Pantai Teluk Cempedak Tempat Menarik di Kuantan Pahang

3260

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Pantai Teluk Cempedak Tempat Menarik di Kuantan Pahang

Assalamualaikum. Pantai Teluk Cempedak atau lebih dikenali sebagai PTC cukup terkenal di kalangan pelancong yang datang ke Kuantan. PTC cukup sinonim dengan daerah Kuantan dan popularitinya juga setanding dengan infrastruktur yang terbina telah menjadikan lokasi ini sebagai tempat menarik di Kuantan Pahang. 

Kemudahan jambatan yang direka khas menyusuri sepanjang pesisir pantai ini, pastinya akan memberi keselesaaan kepada pengunjung yang hadir untuk menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Teluk Cempedak. Panorama semula jadi seperti longgokan batuan, kehijauan hutan dan pasir pantai yang memutih ini pastinya akan memberi sudut penggambaran yang cantik.

Selain dapat menikmati kecantikan pantai pengunjung juga berpeluang untuk merasai kedamaian hutan ketika berada di sini kerana terdapat sebuah hutan rekreasi berhampiran yang terpelihara supaya kelestarian alam di pantai tersebut tetap terjamin.

Oleh itu, pengunjung perlu melawat Pantai Teluk Cempedak apabila bercuti ke Kuantan, Pahang. Anda pasti akan berpuas hati dengan keindahan pantai, flora dan fauna. Admin pasti anda akan terpukau dengan keindahan alam disini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! KEINDAHAN PANTAI TELUK CEPEDAK PASTI MEMUKAU PANDANGAN ANDA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kuantan, Pahang.
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Pantai Teluk Cempedak

Apa Menarik di Pantai Teluk Cempedak

  • Kawasan pantai yang sangat cantik
  • Terdapat banyak tempat makan menarik
  • Pada waktu malam sangat meriah dengan gerai-gerai menjual pelbagai barang
  • Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini

Aktiviti Menarik

  • Mandi di pantai
  • Banana Boat
  • Jet Ski
  • Bermain layang-layang
  • Berkelah
  • Jungle Trekking
  • Membeli belah produk tempatan
  • Menjamu selera

Makanan Yang Terdapat Di sini

  • Medan Selera Teluk Cempedak – menghadap pantai
  • Restoran makanan segera – KFC, MCD
  • Beberapa Restoran Melayu, ala thai dan macam-macam lagi

Kemudahan

  • Tandas
  • Surau
  • Bilik Mandi

Penginapan Berhampiran

  • Hotel Hyatt Regency
  • Kuantan Tembeling Resort
  • Terdapat banyak hotel budget berhampiran pantai ini

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Pantai Teluk Cempedak

Fenomena Buih Air Laut Melanda Pantai Teluk Cempedak

Fenomena Buih Air Laut Melanda Pantai Teluk Cempedak. by Jebart Media

Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Teluk Cempedak

Interesting place to visit while being in Kuantan. The sand is nice and a lot of trash bins all around, so the visitors keep the place clean and safe. Basically no one swims, however the water is warm. When it gets darker, the beach territory turns into a market place which you may find attractive. Ruslan Ruslanovich.

Beautiful place. have many restaurants to relax and chill. Max Arif.

I basically grew up here, the beach is beautiful with a hill (bukit pelindung) at the back giving shades and color. Hanafi Noor.

Hangout for weekend. Various shop selling souvenirs. Don’t have to worry for food as everything is there. If you go further by the wooden bridge, there is wide sandy area just nice for some private activity( I did taekwondo practice there). If you’re more into adventure, you can climb Bukit Pelindung and feel the adrenaline hiking down straight to Teluk Cempedak beach. Kimi Alias.

Nice place to hanging out with families n friends. got so many places for food. eraz tajul.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.maisinggah.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu admin. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Pantai Teluk Cempedak apabila samapi di Kuantan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Teluk Cempedak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Teluk Cempedak.

Facebook Comments