Pasar Besar Kedai Payang Tempat Membeli Belah Utama di Terengganu

Pasar Besar Kedai Payang Kuala Terengganu

Assalamualaikum. Kalau anda ingin membeli hasil kraftangan dan makanan Terengganu, anda boleh datang ke Pasar Besar Kedai Payang. Pasar ini terletak ditepi Sungai Terengganu dan berdekatan dengan Jeti Syahbandar. Admin masukkan Pasar ini ke dalam tempat menarik di Terengganu.

Uniknya pasar ini adalah daripada segi namanya yang dikatakan diperolehi daripada nama sejenis perahu yang sering digunakan oleh nelayan di negeri Terengganu sejak dahulu lagi iaitu perahu payang. Hasil tangkapan ikan oleh nelayan akan dijual di pasar ini yang kemudiannya terus mendapat nama Pasar Payang atau orang Terengganu panggil Kedai Payang.

Bangunan Pasar ini terdiri daripada bangunan kompleks dua tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih tradisional negeri Terengganu.
Manakala,di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Bangunan ini juga terletak di tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Jadi datanglah ke Pasar ini sekiranya ingin membeli belah. Anda pasti akan berpuas hati dengan pelbagai barang yang dijual disini terutamanya yang mahu membawa balik makanan traditional Negeri Terengganu dan juga kain batik Terengganu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! PASAR BESAR KEDAI PAYANG TEMPAT MEMBELI BELAH TERSIBUK DI TERENGGANU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 20000, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-627 1111
  • Waktu Operasi :  8:00 a.m – 6:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pasar Besar Kedai Payang

  1. Ada pelbagai barangan yang murah. Ramai orang luar Terengganu datang ke sini sebab barangnya lebih murah dan masih boleh tawar menawar.
  2. Adanya ‘Payang Walk’. Pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, dari 5 petang hinggalah 12 tengah malam, ada kawasan gerai-gerai yang dibuka di luar Pasar Payang. Pasar ini bermula dari Pejabat Pos Besar sehingga kawasan letak kereta pasar. Layanlah puas-puas.
  3. Di sini juga ada ruangan bakat. Jadi anda boleh cuba mencanting batik, membuat wau, menganyam tikar atau membuat ukiran.
  4. Adanya keropok lekor istimewa. Kata orang, tidak sah ke sini kalau tidak cuba keropok lekor daripada tepung sagu dan ikan. Jika itu bukan yang anda cari, ada juga pelbagai jenis keropok yang ada dijual di pasar ini — dari keropok lekor hinggalah keropok keping.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pasar Besar Kedai Payang

Jom Lihat Review Pengunjung di Pasar Besar Kedai Payang

It filled with variety of food and thing that u could find here, awesome, full with traditional pieces. Lee_ syira.

Everything is quite cheap there. You can even lower the prices at some stores. Happy shopping guys! Dzvuriyah Hussein.

This place is like an everyday living place for the local or even tourists to start their day off with. it offers wide variety of local delicacies and signature dish even a wet market for your daily intake of fruits and veges. daiana roslan.

All local product can get here. Cheap if you know how to bargain. Mohd Kamaruzaman Arifin.

Very good price for the high quality product. mohd hamzali Azizan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada beautifulterengganu.com, www.caridestinasi.com, www.jomjalan.com.my dan www.travelje.com kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat menarik dan berguna.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pasar Besar Kedai Payang , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pasar Besar Kedai Payang.

REVIEW OVERVIEW
Previous articleMasjid Terapung Tempat Menarik di Kuala Terengganu
Next articleRestoran Singgang Budu Tempat Makan Menarik Di Terengganu
pasar-besar-kedai-payang-tempat-membeli-belah-utama-di-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!