan.
Jom Saksikan Suasana Yang Unik di Pasar Besar Siti Khadijah
Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Besar Siti Khadijah
A multi store market which varieties of local produce,veggies,fruits,seafood and you will find a lot of clothes shops too. Located in the middle of KB town.The building is colorful . Choo Anne, Ipoh
Went for business and was blown away by the array of food. I was taken around the local markets and loved the whole experience! Malaysian hospitality is wonderful – the food is fabulous and I need to come back ! Aimee, United Kingdom
A must visit local market selling costume jewelery, household items, clothes and beautiful and colorful batik sarongs. Prices are negotiable and the women sellers willing to give at discounted rate. The sarongs were mostly made in Kelantan and Terengganu. Udin, Miri
Place to buy local food and souvenirs, you should visit their food stalls, beef soup with rice is good and definitely a must go. Siti Aisyah, Kota Bahru
One of the old markets that offer a wide range of traditional items such as traditional cooking utensils and food. It is also a place for the natives to buy their ingredients to cook daily. Anisah Alwi, Kota Bahru
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada tripadvisor.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Pasar Besar Siti Khadijah merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Besar Siti Khadijah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Besar Siti Khadijah.