

Pantai Tanjung Rhu di Langkawi ni adalah sebuah kawasan pantai yang lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan antara kawasan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh gergasi media CNN. Kalau di peringkat dunia mengiktiraf pantai ini sangat cantik jadi rakyat Malaysia perlulah datang sendiri bagi melihat keindahan pantai ini.
Perjalanan ke pantai ini sangat menarik kerana anda akan melihat pokok rhu dikiri dan kanan jalan yang sangat cantik. Jika mahu datang ke pantai ini perlu datang sebelum jam 5.30 petang kerana selepas itu pantai ini akan ditutup untuk orang ramai dan dikhaskan kepada yang menginap di sini sahaja.
Datanglah ke pantai ini bagi beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Di sini terdapatnya jeti nelayan pantai dengan panorama bot-bot nelayan berwarna-warni berlabuh setiap hari . Bot-bot nelayan ini tidaklah besar , cuma sebesar bot -bot laju. Kebanyakannya telah diubahsuai menjadi bot pelancong. Pemandangan yang cantik pasti meninggalkan pengalaman yang indah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.
REHATKAN DIRI ANDA DI PANTAI TANJUNG RHU LANGKAWI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Jalan Tanjung Rhu, Tanjung Rhu, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
- Waktu Operasi :Â 8:00 a.m – 6:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
Aktiviti Sesuai
Rehatkan diri dan beriadah bersama keluarga di pantai sambil melihat pemandangan indah dan damai. Abadikan kenangan anda di Pantai Tanjung Rhu dengan mengambil gambar-gambar bersama-sama pemandangan yang indah.
Lakukan aktiviti pantai seperti snorkeling, parasailing dan macam-macam lagi. Anda pasti seronok dan gembira berada disini serta dapat hilangkan stress. Jika anda bermalam disana pelbagai aktiviti pantai lagi dapat dilakukan seperti mangrove exploration, boat charter, sunset cruise, island drop, island tour, memancing dan banyak lagi.
Penginapan Berdekatan
Jom Saksikan Keindahan Panorama Pantai Tanjung Rhu, Langkawi
Jom Lihat Review Pengunjung di Pantai Tanjung Rhu Langkawi
The beach is clean , with stunning view ! A must come place in langkawi. If u are looking for peaceful out of crowd, this definitely is most suitable for your vacation. Spending two days here. If u are luckily, you can walk to the middle of sea. SIN SENG HUAT.
Public, but secluded, quiet and clean. Far from the maddening crowd. Go beyond all the resorts to get to this best part of the stretch of beach. (Chargeable shower facilities are near the mangrove tour operators.) Whole family loved it here, even those in full hijab. Abul-Hassan Hannan.
Excellent to drive in and picnic. Would not recommend a swim several tricky spots as adviced by tge locals. A perfect marriage of palms beach and floral bed of violet blossoms. We watched the sunset here! Picturesque! Elizabeth William.
Quiet, family beach – go beyond the resorts. Has a few local restaurants nearby, but the beach is enough. Has shower facilities, but you have to pay. Jet skis and parasailing close by as well as mangrove tours. Abul-Hassan Hannan.
Such a lovely and beautiful beaches with a white-look sand. It’s a must place to spend your time and relax while enjoying it’s beautiful scenery. Rafiq Mohammad.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada nadzirahata.blogspot.my dan www.tempahhotel.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar untuk dijadikan bahan membuat ulasan mengenai pantai ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Tanjung Rhu Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pantai Tanjung Rhu Langkawi.