

Assalamualaikum. Terengganu telah dikenali sebagai bandar pesisir pantai. Terdapat banyak pantai yang menarik dan cantik di negeri ini. Salah satunya ialah Pantai Tok Jembal. Pantai ini sudah terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga pelancong dan merupakan tempat menarik di Terengganu. Pantai ini terletak di daerah Kuala Nerus Terengganu.
Kawasan pantai yang landai menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah pada hujung minggu. Pengungjung yang datang ke sini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mandi pantai. Ini adalah aktiviti wajib sekiranya sampai di sini. Anda juga dapat beriadah bersama keluarga sambil melihat keindahan alam yang sangat menakjubkan.
Disini juga terdapat banyak bot nelayan yang tersadai di tepi pantai menjadikan pantai ini sangat cantik. Banyak gerai menjual makanan ringan seperti sate ikan, keropok goreng, aiskrim baba ditepi pantai. Anda boleh membeli makanan dan makan di tepi pantai sambil melihat pemandangan yang indah.
Admin sangat yakin anda akan jatuh hati apabila melihat pantai ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merancang cuti anda untuk datang sendiri ke sini. Pengalaman mandi manda di pantai ini pasti akan menjadi pengalaman yang terindah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! PANTAI TOK JEMBAL YANG SANGAT MENDAMAIKAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pantai Tok Jembal
Syok Mandi di Pantai Tok Jembal
Best mandi di Pantai Tok Jembal ini kerana pantai ini telah ditambak dengan batu besar sekeliling pantai, ombak pun tidak kuat, pantai pun tidak dalam. Anda boleh membawa pelampung untuk mandi di sini.
Aktiviti Menarik
Selain daripada mandi, anda juga berpeluang menaiki kereta kuda berhias. Anda akan di bawa melihat keindahan pantai. Pasti sangat menyeronokkan.
Tempat Makan Menarik Berhampiran
Selepas mandi manda anda boleh singgah di Warung Mee Kari Samudra untuk merasai sendiri Mee Soto dan Tea Tarik. Memang seronok makan selepas mandi pantai ini kerana perut lapar.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Tok Jembal
Gamat di Pantai Tok Jembal, Terengganu
There were lots of these little critters in the water. by Hisbul Ariffin
Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Tok Jembal
Beautiful. Erisya Natasya.
Nice view. Nur Sakinah Radzuan.
Suasana yang indah. Mohd Farhan Kadir.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada www.hafizhafizol.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Datanglah ke pantai ini untuk merasai sendiri keindahan dan kedamaian pantai di sini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Tok Jembal, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Tok Jembal.